Monday, 30 April 2012

Sifat normal dan sifat pelik.



Salam semua  salam sejahtera :)







Pertama sekali aku ucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tahniah untuk entri result minggu lepas.  Terima kasih kembali ye. Ok berbalik kepada topik hari ini, semua orang ada persepsi sendiri terhadap fe'el (perangai) orang lain bukan? Kadang aku pun musykil bila ada mereka yang mengatakan aku pelik.  Adakah aku bukan seperti manusia lain?Adakah aku alien obesiti dari angkasa lepas yang menaiki UFO 1 Malaysia? Atau adakah aku terlebih comel dari Nora Danish ?  ok tipu2.  Kalau korang malas nak baca panjang-panjang, baca setakat yang mampu. :)





Tajuk kecil :  Perangai aku yang normal tapi mereka katakan pelik .







  1. Aku makan burger satu-persatu.  Oh pleaselah jangan cakap aku ni cover cun makan depan budak lelaki. Aku rasa selama aku hidup, aku banyak makan burger bersama kaum perempuan. Memang perangai aku makan burger tu satu-persatu dari kecil lagi. Bagi aku makan satu demi satu lapisan tu baru aku feel. Dan daging burger tu aku akan cubit sikit-sikit. Kau nampak tak betapa aku mengamalkan amalan berjimat-cermat kahkah. Perangai aku yang nombor 1 ni sama dengan roomate aku bernama Maisarah. Kami rasa sangat cool bila makan burger bersama-sama pasal cara makan kami serupa.  Sampai kan junior aku cakap "eeewww geli tau tak " .Sentap aku tau. Lain orang lain citarasa kan? 

  2. Sambil jalan mesti ada satu barang bersama untuk dipegang.  Aku sebenarnya sangat tidak minat berjalan lenggang kangkung , tangan pulak kosong.  Paling tidak pun, aku mesti pegang telefon bimbit berjenama Sony Ericson model C510 kaler hitam yang setiap bucunya dah bercalar-balar. Kadang-kadang aku bawak beg walhal dalam beg tu ada sebiji telefon bimbit yang aku cerita tadi. Kahkah. Ok lah tu kan daripada aku bawak pisau ke mana-mana dah macam pembunuh bersiri lah pulak.Konklusi , aku tidak memilik smartphone canggih macam kau orang hahaha.

  3. Dengar lagu berulang-ulang. Bila on sahaja komputer riba Acer model Aspire4738G, aku akan terus terjah folder lagu. Dalam folder tu pulak ada subfolder lagi yang mengasingkan jenis-jenis lagu. Alah kau orang mesti tahu punya kau orang pun buat kan? Sambil membaca gosip Zahida Rafiq yang kononnya berskandal dengan Menteri, aku akan pilihlah satu lagu untuk dijadikan taik telinga eh halwa telinga.  Sebagai contoh lagu peveret aku ialah A Thousand Years - Christina Perry. Bila aku dah khayal melayari Internet, maka lagu yang aku mainkan tadi akan berulang-ulang sampai orang tegur baru aku pausekan beliau. Kadang aku memang sengaja tak tukar pasal tu kan lagu kesukaan aku, lu orang apa tahu ? 

  4. Aku makan lambat.  Eh ni pun pelik ke harharhar.  Kan aku dah bagitahu tadi aku ni mengamalkan sikap berjimat-cermat.  Lebih-lebih lagi dalam soal makan.  Roomate aku dulu aku cop dia sebagai juara makan. Pasal apa? pasal dia makan laju macam naik rollercoaster. Aku selalu jadi juara jugak, tapi juara makan paling lambat lah. Kadang-kadang tu nasi aku baru separuh luak, beliau dah jilat jari macam makan KFC gamaknya. Adakah kami seperti kisah Kura-kura dan Arnab ? Tapi sekarang ni aku dah maju tau, dah laju sikit dah aku makan. hehe.

  5. Aku suka buat nasi kepal.  Aku bukan saja mengamalkan sikap berjimat-cermat, malah bersopan-santun semasa makan. Kau orang tahu tak apa itu nasi kepal? Eleh cepat-cepat kau geleng kepala eh. Nasi kepal tu nasi yang korang jadikan bentuk dia bulat-bulat.  Ah tak reti aku nak terangkan lebih lanjut. Sungguh, aku rasa nasi itu sangat comel bila dah jadi nasi kepal. Aku paling suka kalau nasi kepal itu terhasil daripada nasi putih kosong yang belum tercemar dengan kebanjiran lauk-pauk. Tapi kadang-kadang ayam pon aku jadikan beliau kepal haha. Eh apa kena-mengena mengepal makanan dengan sifat sopan-santun? 

  6. Aku tak suka warna kuning. Hoho para anonymos sila jangan serang hendap aku. Ini tiada kaitan dengan Demonstrasi 'Aman' Bersih 3.0 kalian itu. Sejak kecil lagi memang aku kurang menggemari warna kuning pasal aku rasa kaler ini sungguh mencapap. Em mencapap tu lebih kurang macam saja mengoverkan dirilah. Aku belajar perkataan mencapap sejak di bangku sekolah menengah lagi muahaha. Aku memang sangat jarang ada barang berwarna kuning. Tapi aku tertewas juga dengan kuning pasal aku ada beli baju  dan beg warna itu. Alasan aku warna kuning jagung tu tengah in trend. kahkah.

  7. Aku makan bahulu cicah air teh o.  Bila tiba musim raya, aku paling suka kuih bahulu.  Dan aku ada teknik tersendiri semasa memakan cik bahulu.  Aku kasi itu bahulu terbelah dua, lalu ku celupkan beliau di dalam teh o.  Kalau boleh teh nya mesti yang panas punya. Teh o ais tidak sesuai harap maklum. Aku pun tak tahu kenapa aku mempraktikkan amalan ini.  Salah satunya sebab aku boleh menjadikan cik bahulu yang keras menjadi lembut dan yang lembuk menjadi lembik. Apahal aku rasa geli ?

  8. Aku tak suka makan masakan sendiri.  Bila berada di rumah pada waktu cuti, aku bukan duduk goyang kaki sambil berangan nak popular macam si Irine Nadia Marcello. Aku jadi surirumah tangga sepenuh masa. Mengemas, menyapu, mengemop, mengelap, membasuh, melipat dan memasak. Dah kalau aku tak masak nanti semua orang balik kerja takkan aku nak bagi makan aiskrim 1 Malaysia perisa Milo pulak kan. Bila dah siap masak, pastilah aku nak makan kan. Tapi aku akan makan sikit je. Entah mengapa aku rasa biar lah kaum keluarga yang melantak masakan tersebut. Prihatin kan aku ? kehkehkeh.



Ok, cukuplah tu 8 point. Kalau budak sekolah buat karangan dah kes terlebih rajin ni. Sebenarnya ada lagi tapi kesian korang penat baca kan. Dahlah aku tak bagi air pembasah tekak hukhuk. Adakah kau orang ada perangai yang sama dengan aku? Kau orang nak kongsi pasal kenormalan korang yang dianggap pelik pun boleh. Aku pun nak tahu jugak hehehe. Terima kasih sudi baca :) 





p/s :  Cuti sem ni memang aku jadi surirumah tangga sepenuh masa. Kepada para lelaki, adakah aku calon yang anda cari ? Kahkahkah =D


No comments:

Post a Comment