Tuesday 20 March 2012

Don't leave me ^^



            Hai hai hai..bertemu kembali dalam rancangan "Blogku Blogmu Jua"...Malam-malam yang dingin ni , lepas layan mood romantika rajin pula jari aku ni nak eksesais, oh exercise actually -_- .  peh mukadimah aku entah hape-hape ..ada sesiapa perasan tiba-tiba entri harini tak dimulakan dengan ucapan Salam ? ok fine,fine.. balik semula, balik semula.  Salam semua geng blogger comel lagi kacak , malam ni aku nak sharing is caring satu perkara yang bukan kesukaanku.  Oh rasanya kesukaanku juga bukan kesukaan kalian, cis apa aku merepek ni hah!!



Salah satu perkara bukan kesukaan aku ialah kena tinggal atau erti kata lainnya ditinggalkan.






             Aku ni dulu dijaga atuk dan nenek, jadinya pantang betul aku kalau arwah atuk merempit nak pegi kedai Apek naik moto Honda kaler kelabu lepastu melepak bersama rakan-rakan beliau tanpa membawa aku.  Sila abaikan susunan ayat aku yang berterabur, emosi je lebih.  Aku suka betul pegi kedai dengan atuk pasal atuk akan redha je tengok aku selamba ambik gula-gula warna-warni, aiskrim paddle pop rainbow , cekedis a.k.a jajan.  oh ada lagi aku suka beli buku nota kecik yang ada gambar kartun2 mickey mouse , minnie mouse, winnie the pooh bagai.  aku tau korang pun suka kan, hehe.


         Kalau dengan nenek pulak, bila time dia komplot baik punya dengan makngah aku pegi bandar tanpa membawa aku.  Aku balik-balik sekolah agama je tengok apahal hal lah banyak beg plastik yang masih berbau kedai.  Hah, mula lah aku merengek buat muka comel mintak pelempang .har har har.  Contoh lain kena tinggal tak bawak pegi beli barang dapur, gila tak meroyan, tak dapatlah aku nak beli permainan gegirl kalau aku tak ikot ..hek eleh gedik betul aku ni kan  -,-


         Dulu zaman sekolah aku ada adik angkat , ceh korang pun haruslah ada kan, kan. Bila masuk Form 4 beliau nak pindah sekolah lah ceritanya.  Masa dapat mesej dia bagitau nak pindah je, aku dah tak keruan. tak senang duduk ke kiri ke kanan macam drama tv scene bini nak bersalin .  Masa akak angkat aku nak pindah sekolah pun aku melalak jugak..haha aku ni penuh emosi betul lah. eh salah, aku ni penyayang baru lah betul ^^


         Aku ni bukan jenis tak boleh keseorangan ye, sila jangan salah faham.  Tapi aku sangat tidak minat ditinggalkan dalam apa jua topik.  Itu saja.  Sekian, terima kasih sudi baca, ada mau sharing, silakan.  


P/s:  Dulu aku antara kaki blogwalking tegar di tengah malam bila tiba waktu cuti sem, tak percaya baca entri ni tau =) klik sini, klik sini .
         
          




No comments:

Post a Comment