Friday 14 June 2013

Ayam Masak Rempah Kicap Ceria

Masakan dari pantai timur ini sangat jarang dibuat oleh suri rumah sehingga tenggelam begitu sahaja kerana masalah banyak sangat bahan rempah sehingga alternatifnya suri rumah hanya masak ayam kicap sahaja.
Tetapi, sudah tentu tak berseri rumah tangga jika asyik rasa yang sama je. Maka resepi dari pantai timur ini di ketengahkan di sini sebagai resepi yang pupus yang menyelerakan. Sesetengah resepi menggelarkan masakan ini ayam masak rempah kari kicap, tapi nama yang betulnya ayam masak rempah kicap.

Bahan-bahannya:
Bahan menggoreng ayam
6 ketul ayam yang siap dibersihkan
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil garam

Bahan Rempah
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu serbuk cili merah
1 1/2 sudu serbuk ketumbar
(Kalau tak ada semua ini, guna rempah kari pun boleh)
1 gelas air tapis

Bahan Tumis
1 ketul Bunga lawang
1 ketul kayu manis
1 ketul kayu cengkih
2 biji buah pelaga
2 biji buah keras dibelah dua
6 biji bawang putih
1 biji bawang besar
4 batang cili hijau
1/2 inci halia
3 sudu kicap pekat
1 sudu sos tiram
1/2 cawan air tapis
1 sudu cukup rasa (garam dan ajinomoto)
1 sudu kecil gula

Cara Memasaknya:
1. Bahan rempah ini dibancuh dengan 1/2 gelas air. Ini posyen rempah rahsia sulit turun temurun :)
Tapi kalau tak ada bahan ni semua, guna serbuk kari pun boleh

2. Standby barang tumis berikut

3. Sementara itu taburkan serbuk kunyit pada ayam. Gaul rata

4. Kemudian taburkan serbuk lada putih dan garam kemudian gaul rata

5. Goreng ayam (deep fry) sehingga kekuningan emas tapi jangan terlampau masak. Separuh masak je

6. Ini barang yang nak ditumis, siap dipotong. Kalau nak blender pun boleh, tapi lagi best kalau tak blender

7. Masukkan rempah 4 sekawan dulu ke dalam kuali dalam minyak menggoreng ayam tadi, goreng sampai naik bau

8. Kemudian masuk bakinya (bawang, buah keras, cili hijau, halia). Tumis sampai naik bau yang sangatlah harum

9. Masukkan bahan rempah rahsia turun temurun. Tumis sampai naik minyak

10. Kemudian masukkan air kicap (digaul bersama 1/2 cawan air, kicap pekat dan sos tiram)

11. Masukkan sesudu kecil gula dan sesudu cukup rasa (atau ajinomoto dan garam secukup rasa)

12. Kemudian masukkan ayam goreng separuh masak warna kuning emas 

13. Siap dimasak, apa lagi bedal dengan nasi putih la bersama sayur. Berpeluh bukan kemain lagi. Di dalamnya ada buah keras, jadi jangan 'terbuang' pula kerana takut termakan kayu cengkih punya pasal hehehe.
SELAMAT MENCUBA
best tau...

No comments:

Post a Comment