Monday 2 April 2012

KISAH GULA-GULA SUGUS DAN GIGIKU

Salam dan selamat sejahtera pembaca blog yang tersayang :)




~FLASHBACK~


Atuk :  Ayah nak gi kedai Apek , nak ikut tak? 
Aku  :  Ermmm malas lah pulak..tapi macam biasa nak jajan tau * buat muka comel ^_^
Atuk :  Yelah, yelah.


40 minit kemudian...


Aku  :  Yeah yeah dah balik dah balik *buat muka comel kali kedua ^_^
Atuk :  Nah amek ni, cukup 3 hari punya tau.
Aku  :  Terima kasih hehe *lari masuk rumah terus menuju depan televisyen menonton Sailor Moon.


Buka plastik, mata terbeliak macam Heliza Helmi pasal ada gula-gula feveret. Nafsu makan mula bergelora.





Gula-gula sugus kegemaran 1 Malaysia





   Aku  bukak bungkusan terus makan dengan rakus .  Terlupa seketika pada sebatang gigi yang hanya menunggu masa untuk gugur ke bumi. Nyum nyum nyum makan dengan enaknya mengalahkan makan Secret Recipe.


Tiba-tiba!!!


   Rasa pelik masa tengah mengunyah sugus tersebut.  Ada satu rasa yang sukar diungkapkan dengan kata-kata melainkan hanya dengan ekspresi muka yang berkerut-kerut. Bila nak gigit terasa keras, apakah gula-gula sugus telah dimasuki batu-batu halus? ~,~


   Masa tu baru aku teringat akan gigi aku yang goyang tahap negatif!  Terus aku keluarkan balik atau kata lainnya aku ludah sugus tu dan sepasang mata aku terpaku pada sebatang gigi  yang melekat pada sugus tersebut .  * oh sila jangan jijik membaca perenggan ni yek ,please3


   Sukar nak digambarkan suasana masa tu, yang pasti aku terus menangis hahaha.  Wa cuak beb, gula-gula sugus telah mentercabutkan gigi wa.  Terus encik atuk dan puan nenek datang bertanya ayat tanya yang sama   "kenapa ni?"  . Aku bagitau gigi tercabut dan jari telunjuk tunjuk kat sugus yang telah aku ludahkan.  Ok, fine, mereka senyum-senyum kambing. -,-


   P/s :  Moral of story , kini aku dah tak makan lagi sugus sampai dah besar debab sekarang .  Tak pasal-pasal kang gigi depan wa tercabut, siapa nak bertanggungjawab. Kureng kemachoan wa,hihi. Korang ada pengalaman bersama cik gula Sugus ?
Terima kasih sudi baca.




No comments:

Post a Comment