Sunday 28 August 2011

TIPS BERCINTA: JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA...wajib baca!




Salam semua :)





kalau aku pakai cincin sekarang, bukan bmakna aku dah jadi bini org tahu tak?





   Tengah mood2 raya ni aku sibuk update pasal cinta cintun ni, haha korang tak kisah kan? Aku tau korang memang melompat keterujaan kalau bercerita topik kahwin-kahwin ni kan. Haha. Artikel ni dari penceramah terkenal tak lain tak bukan Dr. Fadilah Kamsah di Facebook dan aku bw di blog ini.  *masa baca kepala aku angguk2 menandakan kata2 dalam ayat2 tu tepat kena kat batang hidung aku yg ternyata tak mancung. Sekarang nak kenakan kat batang hidung korang pulak. Muahaha.






Jika kamu MEMANCING ikan,  Setelah ikan itu terlekat di mata kail, 


Hendaklah kamu MENGAMBIL ikan itu.


Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.




Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu.




dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.









Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang.




Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.




Janganlah sesekali kamu MENINGGALKANNYA begitu saja.




Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu.




dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.









Jika kamu menadah air biarlah BERPADA,




Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.




Cukuplah sekadar KEPERLUANMU.




Apabila sekali ia retak entu sukar untuk kamu menambalnya semula.




Akhirnya ia DIBUANG. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.









Begitu juga jika kamu MEMILIKI seseorang, TERIMALAH seadanya.




Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA.








Anggaplah dia MANUSIA BIASA.




Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.


Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.




Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.









Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu PASTI BAIK untuk dirimu.




Mengenyangkan. Berkhasiat.




Mengapa kamu berlengah, cuba MENCARI  makanan yang LAIN..




Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.




Kamu akan MENYESAL.









Begitu juga jika kamu telah BERTEMU dengan seorang 


INSAN yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.


MENYAYANGIMU.MENGASIHIMU.




Mengapa kamu belengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.




Terlalu mengejar kesempurnaan.




Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.




Kamu juga yang akan MENYESAL.








NOTE:  BUKAN MUDAH MENCARI JODOH YANG TEPAT KERANA KITA HANYA MERANCANG, TAKDIR TUHAN JUGA YG MENENTUKAN TIAP2 SESUATU SAMA ADA YANG BAIK ATAU BURUK UNTUK KITA...MUDAH-MUDAHAN SEMUA DAPAT FAEDAH :)


SALAM LEBARAN CUTIE MUTIE!!!


No comments:

Post a Comment