Sunday 8 April 2012

SENYUM DAN UCAPLAH TERIMA KASIH BILA ORANG MEMUJI ^_^

Salam si kacak dan si comel


     Hai hai hai, apa khabar semua, 3 hari aku tak berblogging, rasa seperti makan tak lena,   tidur tak kenyang  eh -,-.  Minta maaf sangat pada yang datang bw dan follow, nanti aku terjah balik ye . Ok kita terus ke tajuk utama iaitu SENYUM DAN UCAPLAH TERIMA KASIH BILA ORANG MEMUJI .


Situasi 1 (lepas update gambar dating dengan encik boyfriend kat laman muka buka Facebook)




A :  Wah, awak ni comel gila lah, kalah Nora Danish dengan Fasha Sandha dalam Abpbh 2011 malam tadi tau..suka3 .
B :  Eh mana ada , awak lagi comel tau.  
A :  Alo mana ada, kita biasa-biasa aja..awak lah comel.  Mata bulat macam Heliza lagi , ngeee
B :  Alo betullah ..kita tak comel pun..boyfriend pun tak terkira ada tau..hee
A:  Awak comel plus cantik, macam Fazura tau hee
B:  Awak lagi comel lah dear :)


= Aku cepuk laju-laju jugak budak 2 orang ni kang.




Situasi 2 ( terserempak dengan kawan lama masa sekolah zaman comot-comot dulu )






L :  Eh awak ni Maya Kering kan, kan kan? Omg2, tak sangka boleh jumpa kat pasar malam ni haa..apa habaq? Amboi,cantiknya awak kalah si Maya Karin dalam Ombak rindu Abpbh malam tadi tau..


M:  Haah le, eh awak ni Lisa Surirumah kan, kan? Alo kita biasa aja, mana ada cantik. Awak lagi cantik , pakai Garnier eh macam Lisa Surihani? heee


L :  Ish, mana ada..awak lagi cantik..putih, muka Pan Asian lagi , cantik plus2 tau hee
M:  Alo awak ni memandai aje tau, kita tak cantik mana pun,  Awak lagi cantik juta-juta lemon tau.


= Nak makan pelempang laju-laju ke hah?




Situasi 3 (tengah edit gambar kahwin sepupu yang diambil menggunakan Dslr Nikon paling mahal)




A :  Bro , gambar lu memang superb bro. Muka pengantin lelaki ni dah sebiji macam Aaron Aziz lah..
B :  Eh biasa aje bro..lu punya gambar2 lagi hebatlah..wa pakai Nikon jerrrk.
A :  Ish, apa pulak wa..gambar2 wa biasa aja, lu punya gambar ni memang terbaik dari ladang lah..tu belum campur dengan editing lagi, haa lagi lah mantop bro . Wa pakai Canon jerrrk pun.
B :  Tak de maknanya bro..lu lagi hebat..wa tabik spring doh sama lu.


=  Mamat dua orang ni pun nak kena tumbuk laju-laju agaknya.


     Korang pernah berhadapan dengan situasi macam ni tak? haha tak pun korang sendiri yang ada berperangai macam ni? muahaha. Mintak maaflah ye.. aku menyampah betul orang perangai gini tahu tak? bila orang dah puji tu, tak payah konon-konon merendah diri sangat, ucap saja TERIMA KASIH.  Pada pendapat aku, orang perangai macam kat atas ni hipokrit gila , sebenarnya nak orang puji melambung-lambung tapi berkias-kias.


      Ucap terima kasih bukan susah pun, bukan kena bayar 30 sen macam nak masuk tandas kat terminal bas. Oh ye, yang memuji dan menerima pujian tu pulak, jangan lah bangga diri. Buruk perangai . Simple action je kan, senyum dan ucap terima kasih sebab Tuhan bagi kau kecantikan dan kesempurnaan . Kepada pembaca blog sekalian, jangan amalkan perangai macam 3suara situasi kat atas tu okey. Aku cepuk kang haha.


p/s :  Budak-budak perempuan yang suka bergaya sakan konon2 model majalah , lepastu upload gambar banyak2 dalam FB dan blog ..bila orang puji , dialog situasi 1 pasti berlaku.  Tak percaya ? -,-


Sumber gambar : Beautifulnara.com


No comments:

Post a Comment