Saturday 31 March 2012

TIPS BLOGGER : JANGAN SOMBONG ^_^

             Salam sejahtera cik akak, cik abang, cik adik, incik ayah, puan ibu , pembaca-pembaca sekalian .  Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana mood untuk berblogging kembali semula, sepertinya perasaan jatuh cinta kali pertama dalam dunia blogging yang super gempak. Mari kita teruskan agenda kita hari ni , ini tips untuk semua blogger, tak kira lah awak tu newbies ke dah famous amos tersangat ke, sedang-sedang macam aku ke tak kisahlah, kita semua sama saja faham.  ini tips untuk kita bersama untuk dipraktikkan sehabis baik . Habis pendahuluan.
 





muka nak mintak pelempang laju-laju 


             Jangan sombong. Aku pasti kalian tahu apa itu sombong. Buat-buat tak tau lagi ye, fine-fine, sombong boleh disimpulkan sebagai menghargai diri secara berlebihan, meninggi diri serta angkuh lagi bongkak bahkan merasakan diri lebih bagus daripada orang lain, memandang rendah kepada orang lain dan lain-lain yang seangkatan dengannya.  Oh ye aku tidak menuju entri ini spesifik kepada sesiapa. Entah-entah ada terdetik di hati kalian siapalah budak ni, hanya blogger yang masih hijau lagi seperti bayi comel yang sedang belajar bertatih. Ada hati lagi nak bagi tips-tips kunun. Aku peduli apa, ni tips untuk kita bersama faham.


         Sebagai blogger, antara 5 tips untuk mengelak dicop sebagai seorang blogger sombong ialah :


  • Bila ada kawan blogger tinggalkan jerit pekik kat kotak shout korang yang comel lagi kawaii tu silalah balas semula bila ada masa lapang. Penat-penat kawan tu pecut laju2 berblogwalking, korang tak balas pun.  Kecik hati beliau, tahu. Aku tak nafikan aku selalu lambat balas jejak korang , tapi sekurang-kurangnya aku balas. Aku akan tengok history , pergi satu-satu balik. Kecuali memang aku tak online berhari-hari atas sebab2 tertentu.

  • Bila ada kawan blogger dah cakap "saya follow sini" , "jemput ke blog dan folo saya juga" atau kata-kata sewaktu dengannya. Senang, follow saja kawan baru kita tu. Tapi aku selalu menghadapi masalah bila aku nak folo balik ada yang tinggalkan link url blog yang salah, dekat profile pulak, tak ada link blog sendiri, macam mana dong? Aku tak kisah sangat soal follower yang penting hubungan baik sesama blogger. Kalau aku tak folo korang pun, jangan risau sebab insyaallah aku akan selalu datang jengah korang ok.

  • Bila awak perasan ada kawan blogger selalu , rajin komen2 entri awak yang tak seberapa tu, apa kata awak rajin kan tangan komen2 , conteng2 kat entri dia pulak. Komen tu salah satu tanda penghargaan kepada seorang blogger okey. Tapi make sure korang tak tengok tajuk je lepastu skroll laju2 kat bawah terus komen. Kang tak pasal-pasal komen korang tu tak da kena-mengena, Kantoi disitu korang tak baca betul2 entri beliau.

  • Bila ada kawan blogger bagitau "saya klik nuffnang awak, saya picit2 churpy awak" dan sebaris dengannya, apa salahnya klik beliau punya juga. Sama-sama berblog, sama-sama dapat faedahnya. Tolong-menolong kan amalan mulia. Tapi aku menyirap betul kalau ada yang bagi link churpy, says bagai dekat shoutbox . Itu tempat tinggal jejak blog, bukan iklan mu pahe dak?

  • Jangan memilih kawan. Korang jangan lah mentang-mentang korang tu tak kenal langsung kawan baru yang datang kat blog korang, kebetulan dia hanyalah blogger picisan , newbies, korang memutuskan untuk tidak melayannya. Oh mungkin juga kerana korang terlalu popular , followers beribu-riban sampai tak terlayan kan ? nak kawan dengan orang-orang seangkatan dengan korang aje, amboi siapa ajar ni hah!  kalau tak ada orang datang blog kau, kau pun tak akan dikenali lah .fine, aku buat muka marah, muahaha.



         Dah dah. lagi panjang wa taip lagi berjela wa melalut. Ingat tau, ni pun pesanan untuk diri aku sendiri jugak sebenarnya. Aku pun nak ambik kesempatan minta maaf kalau2 ada yang terasa hati dengan aku ke tersentap ke ok #buat muka comel , mata sparkling ^_^




         p/s:  Banyak kali saya tinggal jejak kat blog awak, tapi satu pun awak tak pernah balas, ok fine saya sedar siapa saya walaupun saya nampak je awak g jerit2 kat blog orang lain, ok saya faham saya blogger biasa je pun, kan?  -,- 


#macam biasa ada komen, pandangan , nak share pasal topik di atas, silakan,terima kasih :)

No comments:

Post a Comment