Sunday, 19 September 2010

Resepi Kerabu Jawa

Bahan-bahan:
1/2 biji isi kelapa, parut yang putih sahaja.
5 ulas Bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi-ikut selera masing2
sedikit ikan bilis / udang kering
sedikit belacan
10 biji isi cekur
Sedikit asam jawa
Garam & gula secukup rasa

Sayuran yang biasa dibuat adalah tauge, kacang panjang, kangkung, pucuk paku, pucuk ubi, pucuk betik dan pucuk turi. Semua sayuran dicelur.

Cara menyediakan:
1. Tumbukkan semua bahan kecuali kelapa dan asam jawa hingga lumat.
2. Ramaskan kelapa dengan bahan yang ditumbuk dan asam jawa hingga sebati.
3. Rasa asam garam secukupnya.
4. Sangan(goreng tanpa minyak) dalam kuali dengan api yang kecil hingga sebati dan kering.

No comments:

Post a Comment