Thursday 13 March 2014

Resepi Apam Tepung Beras

 
Resepi Apam Tepung Beras 

Bahan-Bahan:
1 cawan nasi sejuk
1 1/4 cawan air
1 cawan gula (saya letak 3/4 cawan aje)
2 cawan tepung beras (cap teratai)
1 sudu kecik yis kering (brand mauripan) jgn guna brand lain esp cap Kijang, nnti kuih apam ni padat walaupun mekar tersenyum.
1 paket kecik eno (biru)
Sedikit pewarna
 
Cara menyediakan:
blend air, gula dan nasi hingga hancur sebati.
kemudian masukan yis dan tepung beras, blend lagi hingga sebati.
kemudian masukkan bahan yang dah siap blend tu ke dalam bekas yg bertutup rapat (biar besar sikit nanti adunan akn naik) biarkan selama 3-4 jam (letak diluar je, tak perlu masuk dalm peti sejuk) (saya selalu wat 3 jam atau 4jam je)
selepas dah perap tu, kacau adunan perlahan-lahan. bila dah sebati rata tu (sebab mase kite bukak adunan tu akan berbuih) masukkan sepeket eno dan kacau rata lagi. adunan akn naik, mase ni korang dah berangan kuih apam ni pasti akan menjadi.
 selepas tu masukkan sedikit pewarna faveret korang. klu nk lbih dari 1 warna bahagikan adunan tu selepas letak eno. baru bahagi kan dan letak pewarna.
smentra tu panaskan kukus dan sapukan minyak sedikit di sekeliling acuan comel2 tu. dan biarkan acuan tu panas dulu baru msuk kan adunan apam ni.
jangan letak penuh2, letak 3/4 jer ke dalam acuan comel-comel tu. penutup kukus tu msti balut gn kain ye supaya air tak menitik ke atas kuih apam ni. tunggu hingga 15 minit.

No comments:

Post a Comment