Saturday, 29 March 2014

Resepi Paprik Campur Sedap


Bahan-bahan:
~1 keping dada ayam. ( di potong )
~Sedikit hirisan daging.
~Beberapa 5-6 ekor sotong. ( di potong kecil )
~Beberapa 5-6 ekor udang. 

~3 ulas bawang putih. ( di ketuk )
~1 labu bawang besar. ( di potong bulat )
~1 sudu besar pes cili kering.
~Beberapa helai daun limau purut.
~2 batang serai. ( di ketuk )
~1 biji tomato. ( di potong dadu )
~1 biji cili merah. ( di hiris kasar )
~1 biji cili hijau. ( di hiris kasar )
~Sedikit bunga kobis.
~2 batang kacang panjang / kacang buncis.
~Beberapa biji cili padi. ( di ketuk )
~1 sudu besar sos tiram.
~1@1/2 sos cili thai.
~Garam dan gula secukupnya.

Cara menyediakan:
1. Tumiskan bawang putih,serai dan daun limau purut.Masukkan isi ayam dan hirisan daging,biarkan seketika.

2. Masukkan pes cili kering,tumis lagi sehingga naik minyaknya.

3. Masukkan isi udang dan sotong.Kacau mesra,masukkan bunga kobis dan kacang panjang yang telah di potong.

4. Masukkan juga sos tiram, sos cili, cili padi, tomato, bawang besar, garam dan juga gula.

5. Bila semuanya sudah sebati dan mesra, bolehlah di angkat

No comments:

Post a Comment