Saturday 31 May 2014

Resepi Kuih Bingka Pandan

Kuih Bingka Pandan

Bahan-bahan :

1. 3 biji telur
2. 1 cawan air dan sedikit pandan emulco serta pewarna hijau 2 sudu kecil
3. 200 ml susu sejat / susu cair (dalam tin)
4. 1 1/2 cawan tepung gandum
5. 1 cawan gula
6. 1 sudu kecil garam
7. 2 sudu besar butter yang telah dicairkan

Cara menyediakan :

1. dalam mangkuk yang sama, masukkan telur, air, gula, garam dan butter. pukul dengan hand     mixer atau blend kan semua bahan tersebut.
2. kemudian masukkan susu cair dan tepung gandum, gaul sebati menggunakan whisk.
3. tapiskan adunan tersebut.
4. panaskan loyang yang telah disapu sedikit minyak dan butter sedikit.
5. apabila loyang tersebut dah panas, masukkan adunan dan bakar pada suhu 175c selama 1     jam atau sehingga kuih tersebut masak dan ada lapisan hitam diatasnya.
6. sejukkan dahulu sebelum potong.

Thursday 29 May 2014

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

Resepi Puding Karamel
Puding Karamel Tanpa Telur

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)

  • 4 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)
  • 1 paket agar-agar serbuk 10g
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 3sb tepung kastard
  • 1 sk esen vanilla

Cara Menyediakan Puding Karamel Tanpa Telur

  1. Pertama sekali, buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan.

  2. Satukan semua bahan B. Kacau atas api. Adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastad akan bergentel dengan mudah. 

  3. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi. 

  4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok sehingga puding mengeras. Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.^^ 
     

    Loyang 4 segi 9x9in 

    Credit to : linapg.blogspot.com
     

Wednesday 28 May 2014

Resepi Batang Buruk Popia Sarawak

Batang Buruk Popia Sarawak

Bahan-Bahan:

untuk kulit

satu bungkus kulit popia(saiz besar)
sebiji telur(putih sahaja-untuk melekatkan kulit)
minyak untuk menggoreng

untuk inti

½kg kacang hijau
½ gelas gula
1 paket susu tepung

Cara:

(kulit)

kulit popia dipotong empat secara memanjang dan menegak.gulung menggunakan hujung pen dan lekatkan dengan putih telur sehingga mendapat bentuk silinder.biarkan kering sebentar dan goreng menggunakan minyak.

(inti)

kacang digoreng tanpa minyak.kemudian,kisar kacang itu sehingga halus dan ayak sehingga menjadi tepung.di bahagian lain,kisar gula tadi.seterusnya,gaulkan tepung kacang hijau,gula halus dan susu tepung.akhir sekali,masukkan inti yang telah digaul tadi ke dalam kulit yang telah digoreng.

Cadangan Hidangan:

inti lebih melekat pada kulit jika kulit masih panas semasa memasukkan inti.tepung kacang buatan sendiri lebih original daripada yang dibeli di pasaraya(ditambah tepung).


sumber dari : http://resepi.mesra.net/Detailed/12087.shtml
Kiriman: haszul   

Tuesday 27 May 2014

Resepi Daging Masak Hitam Ala Sarawak

Daging Masak Hitam Ala Sarawak

Bahan-bahan perap:
500 gram daging - hiris
2 sudu besar kicap pekat karamel
3 sudu besar gula apong (boleh kurangkan)

Bahan-bahan kisar:
3 batang serai
sedikit lengkuas
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
15 tangkai lada kering
1/3 cawan prune@kismis hitam
 

Bahan-bahan tumis:
Rempah tumis 4 sekawan - banyak ikut suka
5 biji bawang merah - dimayang
>< 1-2 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
 

Cara-caranya:
1. Gaul daging bersama kicap pekat dan gula apong secara merata hingga sebati. Perap seketika.
2. Panaskan minyak dan tumis rempah tumis 4 sekawan dan bawang yang dimayang. Bila bawang sudah agak garing (jangan sampai hangus) masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sebati.
3. Masukkan rempah kurma dan kacau lagi. Biarkan hingga pecah minyak dan naik bau.

Resepi Biskut Badam

Biskut Badam
 
Bahan-bahan:
1.1 biji kuning telur
2. 180 gm mentega
3. 180 gm tepung gandum
4. 150 gm tepung jagung
5. 113 gm gula aising
6. 4 sudu besar badam kisar

Hiasan:
Kuning telur
Hirisan badam

Cara-Cara:
1. Putarkan mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur, tepung gandum, tepung jagung dan badam kisar kemudian uli rata hingga menjadi doh     yang lembut.
3. Canai dan terap bulat atau sebarang bentuk. Sapu kuning telur dan hiaskan dengan hirisan badam.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 12-15 minit atau sehingga masak.

Saturday 24 May 2014

Resepi Ketam Masak Cili

 Ketam Masak Cili

Bahan-bahan:

  • 1 kg ketam
  • 6 ulas bawang merah }
  • 1 ulas bwng putih }
  • 20 tangkai cili kering - tambah lg jika suka pedas }dikisar
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • gula melaka dan garam secukup rasa
  • minyak masak secukupnya utk menumis

Cara membuat:

  • Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak dgn api yg perlahan
  • Masukkan gula melaka, sos tomato dan sos cili, kacau sehingga naik minyak
  • Masukkan ketam dan garam, kemudian tutupkan kuali
  • Masukkan sedikit air jika perlu
  • Kacau supaya ketam masak rata, kuah dah agak pekat bolehlah diangkat

Resepi Ayam Goreng Madu Pedas

Ayam Goreng Madu Pedas

Ayam goreng madu memang sedap di makan dimakan dengan nasi.
tegahari macam ni terasa lapar ayam goreng madu lak.. SENANG DAN RINGKAS.

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam-potong ikut selera anda
  • 1 inci kunyit-dikisar
  • 1 inci halia-dikisar
  • 4 biji bawang merah-dikisar
  • 4 ulas bawang putih-dikisar
  • 1 batang serai-dikisar
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar madu
 
Cara-cara
  1. Perapkan ayam dengan kunyit,halia,bawang merah dan putih, serai, serbuk cili, madu dan kicap manis.
  2. perap selama 1-2 jam(lagi lama lagi rasa meresap)
  3. gorengkan sehingga ayam masak(dengan api perlahan)
  4. angkat dan gaulkan dengan madu lagi untuk kelihatan berkilat dan madu yang lebih terasa
  5. siap dihidang

Wednesday 21 May 2014

Resepi Ayam Masak Halia Special



Ayam Masak Halia Special

Bahan- Bahan :

  • 1/2kg ayam - dipotong kecil
  • 3 sudu sos tiram
  • 1/2 cawan air 
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 biji buah tomato - dibelah 4
  • 1/2 btg lobak - dipotong kecil
  • minyak
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan Hiris
  • 3cm halia
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 btg cili merah
  •  
Cara menyediakan :
  1. Tumiskan bahan hiris sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam, dan sedikit air.
  2. Kacau hingga sebati, lepas tu tutup seketika.
  3. Apabila ayam dah masak,. masukkan lobak kemudian kacau bagi mesra
  4. Masukkan tepung jagung dan sos tiram. Masak sehingga kuah agak pekat.
  5. Apabila dah masak, masukkan tomato  dan daun bawang. Kacau hingga rata.
  6. Bolehlah dihidang dengan nasi panas.

Resepi Biskut Coklat Chips Rangup Famous Amos

Resepi Biskut Coklat Chip Rangup Famous Amos
Resepi Biskut Coklat Chip Rangup

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (lebih kurang 75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract
 
Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips
 
Cara cara  adunan Resepi Biskut Coklat Chip Rangup Famous Amos
Campurkan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk besar, adun hingga sebati dengan menggunakan pemukul atau whisk.
Kemudian ayak tepung gandum bersama-sama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan serbuk cream of tartar. menggunakan teknik sedikit demi sedikit masukkan tepung ke dalam adunan yang telah disediakan pada awal tadi. kacau hingga sebati dengan menggunakan spatula kemudian campurkan walnut dan chocolate chips yang menjadikan adunan agak lembik.
Sudukan bancuhan ke dalam loyang atau untuk lebih mudah hanya menggunakan tangan sahaja dengan membuat bentuk bulat leper.  Kedudukan bancuhan hendaklah agak jarak dedikit kerana ianya akan mengembang.  Biarkan loyang dalam keadaan kering tidak perlu disapu mentega atau minyak masak.
Oven perlu dipanaskan dahulu sehingga pada suhu 160 celcius kemudaian bakar adunan tersebut selama 20 minit.  Setelah masak angkat dan sejukkan di atas jaringan besi.
 
Resepi Biskut Coklat Chip Rangup Famous Amos
Nota:
1) Resepi asal mengunakan 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika inginkan bancuhan yang sedikit tawar, boleh kurangkan sukatan kepada 3/4 cawan gula halus bersama 3/4 cawan gula perang. bancuhan ini dapat menghasilkan sebanyak 100 biji  Biskut Coklat Chip Rangup Famous Amos.
2) Tips untuk menjadikan biskut yang tak terlalu rapuh – tambahkan tepung jagung ke dalam bancuhan menikut kesesuaian kerasnya adunan yang anda inginkan.
3) Bagi menjadikan biskut yang cantik dan tidak meleper - selepas siap sesuatu adunan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit, selepas itu bolehlah disudukan ke dalam dulang pembakar atau menggunakan tangan.
Semasa proses membakar adunan yang belum dimasak letakkan di dalam peti sejuk supaya adunan tidak mencair.

Resepi Biskut Cornflakes Madu

Biskut Cornflakes Madu
 
Bahan-bahan: 
  • 5 cawan Cornflakes
  • ¼ cawan butter cup
  • ¼ cawan madu
  • Papercup secukupnya
Cara menyediakan:
  1. Campurkan mentega dan madu, panaskan hingga  cair, guna api  kecil.
  2. Penyet cornflakes hingga sedikit hancur dan letak di dalam bekas.
  3. Tuang campuran mentega dan madu tadi ke dalam bekas berisi Cornflakes.
  4. Gaul sehingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
  5. Masukkn ke dalam papercup. Susun di atas loyang dan bakar suhu 160 Celsius selama 15 minit.

Tuesday 20 May 2014

Resepi Rendang Ayam Opah

  Rendang Ayam Opah
 
Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu kerisik
  • 2 helai daun kunyit diracik halus
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :
  • 21 batang cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ketul kunyit hidup
  • 1 sudu ketumbar
  • 2 biji buah keras
  • 4 batang serai
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
Cara menyediakan :
  1. Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan santan dan ayam, gaul rata.  Tutup kuali dengan tudung kukus biarkan sebentar. Guna api kecil.
  3. Masukkan kerisik kacau rata. Perasakan dengan garam gula.
  4. Masukkan daun kunyit, Siap untuk dihidang.

Ikan Keli Masak Lemak Cili Api

Ikan Keli Masak Lemak Cili Api
 
Bahan-bahan ( 2 orang ):

  • 1 ekor ikan keli sederhana besar (disiang,dibersihkan dan direndam dgn air asam jawa dan garam kasar)
  • 10 biji cili api/ 5 biji cabai tanduk (boleh + klau nk pedas)
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • sebatang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • semangkuk santan/500ml
  • garam dan perasa secukupnya
  • sedikit garam halus dan serbuk kunyit
  • 2 keping asam keping
  • 1 biji buah tomato & daun kunyit (ikut suka tak letak pun jadi gak)

Cara menyediakan:
  1. ikan yg telah dibersihkan,diperap dgn garam halus dan serbuk kunyit,..gorengkan ikan jgn terlalu garing dan ketepikan.
  2. tumbuk cili api + bawang merah + bawang putih + serai dan kunyit hidup.
  3. tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk hingga naik bau wangi (pecah minyak)
  4. masukkan pati santan,asam keping dan biar sampai menggelegak sekejap. perasakan dengan garam n serbuk perasa.
  5. lastly masukkanlah ikan keli yg telah digoreng tadi bersama buah tomato n daun kunyit,...da siap dah boleh makan dengan nasi panas,tapi sebelum tu sediakan air lebih sikit untuk yg x tahan pedassss....

Monday 19 May 2014

Resepi Ayam Masam Manis

Ayam Masam Manis 

Bahan Kisar:

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 2 biji lada besar
  • 1 btg serai (diracik)
  • air asam jawa
Bahan-bahan:
  • 2 keping dada ayam (dipotong kecil)
  • 3 s/b sos tomato
  • 2 s/b sos tiram
  • 1 s/b sos cili
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • minyak
  • lada paprika
Cara menyediakan:
  1. Goreng ayam setengah masak, angkat dan tinggal sedikit minyak untuk menumis.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan gula, sos tomato, sos cili dan sos tiram.
  3. Goreng rata dan masukkan ayam serta biar seketika.
  4. Perasa garam dan masukkan lada paprika. Siap.

Sunday 18 May 2014

Resepi Puding Milo Lapis Oreo


Puding Milo Lapis Oreo

Bahan-bahan:

  • 10gm serbuk agar2
  • 750ml air
  • 150g gula
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3/4 cawan milo
  • satu bungkus oreo (135g) - patahkan 2

Cara menyediakan:


  1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  2. Bahagikan 2 bhgn dan 1 bahagian dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.
  3. Bahagikan 1 bhgn milo kepada 2 bahagian. Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan.
  4. Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.

Resepi Ikan Kembung Masak Percik

Ikan Kembung Masak Percik

Bahan bahan:

  • 7 ekor ikan kembung
  • serbuk kunyit
  • garam
Bahan sos percik: 
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 kpg gula melaka
  • garam
  • gula
Bahan A:
  • 5 biji bawang merah
  • 1cm halia
  • 11 btg cili kering
  • 3btg serai 
Cara menyediakan:
  1. Gaul ikan bersama garam dan kunyit. Sebatikan. 
  2. Biarkan seketika supaya kunyit diserap kedalam ikan.
  3. Bakar sampai masak. Ketepikan.
  4. Untuk sos percik, Kisar bahan A, didihkan santan bersama semua bahan. 
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Biarkan mendidih dan kuahnya menjadi pekat.
  7. Tuangkan sos percik diatas ikan yang siap dibakar tadi.
  8. Sedia dinikmati dengan nasi panas dan sayur petola.

Saturday 17 May 2014

Resepi Kek Lapis Cheese

  Kek Lapis Cheese

Bahan A:

  • 600g biskut marie perisa coklat
  • Perisa kopi
  • 500 ml susu segar

Bahan B:
  • 500 g cheese cream
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Cara menyediakan:
  1. Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati.
  2. Masukkan susu segar, jangan sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.
  4. Panaskan susu segar, masukkn perisa kopi. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu yang suam2 panas  dan  susun dalam loyang.
  5. Sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan.
  6. Ulang proses melapis biskut hingga habis. Lapisan terahir mestilah lapisan cheese.
  7.  Tabur coklat rice diatasnya. Tekan2 sikit permukaan tu.
  8. Masukan dalam peti sejuk, dan biarkan sekurang kurangnya 6 jam sebelum dipotong.

Friday 16 May 2014

Resepi Tart Cheese

Tart Cheese

Bahan-bahan:


170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

cara memasak:

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.

Bahan2 tuk membuat cheese

250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.

  1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  2. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Resepi Tart Telur Paling Mudah

Tart Telur Paling Mudah

Bahan-bahan curst : 
·  250 gm tepung gandum ( * 2 cawan  + 1/2 cawan ) 
·  125 gm butter ( * 2 cawan )
·  55 gm gula icing ( separuh cawan )
·  1 biji telur, dipukul sikit
·  Secubit serbuk vanilli atau 1/2 tsp asen vanilla 

Bahan-bahan kastad/ filling : 
·  3 biji telur
·  110 gula kastor
·  225 gm air panas
·  85 gm susu cair
·  1/2 tsp asen vanilla 

Cara-cara (penyediaan crust) : 
1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan pukul pada kelajuan perlahan. Tambahkan vanila dan kacau rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil menguli hingga membentuk doh yang lembut.
4. Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tart hingga kemas. Buang lebihan doh di tepi-tepi acuan tart dengan pisau. 

Cara-cara (penyediaan kastad/ filling) : 
1. Larutkan gula di dalam air panas.
2. Pukul telur bersama susu cair . Masukkan larutan gula di atas tadi dan gaul sebati.
3. Tapis adunan ke dalam jug kecil untuk buang lendir-lendir telur putih. 

Cara-cara  membakar Tart Telur : 

Cara Pertama : 
1. Tuang larutan kastad/ filling ke dalam tart shell yang belum dibakar. 
2. Bakar di dalam oven pada suhu 180-200 C selama 25 - 35 minit atau hingga kastad masak. 

Cara Ke Dua : 
1. Cucuk dasar tart shell yang belum dibakar dengan garfu. Bakar separuh masak di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180-200 C selama 10 minit. 
2. Keluarkan tart shell dari oven. 
3. Tuangkan larutan kastad/ filling ke dalam tart shell dan bakar semula selama 20-25 minit pada suhu 180-200 C atau sehingga kastad masak.

Thursday 15 May 2014

Resepi Botok Ikan Tenggiri

Botok Ikan Tenggiri 

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tenggiri, cuci bersih & potong-potong
100 ml kelapa dari ½ biji kelapa parut
2 tangkai lada hijau, hiris serong
15 tangkai cili api, potong-potong
aun pisang untuk membungkus

Bahan dikisar:
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sdt ketumbar
1 helai daun limau
garam secukup rasa


Cara Penyediaan: 
1. Gaul semua bahan hingga rata. Perap selama 15 minit.
Sendukkan ke atas daun pisang, bungkus seperti tapai dan semat dengan lidi.
2. Kukus selama 30 minit.
3. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

Wednesday 14 May 2014

Puding Jagung Kastad

Puding Jagung Kastard

Bahan-bahan:
1 cawan tepung kastad.
1 cawan gula pasir
1 cawan santan kotak+air jadikan 4 1/2 cawan.
secubit garam.
1 cawan jagung dalam tin(jagung cream)

Cara menyediakan:

1. Masukkan 4 1/2 cawan santan,gula dan jagung kedalam blender dan blend hingga hancur.
2. Kemudian masukkan tepung kastad dan garam,gaul hingga sebati supaya tidak berketul-ketul.
3. Masukkan dalam kuali dan masak dengan api yang perlahan hingga adunan berkilat dan likat.(hendaklah selalu dikacau agar adunan tidak hangus)
4. Tuangkan dalam loyang dan biarkan ianya betul-betul sejuk baru dipotong:)