Sunday, 28 April 2013

ResipiMasakanKini - Mee Kuah

Bahan-bahan:

Kuah Mee:

1 kg tulang dan daging lembu
300g udang basah
1 ketul ubi keledek
4 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar, dikisar
1 inci halia, di ketuk
1 cawan serbuk kuah kacang (kuah pecal)

Lain-lain bahan:
2 bungkus mee kuning
1 ikat sawi
2 cawan taugeh
Tahu, digoreng dan potong nipis
Kueh cucur udang, potong kecil-kecil
Telur rebus, dibelah dua
Cili hijau jeruk
Hirisan daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Hirisan limau nipis

Cara menyediakan:
1) Rebus tulang dan daging lembu dengan air yang banyak selama satu jam. Masukkan cili kisar, bawang dan halia dan rebus lagi.
2) Basuh udang dan rebus (tak perlu buang kepala, kulit dan ekornya). Setelah udang masak toskan airnya dan campurkan kedalam air rebusan tulang tadi. Ketepikan udang.
3) Masukkan ubi keledek yang dipotong kecil-kecil dan rebuslah hingga ubi hancur dan daging benar-benar empuk. Masukkan kuah kacang. Tambahkan garam, gula dan serbuk perisa.
4) Jika anda ingin kuah pekat, tambahkan serbuk kuah kacang dan beberapa keping biskut cream crackers.
5) Panaskan air dalam periok hingga mendidih. Masukkan mee, sawi dan taugeh. Celur sebentar selama dua minit. Angkat dan hidangkan dalam mangkuk mee. Masukkan lain-lain bahan dan tuangkan kuah yang masih panas.

ResipiMasakanKini - Mee Hailam

Bahan-bahan:
1 kg mee (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk)
Rencah ayam/udang/sotong
Sos tiram
Garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
Sayur (kobis bunga/sawi/carrot/tomato)

Cara menyediakan
1) Tumiskan bawang putih dan cili api. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
2) Masukkan sos tiram setengah botol kecil. Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
3) Masukkan sayur-sayuran dan mee.

ResipiMaskanKini - Kueh Cakoi

Bahan-bahan:
1 cawan air
2 cawan tepung roti
¼ sudu kecil instant yeast
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
¾ sudu kecil tawas (alum)
½ sudu kecil baking soda
1 sudu besar minyak
Minyak utk menggoreng

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker, pilih menu buat doh dan ON kan. Bila dah siap uli, keluarkan doh dari breadmaker. Taburkan tepung ke atas papan canai. Bahagikan doh kepada 2, buatkan bentuk panjang (40cm) setiap satu. Tutup doh dgn kain atau plastic wrap, biar naik dlm suhu bilik selama 45 minit.
2. Ratakan doh dgn tangan, biar jadi 1cm tinggi dan 5-6cm tebal. Potong 2-2.5cm seperti dlm gambar, biar rehat selama 10-15 minit lagi.
3. Panaskan minyak utk menggoreng (deep-fry) dgn api kecil. Ambil sekeping doh, bubuh sedikit air dgn mengunakan lidi sate seperti dlm gambar.
4. Letak sekeping doh diatas doh tadi, tekan di tengah2 dgn lidi sate.
5. Pegang kedua-dua hunjung dan tarik pelahan-lahan, biar jadi 15-20cm panjang dan terus masuk ke dalam minyak panas. Kacau sikit apabila dia dah timbul dipermukaan minyak supaya dia jadi lebih kembang. Goreng sehingga perang keemasan.

Thursday, 25 April 2013

ResipiMasakanKini - Bahulu Tradisional

Bahan-bahan:
1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula pasir
1/2 kilogram tepung gandum
Sedikit minyak.

Cara menyediakan:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan sehingga sebati.
3. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak.
4. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
5. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet.
6. Untuk meringankan kuih bahulu, panaskan tepung dalam oven tapi jangan terlalu lama, agak-agak hangat.
7. Bakar pada suhu bakar 200C sehingga bahulu kekuningan.

Laham Mandhi

Bahan-bahan:
Kambing 1 kg
2 cawan beras (direndam selama setengah jam)
Lobak merah 2 (parut)
Capsicum 2 (dihiris)
Minyak zaiton 4 sudu besar
Badam ½ cawan
Stok ayam 4 cawan
Garam secukup rasa
Hijau buah pelaga 4
Cengkih 4
Lada hitam 10
Buah pala 1 secubit
Bay leaf 2
Halia serbuk 1 sudu kecil
Lemon 4 (dihiris)
Air 1 cawan

Cara menyediakan:
1. Bagi mandi rempah: Add buah pala, daun bay, serbuk halia, lada hitam dan bunga cengkih dalam pengisar dan kisar baik.
2. Sekarang meletakkan rempah mandi ke dalam mangkuk dan tambahkan limau, 2 sudu besar minyak 1 cawan air dan garam.
3. Sapukan campuran ini untuk kambing dan kebenaran untuk perap selama beberapa jam.
4. Kemudian ketat membungkus dengan kerajang aluminium.
5. Sekarang Bakar dalam ketuhar selama 40 minit.
6. Keluarkan dari ketuhar dan masak sehingga kering air.
7. Memarakkan sekeping arang batu dan meletakkannya di tengah-tengah kambing pan.
8. Rengiskan minyak sedikit kepada arang batu dan dengan serta-merta menutupinya ketat.
9. Panaskan baki minyak dalam periuk, tambah stok ayam dan rebus untuk sementara waktu.
10. Kemudian tambahkan 1 sudu kecil mandi rempah.
11. Sekarang tambah garam dan beras dan masak sehingga sangat sedikit air dibiarkan.
12. Kemudian campurkan capsicum dan lobak merah.
13. Meliputi ketat dan stim pada haba yang rendah selama 10 - 15 minit.
14. Apabila beras itu siap, ambil keluar dalam pinggan dan meletakkan daging kambing yang disediakan di atas.
15. Hiaskan dengan badam dan hidangkan semasa panas.

ResipiMasakanKini - Kueh Lopes

Bahan-bahan:
1 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1/4 cawan air daun pandan
sedikit garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam

Air Gula
3 ketul gula melaka
5 sb gula
1 cawan air
sehelai daun pandan

Cara Menyediakan:
1. Cuci beras pulut dan rendam selama 6 jam.
2. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.
3. Masukkan pulut ke dalam mangkuk pyrex yang bertutup. Kemudian masukkan santan cair, air daun pandan, pewarna hijau dan sedikit garam.
4. Masukkan mangkuk pyrex tadi ke dalam microwave. Set 'high' dan masak selama 25 minit.
5. Ambil sehelai plastik kemudian letakkan pulut tadi dan gulung. Ikat di kedua-dua hujung gulungan tadi. Masukkan ke dalam peti ais selama 1 jam.
6. Kemudian potong gulungan tadi menggunakan pisau yang telah dicelup dengan air terlebih dahulu. Golekkan ke dalam kelapa parut.

Air Gula:
Masukan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga gula cair dan biarkan air gula itu pekat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut

ResipiMasakanKini - Kueh Sagu

Bahan-Bahan:
Bahan A:
Sagu
Air (ikut sukatan sendiri)
Pewarna merah atau hijau.
Gula (agak2 manis)

Bahan B:
Kelapa parut putih sahaja (letak sedikit garam)

Cara menyediakan:
1. Sagu dibersihkan dan ditoskan air
2. Masukkan sagu dalam kuali bersama dengan air, gula dan nyalakan api.
3. Kacau sehingga sagu likat atau kental.
4. Masukkan dalam loyang dan sejukkan sebelum disimpan di dalam peti ais.

Cadangan Hidangan:
Potong dan gaulkan dengan kelapa.

Tuesday, 23 April 2013

Monday, 22 April 2013

ResipiMasakanKini - Putu Bambu

Bahan-bahan:
250 gm tepung beras (direndam)
1/3 cawan air
1 camca garam
1 ½ cawan kelapa parut 1 cawan gula merah
Hirisan-hirisan pisang masak
Air limau nipis (direnjiskan ke atas hirisan-hirisan pisang)

Cara menyediakan:
1. Renjiskan sedikit garam ke atas tepung, gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan 1 cawan kelapa parut & gaulkan hingga rata.
3. Secara berselang-selang sudukan 2 camca. kelapa yang selebihnya & campurkan putu ke dalam suata batang buluh,bergaris pusat 8 cm.
4. Isikan ke semuanya hingga habis. Jika tidak terdapat buluh. Isikan campuran putu ke dalam sebuah acuan bulat yang dialaskan dengan kelapa yang selebihnya.
5. Kukus selama 10 minit, atau hingga masak. Hidangkan panas-panas dengan gula merah & pisang.

Thursday, 18 April 2013

ResipiMasakanKini - Sup Kambing

Bahan-bahan:
500 gm kambing
3 ulas bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia di ketuk
1 peket rempah sup
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Daun sup daun bawang dihiris
Garam dan perasa secukupnya.

Cara menyediakan:
1. Tumis bawang merah, kulit kayu manis dan bunga lawang+buah pelaga hingga bawang kekuningan garing.
2. Masukkan rempah sup yang telah dibancuh dengan air. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan air, kambing, garam secukup rasa dan rebus sehingga masak.
3. Kemudian campurkan bahan tumisan dengan rebusan daging.
4. Masukkan daun sup daun bawang

ResipiMasakanKini - Kari Kepala Ikan

Bahan-bahan
1 ekor kepala ikan merah/tenggiri/jenahak
2 bungkus serbuk kari
5 biji bendi
3 biji cili hijau
2 biji tomato
5 tauhu kering di potong 2
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan pekat
minyak
garam

Bahan Tumis

5 ulas bwang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk /hiriskan
1 inci halia ]
1 s/b halba campur
2 tangkai daun kari

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari yg dibancuh sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa tadi [digaul dengan pati santan dan tapiskan]
4. Masukkan ikan. Tambahkan air sedikit supaya santan tak berapa pekat.
5. Kecilkan api dan biarkan mendideh dan naik minyak.
6. Apabila mendidih masukkan bendi, tomato, tauhu dan garam. Biarkan naik minyak lagi sikit dan tutup api. Hidangkan.

ResipiMasakanKini - Laksa Johor

Bahan-bahan:
Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan
(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
15 ulas bawang merah }
5 ulas bawah putih }
3 inci Lengkuas } dikisar halus (A)
3 batang serai }
300 gm udang kering (dikisar) (B)
150 gm ikan kurau kering (dibakar dan di kisar) (C)
kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa

Cara menyediakan:
• Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
• Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.
• Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
• Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap

Untuk ulam:
Taugeh
Daun kesom & daun selasih

Sambal belacan
Timun dipotong ikut keliling dan dipotong halus
Limau kasturi

Tuesday, 16 April 2013

ResipiMasakanKini - Rendang Ayam

Bahan-bahan:
½ kg ayam
2 helai daun kunyit (dimayang halus)
1 mangkuk santan dari 1 biji kelapa
Garam secukup rasa
3 camca besar kerisik
1 camca kecil gula
Sedikit asam jawa

Bahan dikisar:
15 tangkai cili padi,
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
3 camca kecil ketumbar biji
1 camca kecil jintan manis
2 batang serai
1 sm kunyit
1 sm halia
1 sm lengkuas
3 kuntum bunga lawang
3 sm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2. Setelah itu masukkan ayam, santan dan biarkan ia sehingga agak empuk.
3. Masukkan daun kunyit, kerisik, air asam dan garam secukup rasa.
4. Biarkan sehingga agak kering baru diangkat dan dihidangkan.

Friday, 12 April 2013

Tutorial Install BlueStacks:Cara mudah guna Android Apps di Laptop


Salam w.b.t 





   Hai hai hai. Ok, straight to the point lah. Pernah tak dengar pasal software BlueStacks? Cuba tengok kiri kanan engkorang, semua orang pakai smartphone betul? Lepastu masing-masing setiap masa sibuk layan smartphone, layan Facebook, Twitter, Instagram, WeChat, main game Pou si gemok blablabla segala bagai apps Android. Tapi engkorang hanya pakai handphone cikai-cikai. Jadi, apakah kaitan situasi dekat atas dengan software BlueStacks? Apa itu BlueStacks? Boleh ke orang yang tak ada smartphone boleh ada dan guna semua apps android? Betul ke boleh Instagram , Wechat bagai dengan hanya menggunakan laptop engkorang yang sekarang hanya dibukak untuk buat makcik esaimen? 










Jawapannya sudah tentu BOLEH dengan menggunakan BlueStacks. Secara ringkasnya BlueStacks ialah software yang membolehkan kita dengan super duper mudah menggunakan apps Android hanya dengan menggunakan laptop. Tak kisahlah social networking ke, game ke semua jenis app android semua pun boleh. Paling penting ianya PERCUMA.Tak payah beli smartphone beb. Wee eksaited tak, terkezut tak? Haha. Sebenarnya aku tau pasal BlueStacks pun dari budak kelas. Terima kasih bebanyak ye. 







Tutorial nak download, install dan gunakan BlueStacks di dalam laptop. 




  1. Mari kita download dulu software BlueStacks. Klik dekat sini

  2. Pilihlah engkorang nak download dekat lappy yang mana satu ; window ke, window 8 ke, mac ke.

  3. Tekanlah download dan install macam biasa. Ikut arahan dia mudah je. Jangan risau.

  4. Selesai install, nanti akan terpampanglah gadget Android dekat screen. Yeay, dah berjaya!

  5. Pastikan lepas install, akan ada 2 folder Bluestacks yakni Start Bluestacks & Apps.

  6. Kalau tak berapa faham jugak step dekat atas,  klik dekat sini

  7. Tutorial mudah install dan guna Instagram di laptop . Klik dekat sini

  8. Tutorial mudah install dan guna Wechat di laptop. Klik dekat sini








   Ok, selamat mencoba. Jangan gelojoh, aku tahu engkorang yang tak punya smartphone eksaited seperti aku. Haha. Jangan lupa share dengan kawan-kawan lain. Selamat belajar. Selamat berjaya. Jaga diri. Rajin-rajin datang sini tolong bersihkan sawang blog. Babai :')



























Update Terkini Istiadat Konvokesyen Uitm ke 78 Sesi Mei 2013


Salam w.b.t 









   Hai cik akak dan cik abang Uitm di Hatiku *tangan masing-masing kena letak dekat dada ok*

Kisahnya sekarang, engkorang memang dah tak sabar sangat nak konvo kan, 1 family, sedara-mara, pakwe makwe pun disuruh datang, siap bagi bunga besar-besar letak teddy bear mahupun coklat dan lain-lain. Tu belum tiba bab nak cari baju blink-blink tak pon peplum, tudung tak pon shawl tribal, kasut, seluar kemeja semua nak serba baru. Betul? Tapi sebelum itu ada berita yang agak menghambarkan keterujaan kalian dan aku dari portal konvo yakni :



"Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Pengesahan Kehadiran Konvokesyen dan Borang Jubah Graduan tidak dapat dipaparkan seperti yang dijadualkan.  



Pengesahan Kehadiran Konvokesyen dan Borang Jubah Graduan akan dipaparkan pada 15 April ini."

Harap Maklum

(Student Portal Uitm)



  Ye, aku faham dah engkorang cuma rajin bukan Student Portal bila nak buat I Learn, Sufo, tak pon cek result exam je kan. Makanya dekat sini ada direct link supaya engkorang lebih faham segalanya A to Z tentang hari konvokesyen kita. Tolong alert ya dan jangan lupa share dekat semua kaum kerabat Uitm yang nak konvo :)



1) Semua latest updated berkenaan Konvokesyen Uitm ke 78 Sesi Mei 2013. Klik sini 



2) Jumlah yuran konvokesyen mengikut peringkat pengajian, macam mana nak bayar semua Klik sin



3) Nombor angka giliran pelajar. Pastikan klik dekat sidang yang betul, kalau tak terkeluarlah biji mata engko nak mencari nama. Klik sini



   Kalau ikut angka giliran aku dekat situ B563, sidang 8 dan di Shah Alam. Bebudak Uitm Lendufornia sila sedia maklum kita dah muktamad konvo di Shah Alam. Jangan kau mengada nak datang Lendu jugak. Sidang bebudak OM ialah petang ok, jenuh lahai nak menunggu. Sampai atas pentas muka gua dan rakan-rakan dah sememeh beb *nangis* Apa-apa pun Insya Allah, janganlah gelabah sangat. Tak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia, student tak dapat konvo. Haha.



 Oleh kerana dah berbulan tak update entri segar dari ladang , maka kejap lagi lepas je entri ni published, akan ada lagi 1 entri baru. It's all about your social networking and technologies. Dengan menggunakan 1 jari saja, anda akan diklasifikasikan sebagai orang yang tak buta IT lagi. Woah, terpegun tak, tergamam tak? Ok cakap sorang-sorang.









   Nak tau apa itu BlueStacks? Boleh ke orang yang tak pakai smartphone tapi boleh guna Instagram, WeChat, Fb, Twitt, Keek, dan segala bagai apps android? Surprise!



Stay tune bebeh , terima kasih yang masih setia di blog picisan ini. Doakan saya berjaya degree ni :')




































Saturday, 6 April 2013

ResipiMasakanKini - Ayam Penyet

 Bahan-bahan untuk ayam:
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan-bahan dikisar:
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Cara menyediakan:
Masukkan kesemua bahan dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Bahan-bahan untuk sambal:
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

Cara menyediakan:
1) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
2) Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
3) Masukkan ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan gula merah dan gaul rata.

Friday, 5 April 2013

ResipiMasakanKini - Mee Bandung

Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Daun sadri & daun bawang, bawang goreng jika suka.

Cara menyediakan:
• Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
• Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
• Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
• Masukkan sos tiram
• Masukkan udang, daging rebus.
• Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam dan biarkan sehingga pekat.

Cara menghidangkan: 
• Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
• Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
• Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
• Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
• Hidangkan.

ResipiMasakanKini - Makaroni Goreng Keju

 Bahan-bahan:
250gm makaroni
3 camca besar minyak masak
1 labu bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dicincang
150 gm daging ayam dipotong dadu
1 1/2 camca teh kicap pekat
1 camca teh serbuk pati ayam
3 sudu makan tomato paste
1 sudu makan cili giling3 sudu makan mix veg
1 biji capsicum dipotong panjang
1 biji tomato dipotong panjang
50 gm mozzarella cheese
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Masak makaroni mengikut arahan pada pek.
2. Panaskan minyak, goreng bawang besar dan putih sehingga kekuningan.
3. Masukkan tomato paste, cili, kicap, serbuk pati ayam, dan sedikit air tumis hingga terbit bau.
4. Tambahkan daging ayam, mix veg dan biarkan selama 2 minit.
5. Masukkan mozzarella cheese, makaroni, capsicum dan tomato.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Wednesday, 3 April 2013

ResipiMasakanKini - Lamb Chop


Bahan-bahan:
8-10 Lamb shoulder slide (1/2 atau 1 inci tebal)
2 Sudu rosemary segar dicincang
1/4 Cawan jus lemon
3 Sudu makan bawang putih cincang
1/2 Sudu teh lada hitam
3 Sudu makan minyak zaitun
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Campurkan semua bahan-bahan dan gaul bersama kambing.
2. Perapkan 30-60 minit.
3. Kemudian grill sehingga masak.
4. Sesuai dihidangkan bersama black pepper sauce/garlic sauce/mint sauce

Tuesday, 2 April 2013

ResipiMasakanKini - Garlic Sauce

 Bahan-bahan:
1. 6 ulas bawang putih dicincang
2. 1/4 sudu kecil garam
3. 1 cawan minyak canola
4. 1/4 cawan jus lemon
5. 2 putih telur sejuk

 Cara menyediakan:
1. Dalam pemproses makanan menambah bawang putih cincang, mula pemproses dan perlahan-lahan menambah minyak dan jus lemon seli mereka sehingga hilang, mengikis bawah sisi bersela.
2. Tambah 2 putih telur sejuk manakala pemproses mengadun sehingga anda mencapai konsisten mayonis.
3. Hidangkan dengan ayam atau daging dan tutup dan menyejukkan selebihnya.
4. Simpan dalam peti sejuk sehingga 1 minggu di dalam bekas tertutup.