Thursday 5 September 2013

Resepi Roti Lof Ceria

Resepi Roti Lof (roti buku) Ceria bukan jelmaan roti gardenia, kerana resepi roti gardenia yang tertulis dalam label paket bungkusannya penuh dengan vitamin itu ini dan bermacam-macam lagi. Tetapi untuk menghasilkan roti sebaik roti gardenia atau roti masimo atau roti high 5, Resepi Roti Buku Ceria akan membantu anda dengan bahan yang paling mudah!!

Bahan-bahannya:
3g yis - 1 sudu teh yis
1 sudu gula
150 ml air
½ sudu teh cuka kurma/epal/anggur/beras (asalkan cuka buah sahaja) -tugasnya agar yis lebih galak
campurkan semua bahan di atas ini bersama dan biarkan berbuih lebih kurang 5 minit.
p/s: ini cara macam mana nak aktifkan yis. Bukan main masuk je dalam tepung seperti kebanyakan resepi di Malaya.

300g tepung gandum atau berprotein tinggi atau tepung roti
6 gram (1 sudu besar) bread improver (tugasnya untuk mempercepatkan proses peram doh dari sehari menjadi seawal 40 minit)
1 sudu kecil garam
40 gram (2 sudu besar) mentega/marjerin
1 sudu teh bread softener
14 gram (2 sudu besar) susu tepung penuh krim
1 biji telur gred A ambil yang putih sahaja (sumber protein)
1 sudu teh madu
1 sudu besar shortening (lemak sayuran)

Cara membuat roti lof ceria :
1. Gaulkan tepung gandum bersama garam, bread softener, bread improver dan susu tepung. Gaul rata
Kita guna tepung gandum je, kerana resepi ini rotinya memang dah lembut. Dijamin!!
Tapi kalau nak guna tepung roti yang mahal gedabak, silakan. Lagi mahal, lagi sedap :)

2. Kemudian gaulkan pula madu, putih telur, shortening dan marjerin/mentega. Gaul sebati

3. Sementara itu, sediakan air yis seperti bahan di atas. Bahan dikacau terlebih dahulu. Tunggu dalam 5 minit sampai dia naik buih

4. Tuangkan 150ml air yis berbuih tadi ke dalam adunan tepung. Gaul dan start uli tepung.

5. Renjis sedikit tepung gandum untuk keselesaan uli

6. Mesti dapat bentuk macam ni, tak melekat di tangan. Lepas tu, uli selama 10 minit. Cara uli, buat bentuk ni...

7. Kemudian lipat ke atas..

8. Kemudian tolak dengan tapak tangan ke hadapan. Ulang proses ni selama 10 minit.

9. Dah uli, bulatkan dia dan peram dalam minimum 40 minit hingga maksimum 5 jam.

12. Ok, lepas tu tumbuk dia dalam seminit, uli sekali lagi dan peram dalam 10 minit. Selepas itu baru pindahkan ke loyang roti loaf.

13. Cari punya cari, loyang untuk roti loaf tak ada, jadi terpaksa guna loyang sedang. Tengoklah saiznya tak matching langsung. Itulah, lain kali cek dulu ade ke tak loyang hehehe.. 
Peram dalam 2 - 3 jam dalam keadaan tertutup dengan plastik bag.
Tips: kalau nak buat buku, urat dia mesti di bawah ya. 

14. Lama sungguh nak buat roti loaf kan? Kena betul-betul dia kembang dua atau tiga kali ganda. Tapi roti lof ini agak leper sebab loyang dia. 2 jam peram dah kira sekejap berbanding semalaman jika tidak guna bread improver. Panaskan ketuhar dalam 10 minit dengan api 175 darjah celcius. Kemudian baru bakar roti loaf kita selama 20 minit. Bila timing masa habis, biarkan dia kat dalam tu je. Lepas tu tidur.

15. Bangun dari tidur, keluarkan roti lof kita dari ketuhar. Nah...

16. Belah dengan pisau roti (pisau yang ada gigi). Dah boleh makan sama ada dimakan begitu saja, dicicah kari, disapu jem atau dimakan bersama sardin bersos tomato. Yang pasti, ia tetap lembut setanding gardenia walaupun dah sejuk insya Allah.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment