Sunday 29 September 2013

Resipi Pizza Ceria

Resipi Pizza Ceria ialah resipi asas bagi sebuah pizza italian. Jom jenguk

Bahan-bahannya:
Bahan asas doh cara itali ialah:
250 gram tepung gandum
150ml air suhu bilik
1 1/2 sudu kecil minyak zaitun
secubit garam
secubit gula
6 gram yis

Bahan asas topping pizza itali ialah
6 sudu makan puri tomato
dua cubit oregano
dua cubit thymes
1 sudu kecil lada hitam
dua cubit serbuk biji ketumbar
1 biji bawang merah ditumbuk halus
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
daun selasih kering yang ditumbuk
minyak zaitun

bahan hiasan menyedapkan rasa:
daun selasih (basil)
keju
cendawan
daging sosej
daging kisar
jejari ketam
lada benggala

Cara membuatnya:
1. Teknik menghidupkan yis, kononnya pakar masak blogger kata ini membazir masa sedangkan ini adalah langkah paling penting. Larutkan gula ke dalam air dan tuangkan yis.

2. Tuangkan air yang dah berkeladak dengan yis itu ke dalam tepung gandum. Tuangkan minyak zaitun dan renjiskan garam.

3. Uli tepung dan kemudian peram dalam 1-2 jam. Selepas cukup masa, tumbuk doh untuk keluarkan angin

4. Kemudian kita buat aksi giling

5. Setelah doh bulat leper, tutup sekejap. Selepas itu, muatkan ke dalam loyang yang siap dioles dengan minyak. Panaskan ketuhar 170 darjah celcius selama 5 minit. 

6. Sementara itu siapkan bahan topping. Masukkan semua rempah. Gaulkan.

7. Kemudian masukkan semua bawang dan gaul rata. Masak sebentar dengan minyak zaitun. Tak nak masak pun takpe, sebab kita tak masak. Nak masak ni bila guna roti yang dah siap.

8. Tuang sos itali kita. Sapu di permukaan roti

9. Hiaskan dengan sayuran, daging dan keju. Kemudian terus masuk ke dalam ketuhar dan bakar selama 20-30 minit. Kalau boleh setting, oven hendaklah dinyala di bahagian bawah sahaja dan disertai blower

10. Siap untuk dihidangkan.
SEDAP TAU
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment