Bahan-bahannya
3g yis - 1 sudu teh yis
1 sudu besar gula
50 ml air
1 sudu teh garam
1 sudu teh cuka kurma/epal/anggur/beras (asalkan cuka buah sahaja)
campurkan semua bahan di atas ini bersama dan biarkan berbuih lebih kurang 5 minit.
3 sudu besar (60 gram) mentega/marjerin
1 sudu besar bread softener
1 biji telur
3 biji pisang atau 150 gram yang mana paling ringan
1½ sudu besar serbuk penaik
3 sudu susu tepung
400 gram tepung gandum
tambahan
3 sudu minyak masak
50 ml susu segar
Cara membuatnya:
1. Gaulkan tepung gandum dengan serbuk penaik, susu tepung dan bread softener. Gaulkan sampai rata.
2. Kemudian masukkan mentega/marjerin dan telur. Gaul rata.
3. Sementara itu bancuh air yis, biarkan 5 minit atau sampai berbuih
4. Masukkan pisang ke dalam adunan tepung. Kacau rata
5. Ini bahagian paling semput. Masukkan 50ml air bancuhan yis. Agak sukar nak uli sebab melekit. Tapi ulilah dulu sampai agak rata dan sebati semua bahan. Uli dalam 10 minit. Kemudian, ambil minyak, basahkan tapak tangan dan uli guna minyak masak pula. Uli dalam 5 minit. Berpeluh juga nak kerjakan. Kenapa? kerana sifat buah pisang yang basah mengeluarkan air tatkala diuli. Tapi kalau tak nak penat, guna mixer je.. besi cangkuk untuk roti. Selesai je...
Peram selama 30 minit. Kemudian tumbuk untuk keluarkan angin.
6. Kemudian gentel bulat. Kita buat bebola 80 gram. Kalau nak comel, buatlah 30 gram ke, 5 gram macam guli ke, terpulanglah. Tapi biasanya orang timbang 30 gram, 40 gram, 60 gram.
80 gram pun boleh, untuk enjoy makan dengan family :)
7. Balut dengan plastik. Peram selama 2 jam ya. Dia lambat naik sikit sebab yis tengah berperang dengan pisang kat dalam tu. Tapi tak apa, senjata rahsia kita ada.. baking powder!!
8. Ini gambar selepas 2 jam diperam. Kadar kenaikannya hanya separuh sahaja dari asal. Yis nampaknya dah tewas dengan pisang. Senjata kita ialah baking powder. Panaskan ketuhar 175 darjah celcius selama 5 minit kemudian masukkan benda alah ini ke dalam ketuhar dan bakar 30 minit. Tak sampai 10 minit, roti kita naik... senjata kita baking powder menewaskan pisang :)
9. Keluarkan dari ketuhar dan sapukan dengan susu segar. Tak ada susu segar, susu penuh krim bancuh air suam pun boleh.
10. Inilah hasilnya, roti paun pisang ceria yang lazat dimakan begitu sahaja.
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment