Wednesday, 30 April 2014

Resepi Telur Bistik

 
Resepi Telur Bistik
 
Bahan-bahan:

Bahan untuk telur:

3 biji telur
3 sudu makan daging kisar
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk goreng telur

Bahan untuk sos:

2 ulas bawang merah, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
1 cm halia. dimayang
1 batang lada merah, dihiris halus
½ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
¼ cawan sos tiram
1 kiub ayam
2 batang jagung muda, dipotong serong
Sedikit bunga kobis, potong kecil
Sedikit lobak merah, potong nipis
1 biji tomato, dibelah 8
1 sudu makan tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit daun sup dan daun bawang, dihiris

Cara penyediaan:

1. Masukkan telur, daging cincang dan garam dalam mangkuk. Pukul hingga mesra.
2. Panaskan minyak, goreng bancuhan telur seperti masak telur dadar. Angkat dan ketepikan

Untuk sos:

Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada merah sehingga naik bau. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kiub ayam. Kacau sehingga mesra.
Masukkan jagung muda, bunga kobis dan lobak merah. Kacau hingga mesra.
Masukkan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan tomato, kacau sosnya sehingga sayur-sayuran masak.

Tuang sos diatas telur yang telah didadar tadi. Tabur dengan daun sup/ daun bawang.
Enak dihidangkan panas-panas dengan nasi putih atau nasi goreng cina.

Tuesday, 29 April 2014

Resepi Sotong Masak Hitam

Resepi Sotong Masak Hitam

Bahan-bahan:
600 gram sotong saiz sederhana
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
1/2 camca besar tepung jagung
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 inci halia, hiris halus
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan

Cara menyediakan:
1. Sotong diasingkan kepala dan badannya, dibahagian kepala sotong, buang muncungnya dan berhati2 bersihkan bahagian kantung sotong yang berisi dakwat hitam, ketepikan. Badan sotong dibersihkan bahagian dalamnya dan kerat 3 - 4 bahagian bergantung pada saiz sotong, cuci dan toskan.
2. Kemudian masukkan ke dalam belas sotong dan kepalanya, tambah serbuk kunyit, tepung jagung dan garam. Gaul rata2 dan ketepikan sebentar.Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar). Tumis bawang putih dan halia hingga harum, masukkan sotong dan gaul rata. Tambah bawang besar, cili merah dan cili hijau. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika perlu baru tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
3. Kacau dan masak sekejap (kurang lebih 2 minit). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang dan hirisan cili merah sebelum dihidangkan bersama nasi, sambal belacan dan telur dadar...Selamat mencuba!!

Resepi Asam Pedas Ikan Keli Lada Hitam

 Asam Pedas Ikan Keli Lada Hitam

Bahan-bahan:
5 ekor ikan keli (direndam dengan air limau agar hilang hanyir) 
 

Bahan A 
15 biji lada kering 
6 biji bawang kecil 
3 biji bawang putih 
½cm halia 
1 inci kunyit 
20 biji lada hitam 
15 helai daun kesum 
kesemua bahan A dikisar 
 

Bahan B 
100 ml minyak 
sedikit gula 
400 ml air 
sedikit air asam jawa 
garam secukup rasa 
perisa penyedap rasa 
20 helai daun kesum 

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis bahan A sehingga naik bau,masukkan air, tunggu hingga mendidih, seterusnya masukkan ikan keli tunggu hingga kuah pekat. 

2. Kemudian masukkan air asam jawa,gula,garam secukup rasa dan perisa penyedap rasa dan akhir sekali barulah diletakkan daun kesum.

Monday, 28 April 2014

Resepi Chocolate Cupcake Gebu

Resepi Chocolate Cupcake Gebu

Bahan-bahan:

2 1/4 cawan tepung serbaguna
2 cawan gula castor
3/4 unsweetened cocoa powder 
1 1/2 sdk baking soda
1 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cawan minyak sayuran (boleh pakai canola ke jagung or minyak masak)
1 cawan air nescafe o sejuk (saya pakai 1 sdk nesc)
3 biji telur besar
1 bekas krim masam (boleh didapati di pasaraya...ada tulis Sour Cream, dekat area butter, yogurt, saya beli Natural Sour Cream dalam RM5.00++)
1 sdk esen vanilla

Cara menyediakan
  1. Panaskan oven 170 darjah celcius and susun cawan kek.
  2. Kacau rata bahan kering (tepung gandum, serbuk koko, gula, baking powder, soda bicarbonat dan garam)
  3. Kemudian masukkan telur, minyak, air nescafe and putarkan sehingga sebati.
  4. Masukkan krim masam dan esen vanilla.  Putar lagi (jgn over putar).
  5. Sudukan dalam acuan cawan kek 3/4 penuh (saya pakai scoop aiskrim).
  6. Bakar dalam 18-20 min.  Sejukkan and siap.
Bagi yang ada anak2..cubalah.  Memang sangat digemari.  Kalau nak letak chocholate ganache ke apa boleh la buat. Anak2 saya suka makan kosong jer... Selamat mencuba ya..

Sumber : Paula Deen

Sunday, 27 April 2014

Resepi Mee Rebus Muar

  Resepi Mee Rebus Muar

Bahan-bahan:

1 bungkus mi kuning
200 gm tauge - dicelur
3 keping tauhu – digoreng dan dibelah memanjang
5 biji telur – direbus dan dibelah dua
10 biji limau kasturi – dibelah dua
3 tangkai cili hijau – dihiris
Bawang goreng
Daun sup - dihiris

Bahan-bahan untuk kuah:

½ kg tulang daging
300 gm daging
300 gm udang basah – dikisar
250 gm keledek – direbus dan dikisar
1 tin tomato puri
2 batang serai – diketuk
2 jag air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

Bahan-bahan untuk dikisar:

6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sm halia
50 gm taucu
50 gm rempah kari daging

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga berbau wangi.
  2. Masukkan serai, tulang daging dan daging.
  3. Tuangkan dua jag air dan renehkan sehingga daging menjadi empuk.
  4. Tidak perlu risau jika daging akan terlebih empuk kerana ia akan memberikan rasa enak yang lebih kepada kuah.
  5. Selepas itu, masukkan tomato puri dan udang basah yang telah dikisar . Kacau rata.
  6. Masukkan pula keledek yang telah dikisar.
  7. Masak sehingga kuah menjadi pekat. 
  8. Bubuh garam dan gula. Kacau sebati.
  9. Bolehlah hidangkan mi yang sudah dicelur, tauge, tauhu, telur rebus limau kasturi dan cili hijau.
  10. Tuangkan kuah di atas mi dan kemudian taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng.
  11. Mi Rebus Muar ini sedia untuk dinikmati.

Resepi Mee Bandung

Mee Bandung

Bahan-Bahan:

500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)

Cara menyediakan: 

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. 

2.  Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. 

3. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.


Cadangan Hidangan:

Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang.

Friday, 25 April 2014

Resepi Ayam Rica Rica

Ayam Rica Rica

Bahan-bahan:
1 kg ayam ]dibersih dan dipotong ikut saiz yg diingini
Garam secukupnya
Pati ikan
Minyak utk menumis
Lemon

Bahan dikisar:
5 ulas bwg putih
1 biji bwg besar
2 biji tomato
2 cm halia
3 batang serai
2-5 biji cili padi
10 helai daun limau purut

Cara menyediakan:

  1. Ayam digoreng/direbus/dipanggang sehingga masak, ketepikan.
  2. Tumis semua bahan yg dikisar sehingga pecah minyak dan agak kering,rasa garamnya.
  3. Bila bahan dah agak kering, masukkan ayam tadi. Tudung kuali dan biar seketika.
  4. Bila dah kering,padam api dan perah limau nipis atau lemon.
  5. Siap utk dihidang.
  6. Sekiranya rajin,panggang sekali lg kmdn baru perah lemon.
Sumber : Mbak Ana & Lia INDONESIA

Wednesday, 23 April 2014

Resepi Ayam Goreng Extra Crispy

Ayam Goreng Extra Crispy

Bahan-bahan:

1 ekor ayam – dipotong mengikut saiz pilihan anda
6-8 cawan shortening

Bahan Salut:

1 biji telur, pukul
1 cawan susu
2 cawan tepung serbaguna
2 ½ sudu teh salt
¾ sudu teh pepper
¾ sudu teh MSG
1/8 sudu teh serbuk bawang putih
1/8 sudu teh Baking Powder

Cara menyediakan:

1. Bersihkan ayam dan letakkan di atas kertas tisu untuk menyerap air basuhan ayam.
2. Panaskan shortening dalam deep-fryer pada suhu 350 degree.

3. Satukan telur dan susu di dalam sebuah mangkuk bersaiz sederhana besar.

4. Satukan bahan-bahan salut lain yang tinggal ke dalam mangkuk yang lain.

5. Ambil ketulan ayam satu per satu. Celup ke dalam adunan telur, kemudian golek-golekkan dalam adunan tepung. Celup sekali lagi ke dalam adunan telur dan golek-golekkan sekali lagi ke dalam adunan tepung untuk memastikan ayam tersalut sepenuhnya. Susun ayam yang telah disalut di atas pinggan sebelum digoreng.

6. Setelah shortening panas, masukkan ayam yang telah disalut satu per satu. Goreng sebelah bahagian selama 12-15 minit atau sehingga menjadi warna keemasan. Balikkan dan goreng sebahagian lagi sehingga masak dengan sempurna.

7. Setelah masak dan garing, angkat dan toskan di atas tisu.

8. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Sup Rempah Mamak Special

Sup Rempah Mamak Special

Bahan-bahan:
  • 500gm Daging kambing.
  • 1kg tulang kambing dijadikan “broth” atau air rebusan untuk sup.
  • 4 biji bawang labu sederhana besar. Perlu dikisar halus.
  • 2 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih / 5 ulas bawang putih dan 2 inci halia.
  • 2 keping kayu kayu manis (2″).
  • 5 biji buah pelaga.
  • 3 kuntum bunga lawang (star annise).
  • 1/2 sudu (tsp) kecil garam masala (kalau ada dalam simpanan kalau tiada tak apa).*
  • 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk lada sula.*
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih (cummin powder).*
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar (corriander powder).*
  • 3 pokok daun ketumbar, kalau baunya tak suka gunakan daun sup saja.
  • 2 pokok daun bawang dihiris halus untuk dihiaskan ke atas sup.
  • Bawang goreng untuk hiasan juga.
  • Garam secukup rasa.
Nota:  Tanda (* ) bermakana rempah-rempah ini perlu disediakan  dengan goreng kering dan dikisar halus  supaya ia lebih harum dari rempah yang belum digoreng kering. Sekiranya anda tidak mempunyai rempah tersedia, gunakan saja rempah kurma  150gm. Kalau tidak ada rempah kurmak gunakan rempah sup adabi, mamak haji rasa rempah sup adabi tersedia bahan-bahan rempah-rempah yang mamak haji sebutkan tetapi baca dulu air yang perlu digunakan. Semoleknya sediakan rempah sup anda sendiri sekiranya ingin rasa sup mamak yang klasik yang segar.

Cara menyediakan:

  1. Seperti mamak haji terangkan kelazatan sup ini banyak bergantung kepada penyediaan “broth”. Basuh tulang-tulang kambing. Sediakan sebuah bekas, hidupkan api dapur dan masukkan tulang kambing. Kacau rata tulang-tulang ini supaya ia sedikit terbakar melalui kepanasan bekas merebus. Masukkan 3 liter air kedalam bekas rebusan tulang. Masukkan satu batang celeri telah dihiris dan hirisan 1 biji carrot kedalam air rebusan tulang. Jangan masukkan garam. Biar air rebusan ini mengelegak. Bila air mula mengelegak, perlahankan  api dan biar ia direneh selama 1-2 jam. Semasa reneh tutup tudung periok. Selepas dua jam tutup api dan sejukkan. Tapis airnya dan simpan untuk membuat sup. Ia juga boleh disimpan dalam peti sejuk selama seminggu. Sebelum anda buat sup eloklah disediakan air rebusan ini Panaskan bekas buat sup, dan masukkan air rebusan tulang tadi dengan menapis airnya, masukkan Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. masukan halia bawang putih.  Masukkan rempah serbuk seperti serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar.
  2. Masukkan air bawang yang telah kisar. Masukkan daging kambing yang telah bersihkan dan saiz yang anda kehendaki.
  3. Biarkan sup mendidih, selepas mendidih perlahankan api dapur dan direneh sehingga daging kambing masak. Masukkan garam dan rasa apa yang tak cukup atau terlebih, ia sungguh mudah untuk kita mengubah mengikut selera kita sendiri.
  4. Sup kambing perlu dijamu semasa supnya masih berada dalam keadaan panas. Taburkan daun sup dan bawang goreng keatas sup yang dihidangkan. Ia amat lazat sekiranya di makan bersama Roti Benggali. Sup kambing rempah mamak ini sesuai dihidangkan semasa cuaca sejuk kerana ia akan memanaskan tubuh badan kita serta merta. Ia juga amat sesuai untuk suri rumah yang dalam pantang selepas bersalin. Semoga dapat cuba resepi ini dan perelokan lagi mengikut cita rasa anda sendiri. Mamak haji memberi penerangan berjela-jela ini supaya anda faham dan membolehkan anda cipta resepi sendiri mengikut selera anda. Selamat mencuba.

Monday, 21 April 2014

Resepi Tart Kelapa Nestum

Resepi Tart kelapa nestum
Tart Kelapa Nestum
 
Bahan-bahan:

  1. *2 cawan kelapa parut kering
  2. *1/2 cawan susu pekat manis
  3. *1/4 cawan gula
  4. *1 camca besar majerin
  5. *1camca besar mentega
  6. 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  7. 1/4 cawan tepung beras
  8. 1 cawan nestum
  9. 160 gm mentega
  10. 1/4 cawan gula halus
  11. 1 biji telur
  12. 1 camca teh esen vanilla

Cara menyediakan:
  1. Gaul semua bahan bertanda * (untuk inti)hingga sebati dan tepikan.
  2. Ayak kedua jenis tepung dan campur dengan nestum.
  3. Krim mentega dan gula hingga sebati.Masukkan esen vanilla dan telur,pukul hingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung dan gaul jadi doh.
  5. Canai setebal 5 mm dan terap dengan acuan bulat bergerigi.Letak dalam acuan tart dan rapikan.
  6. Letak anggaran 1 sudu inti kelapa tadi (tak perlu padatkan).Bakar dgn suhu 180 C selama 10 minit atau hingga masak.

Sunday, 20 April 2014

Resepi Ayam Penyet


Ayam Penyet

Bahan bahan:
(untuk hidangan 4 orang)
Bahan-bahan & cara-cara:
Bahan A
Setengah ekor ayam (dipotong 4)
2 batang serai*
2- 3 ulas bawang putih*
1" halia*
1" lengkuas*
1" kunyit hidup* (boleh ganti dengan serbuk)
sedikit ketumbar dan jintan manis*
garam secukupnya* (* dikisar sekali)

1.Ayam hendaklah diperap semalaman/ seharian bersama bahan kisar.
2.Kukus ayam yang telah diperap selama 1/2 jam.
3.Goreng ayam yang dikukus dalam minyak yang banyak sehingga agak garing bahagian luarnya (sekejap sahaja lebih kurang 10 - 15 minit)

Semasa anda mengukus ayam bolehlah menyediakan bahan B.
Bahan B:
1 labu bawang besar (dipotong baji)*
2-3 ulas bawang putih*
7 tangkai lada hidup - buang bijinya*
9 biji cili padi (ikut suka)*
1 1/2" belacan*
sedikit air asam jawa/ perahan limau nipis
gula merah secukup rasa

1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, gorengkan semua bahan bertanda * sehingga agak garing.
2. Tumbuk semua bahan yang telah digoreng, masukkan gula merah, tumbuk lagi. Tuangkan air asam jawa @ perahan limau nipis.

Cara menyediakan ayam penyet:
1.Letakkan salad, timun dan tomato yang dihiris di atas lesung kayu yang leper.
2.Letakkan sesudu kecil sambal (bahan B), letakkan ayam yang telah digoreng di atasnya.
3.Penyetkan ayam tersebut dengan anak lesung kayu (jangan ketuk, cuma tekan sahaja, ayam lembut kerana telah dikukus)
4.Terbalikkan ayam, tambah sedikit lagi sambal jika suka.

Resepi Ayam Golek Ala Kenny Rogers

Ayam Golek Ala Kenny Rogers

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam-bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil

Bahan-bahan untuk ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk (CT tambah)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir - hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up
Sekikit mentega


Cara menyediakan:

1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam (CT perap selama 3 jam)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
 

Sos Lada Hitam.

Bahan-Bahan:
1 1/2 cawan stok ayam@daging - hana guna stok ayam (air + kiub ayam)
1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4-5 sudu serbuk lada hitam
c cm batang salery - dicincang
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
garam dan gula - jika perlu

Cara menyediakan:

1. Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. didikan semula..masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.

Saturday, 19 April 2014

Resepi Oreo Cheese Cake

Oreo Cheese Cake

Bahan-bahan:

1) 2 bungkus biskut Oreo ( nak banyak lagi pun boleh )
2) 250 cream cheese
3) 200 ml whipping cream
4) 1/4 butter cup
5) 1/2 cawan gula halus ( ikut citarasa )


Cara menyediakan:

1) Asingkan cream yang ada pada biskut. Cream letak dalam mangkuk lain, biskut letak dalam mangkuk lain. 1 bungkus digunakan dan hancurkan biskut tersebut. Aku guna lesung sahaja untuk hancurkan. Pastikan bukan lesung yang korang duk tumbuk cili apa semua ya. Nanti berbau! Biskut yang hancur digunakan untuk dijadikan base.

2) 1/4 butter cup atau nak kurangkan pun boleh. Boilingkan butter cup itu. Kalau istilah aku, ambil periuk, isi air sikit. Pastikan air dah panas. Masukkan mangkuk yang ada butter cup dan kacau hingga cair. Pastikan guna mangkuk yang tahan api tu. 

3) Butter cup yang dah cair tadi gaulkan dengan biskut yang sudah dihancurkan. Kacau hingga sebati dan buat base. Masuk terus dalam bekas. Guna bekas kecil pun ok sangat.

4) Masukkan dalam bekas dan ratakan. Kemudian sejukkan dalam peti ais bahagian beku untuk keraskan.

5) Sementara tunggu base keras, masukkan cream cheese, whipping cream, cream biskut oreo dan gula halus. Sebatikan guna handmixer. Nak guna spatula pun boleh tapi nak cepat guna hand mixer.  Gula halus ikut selera ya. Sebaiknya jangan manis. Rasa sikit sebelum letak okay.

6) Hancurkan satu bungkus lagi biskut oreo. Nak patahkan sahaja pun takda masalah. Gaulkan sekali dalam adunan tadi. Nak bagi rasa lagi oreo namanya.

7) Keluakan base yang sudah dikeraskan tadi. Dan masukkan adunan ke dalam bekas tersebut { atas base itu }.

8) Dah siap letakkan, masukkan terus dalam bahagian sejuk beku. Dah sejuk baru makan. 

Tips.

1) Jangan biarkan kek ini terlampau lama di luar jika taknak makan. Nanti akan cair. Maka biarkan saja dalam sejuk beku, nak makan baru bawa keluar.

2) Guna bekas kecil agar lebih tinggi letak adunan. 

3) Kurangkan gula kerana tak sedap kalau manis sangat.

Friday, 18 April 2014

Resepi Kek Buah Kukus

Kek Buah Kukus

Bahan bahan:
225 gm Mentega (terguna 250gm, tp nampak OK jer)
340 gm gula pasir
50 gm air panas
500 gm Mixed Fruits/Buahan Campuran
3 biji telur saiz A (guna telur saiz B jer)
1 sk vanilla extract/essence


Bahan ayak:
1 sk cream of tartar
2 sk soda bikarbonat
350 gm tepung gandum
1 sk serbuk Nutmeg/buah pala 


Cara menyediakan:
1. Masakkan gula pasir sampai perang (jangan sampai hangus pulak) dan tuangkan air perlahan lahan. Guna api kecil jer. Masukkan mentega/butter dan biarkan cair. Masukkan pula mixed fruits dan biarkan mendidih seketika. Ketepikan dan sejukkan sebentar.
2. Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.
3. Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.
4. Masukkan adunan ke dalam bekas empat segi bersaiz 7"x7" yang telah dialas kertas kek dan dilenser dengan mentega. 

5. Kukus selamat 4 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya. Kek ni kalau kukus 2 jam pun dah masak, tapi untuk mendapatkan kelembapan yang lebih, kukuslah selama 4 jam. Kukus dengan api yang sederhana pada 2 jam yang pertama dan pada 2 jam yang terakhir kukus dengan api yang kecil jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas.Alas tutup pengukus ngan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil. 
6. Lebih baik guna bekas yang besar dan tinggi sedikit.
Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. 

7. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. 

Nota:
1. Kek ini lebih sedap dimakan selepas 2 hari. Untuk menambah kelembapannya, balut dengan plastik dan simpan 2-3 hari, baru dipotong dengan pisau yang tajam.
2. Boleh kukus dalam bekas lebih besar jika sukakan kek yang tidak tebal

Tuesday, 15 April 2014

Resepi Tauhu Sumbat Goreng

Tauhu Sumbat Goreng

Bahan-bahan ( 10 biji ):
    1/2 bungkus ayam kisar ramli
    1 biji bawang besar (tumbuk)
    3 ulas bawang putih (tumbuk)
    Sedikit serbuk lada hitam n lada sula
    Daun sup n daun bawang (agak2 la)
    Garam dan gula secukup rass
    2 biji telur
    Minyak utk goreng
    5 biji tauhu

Cara menyediakan:
1.  Mula goreng dulu tauhu seketul2.. Pas goreng tunggu sejuk n potong 2, kemudian keluarkan isi tauhu tp jgn sampai kulit yg belah luar terkoyak, so kene la berhati2 sikit ye.. Isi tauhu tu dihancur2kan..

2. Untuk inti tauhu.. Tumis bawang merah n putih samapi naik bau. Masukkan ayam kisar n biar sampai ayam agak masak. 
3. Kemudian masukan isi tauhu yg telah dihancurkan tadi. Taburkan sebuk lada hitam n putih. Perasakan ngan garam n gula. 
4. Akhir sekali masukan daun sup n daun bawang.    
5. Setelah siap bahan inti, sumbatkan inti dlm kulit tauhu tadi sehingga padat.
6. Setelah itu, tauhu yg telah disumbat tadi dicelup ke dlm telur dan digoreng sekali lagi..
7. Dah siap.. Boleh dimakan dgn sos cili thai. Pasti sedap.

Resepi Lepat Labu Kuning

Lepat Labu Kuning
Lepat Labu Kuning
Bahan-bahan:
½ biji labu kuning
8-10 sudu besar gula
3 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
Santan secukupnya
Sedikit garam
Daun pisang (dilayurkan)

Cara menyediakan:
1. Rebus labu sehingga empuk dan dilenyekkan di dalam bekas.
2. Masukkan gula, sedikit garam, tepung gandum dan tepung beras.
3. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Kacau hingga semuanya sebati.
4. Santan dimasukkan secukupnya iaitu tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
5. Ambil dua sudu besar adunan dan letakkan di tengah-tengah daun pisang.
6. Bungkus dengan kemas dan kukus sehingga masak. Sedia untuk dihidang.

Monday, 14 April 2014

Resepi Lepat Pisang Sempoi

Resepi Lepat Pisang Simple dan Sedap
Resepi Lepat Pisang Sempoi
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
3 sudu besar gula
secubit garam (sikit je..sekadar nk lemakkan)
12 biji pisang (lenyek)
daun pisang (layur dulu atas api)

Cara menyediakan:
1. Campurkan kesemua sekali ( tepung beras,gula, garam, pisang ). kacau sehingga sebati dan jika cair sangat, campurkan lagi sedikit tepung beras. (lebih kurang mcm adunan buat jemput2 pisang tu la...)
2. Kemudian ambil daun pisang berbentuk segi empat tepat (yg telah dilayur) dan letakkan adunan diatas daun pisang itu sebanyak 2 sudu besar.
3. Lepas tu lipat la..ala..lipat macam yg kita beli tu laa...
4. Letak dalam pengukus...kukus lebih kurang 20-30 minit.
5. Pastu dah masak, sila la makan..hehe...
 
P/S: Adunan ni untuk lebih kurang 15 biji lepat.

Sunday, 13 April 2014

Kek Pisang Moist

  Kek Pisang Moist
Bahan-bahan:
  • 4 biji putih telur
  • 1/4 cwn gula
  • 4 biji kuning telur
  • 1/4 cwn gula
  • 1 1/2 cwn pisang dilecek
  • 2 cwn tepung gandum diayak
  • 1 sudu kecil baking powder diayak
  • 1 sudu teh baking soda diayak
  • 3/4 cwn minyak jagung / minyak masak
Cara menyediakan:
  1. Pukul putih telur samapai berbuih. Masuk gula. Pukul lagi sampai jadi soft meringue iaitu adunan tidak tumpah bila diterbalikkan.
  2. Pukul kuning telur dan gula sampai kembang dan bertukar menjadi kuning pucat.
  3. Masuk pisang lecek,pukul sebati. Masuk tepung. Pukul sebati.
  4. Masuk minyak. Gaul sebati
  5. Bakar adunan dlm loyang  40 minit 150⁰C sehingga masak..

Buttermilk Coklat Cake

Buttermilk Coklat Cake
Bahan-bahan :

  •     2 cawan tepung gandum
  •     2 cawan gula
  •     3/4 cawan serbuk koko Hershey's
  •     2 sudu teh soda bikarbonat
  •     1 sudu teh serbuk penaik
  •     2 biji telur saiz A
  •     1 sudu teh garam
  •     1 cawan buttermilk
  •     1 cawan Mazola vege oil
  •     1 1/2 sudu teh asen vanilla
  •     1 cawan air mendidih  atau campurkan dengan 2 sudu teh nescafe.
 
Cara menyediakan :

  1. Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
  2. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit. Masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati. 
  3. Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak. Tuangkan ke dalam loyang.
  4. Panaskan oven pada suhu 150 C untuk membakar secara perlahan.
  5. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak.
  6. Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak.
  7. Selamat mencuba.

Friday, 11 April 2014

Resepi Cheese Kek

cara buat cheese kek
Resepi Cheese Kek

 Bahan-Bahan Cheese Kek:

  • 200g cream cheese 
     
  • 400ml susu cair 

  • 100g mentega 

  • 100g tpg gndum 

  • 100g gula kastor 

  • 4biji telur 

  • 1sudu teh esen vanila 

    Penyediaan Cheese Kek:
    1) Masukkan susu dan cream cheese dalam periuk, kacau sampai cair dengan api perlahan. Masukkan mentega dan kacau lagi hingga cair. Tutup api.
    2) Asingkan telur putih dan kuning. Pukul telur putih dan gula hingga kental.
    3) Pukul telur kuning dalam 1 bekas lain hingga kembang masukkan adunan cream cheese tadi, kacau sebati. Masukkan tepung sikit-sikit, kacau sebati.tambahkan esen vanila.sebatikan.
    4) Masukkan telur putih yang dipukul tadi.Sebatikan.
    5) Sapu loyang dengan mentega, tuang adunan tadi.
    6) Bakar api atas bwah 150°c guna (water bath) atau bain marie. Bakar selama 1jam.
    7) Biarkan sejuk seketika, kemudian terbalikkan.

resepi cheese kek, penyediaan cheese kek 

Resepi Rendang Ayam


Rendang Ayam

Bahan-bahan:
ayam 8 ketul
geng 4 sekawan - bunga cengkih, kulit jayu manis, buah pelaga n bunga lawang 
*bawang besar 3 biji
*bawang putih 6 ulas
*serai 4batang
*halia (besar ibu jari)
*lengkuas (besar ibu jari)
*cili padi 5-10 bijik (bergantung nak pedas mana) 
-kisar semua bahan bertanda *
cili kering blend (2 senduk)
rempah kari daging (sebungkus kecil)
kerisik 2 sudu besar
santan 3cawan
gula dan garam secukup rasa
serai 2 batang *dititik*
daun limau purut (racik halus) 
asam gelugur 1-2 keping
gula melaka (tamau boh pun takpa) 

Cara menyediakan:
-tumiskan 4 sekawan bersama bahan2 kisar
-bila dah garing, masukkan cabai kering blend n rempah juga serai yg diketuk
-masukkan kerisik dan asam gelugur
-masukkan ayam  
-masukkan santan
-masukkan daun limau purut 
-perasakan dgn gula dan garam secukup rasa
-renehkan hingga ayam lembut dan kuah agak kering


SELAMAT MENCUBA.