Thursday 26 April 2012

Tahniah kepada seUitm di atas keputusan peperiksaan kamu :)



Salam semua ; Salam Jumaat :)


      Umum mengetahui , hari ini semua pelajar Diploma seluruh Uitm di Malaysia mendapat keputusan peperiksaan akhir Mac 2012.  Eden ucapkan tahniah lah kepada semua di atas keputusan kamu .  Cemerlang atau kurang cemerlang itu adalah hasil dari usaha kamu juga, jadi berterima kasih lah kepada diri sendiri , Allah , kaum keluarga , pensyarah dan tak lupa kawan-kawan.  Termasuk jugak kepada buah hati masing-masing*kalau ada lah .  


      Aku mulanya tak rasa apa-apa perasaan cuak atau gementar seminggu sebelum semalam . Mula dari kelmarin baru rasa hati berdebar-debar. Al maklumlah peperiksaan sem 4 yang lepas agak sukar sedikit. Eh apahal aku rasa macam dari tadi ayat aku skema? Em takpelah , kita sambung balik. Aku hanya ada 2 kertas final , yang lain-lain subjek merupakan carry marks. Faham2 saja lah kan, kalau carry mark tu dah memang sikit, memang tak ada apa nak tolong sebab tak ada kertas final.  Subjek yang ada final exam tu sebenarnya menolong meng'up'kan markah korang. 


     Malam tadi aku sanggup bersengkang mata semata-mata nak tengok result tercinta kihkih. Aku online kat Twitter dan pakcik Facebook kebanyakkannya sama kecuakannya dengan aku. Sampai tangan aku lenguh dah asyik refresh email tu.  Aku tunggu dari pukul 12:00 malam sampai dekat pukul 2:00 ,barulah email aku masuk. Bila roomate aku mesej bagitau dah dapat result , peh wa dah cuak ni .  Kalau beliau dapat mengekalkan DL nya lagi, aku bagaimana pula? . Dengan lafaz Bismilllah, aku bukak email tercinta, dan Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah  :')





Eh Maru ni ucap congrate tapi muka nak macam gangster 


Terima kasih juga kepada pembaca setia blog ini .  Semoga berbahagia di samping mereka yang tersayang :) Peluk cium dari tuan blog, kahkahkah :D  


p/s :  Bagi sesiapa yang ingin menyemak keputusan exam kamu di portal Uitm, klik sini ok.

No comments:

Post a Comment