Monday, 30 April 2012

Sifat normal dan sifat pelik.



Salam semua  salam sejahtera :)







Pertama sekali aku ucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tahniah untuk entri result minggu lepas.  Terima kasih kembali ye. Ok berbalik kepada topik hari ini, semua orang ada persepsi sendiri terhadap fe'el (perangai) orang lain bukan? Kadang aku pun musykil bila ada mereka yang mengatakan aku pelik.  Adakah aku bukan seperti manusia lain?Adakah aku alien obesiti dari angkasa lepas yang menaiki UFO 1 Malaysia? Atau adakah aku terlebih comel dari Nora Danish ?  ok tipu2.  Kalau korang malas nak baca panjang-panjang, baca setakat yang mampu. :)





Tajuk kecil :  Perangai aku yang normal tapi mereka katakan pelik .







  1. Aku makan burger satu-persatu.  Oh pleaselah jangan cakap aku ni cover cun makan depan budak lelaki. Aku rasa selama aku hidup, aku banyak makan burger bersama kaum perempuan. Memang perangai aku makan burger tu satu-persatu dari kecil lagi. Bagi aku makan satu demi satu lapisan tu baru aku feel. Dan daging burger tu aku akan cubit sikit-sikit. Kau nampak tak betapa aku mengamalkan amalan berjimat-cermat kahkah. Perangai aku yang nombor 1 ni sama dengan roomate aku bernama Maisarah. Kami rasa sangat cool bila makan burger bersama-sama pasal cara makan kami serupa.  Sampai kan junior aku cakap "eeewww geli tau tak " .Sentap aku tau. Lain orang lain citarasa kan? 

  2. Sambil jalan mesti ada satu barang bersama untuk dipegang.  Aku sebenarnya sangat tidak minat berjalan lenggang kangkung , tangan pulak kosong.  Paling tidak pun, aku mesti pegang telefon bimbit berjenama Sony Ericson model C510 kaler hitam yang setiap bucunya dah bercalar-balar. Kadang-kadang aku bawak beg walhal dalam beg tu ada sebiji telefon bimbit yang aku cerita tadi. Kahkah. Ok lah tu kan daripada aku bawak pisau ke mana-mana dah macam pembunuh bersiri lah pulak.Konklusi , aku tidak memilik smartphone canggih macam kau orang hahaha.

  3. Dengar lagu berulang-ulang. Bila on sahaja komputer riba Acer model Aspire4738G, aku akan terus terjah folder lagu. Dalam folder tu pulak ada subfolder lagi yang mengasingkan jenis-jenis lagu. Alah kau orang mesti tahu punya kau orang pun buat kan? Sambil membaca gosip Zahida Rafiq yang kononnya berskandal dengan Menteri, aku akan pilihlah satu lagu untuk dijadikan taik telinga eh halwa telinga.  Sebagai contoh lagu peveret aku ialah A Thousand Years - Christina Perry. Bila aku dah khayal melayari Internet, maka lagu yang aku mainkan tadi akan berulang-ulang sampai orang tegur baru aku pausekan beliau. Kadang aku memang sengaja tak tukar pasal tu kan lagu kesukaan aku, lu orang apa tahu ? 

  4. Aku makan lambat.  Eh ni pun pelik ke harharhar.  Kan aku dah bagitahu tadi aku ni mengamalkan sikap berjimat-cermat.  Lebih-lebih lagi dalam soal makan.  Roomate aku dulu aku cop dia sebagai juara makan. Pasal apa? pasal dia makan laju macam naik rollercoaster. Aku selalu jadi juara jugak, tapi juara makan paling lambat lah. Kadang-kadang tu nasi aku baru separuh luak, beliau dah jilat jari macam makan KFC gamaknya. Adakah kami seperti kisah Kura-kura dan Arnab ? Tapi sekarang ni aku dah maju tau, dah laju sikit dah aku makan. hehe.

  5. Aku suka buat nasi kepal.  Aku bukan saja mengamalkan sikap berjimat-cermat, malah bersopan-santun semasa makan. Kau orang tahu tak apa itu nasi kepal? Eleh cepat-cepat kau geleng kepala eh. Nasi kepal tu nasi yang korang jadikan bentuk dia bulat-bulat.  Ah tak reti aku nak terangkan lebih lanjut. Sungguh, aku rasa nasi itu sangat comel bila dah jadi nasi kepal. Aku paling suka kalau nasi kepal itu terhasil daripada nasi putih kosong yang belum tercemar dengan kebanjiran lauk-pauk. Tapi kadang-kadang ayam pon aku jadikan beliau kepal haha. Eh apa kena-mengena mengepal makanan dengan sifat sopan-santun? 

  6. Aku tak suka warna kuning. Hoho para anonymos sila jangan serang hendap aku. Ini tiada kaitan dengan Demonstrasi 'Aman' Bersih 3.0 kalian itu. Sejak kecil lagi memang aku kurang menggemari warna kuning pasal aku rasa kaler ini sungguh mencapap. Em mencapap tu lebih kurang macam saja mengoverkan dirilah. Aku belajar perkataan mencapap sejak di bangku sekolah menengah lagi muahaha. Aku memang sangat jarang ada barang berwarna kuning. Tapi aku tertewas juga dengan kuning pasal aku ada beli baju  dan beg warna itu. Alasan aku warna kuning jagung tu tengah in trend. kahkah.

  7. Aku makan bahulu cicah air teh o.  Bila tiba musim raya, aku paling suka kuih bahulu.  Dan aku ada teknik tersendiri semasa memakan cik bahulu.  Aku kasi itu bahulu terbelah dua, lalu ku celupkan beliau di dalam teh o.  Kalau boleh teh nya mesti yang panas punya. Teh o ais tidak sesuai harap maklum. Aku pun tak tahu kenapa aku mempraktikkan amalan ini.  Salah satunya sebab aku boleh menjadikan cik bahulu yang keras menjadi lembut dan yang lembuk menjadi lembik. Apahal aku rasa geli ?

  8. Aku tak suka makan masakan sendiri.  Bila berada di rumah pada waktu cuti, aku bukan duduk goyang kaki sambil berangan nak popular macam si Irine Nadia Marcello. Aku jadi surirumah tangga sepenuh masa. Mengemas, menyapu, mengemop, mengelap, membasuh, melipat dan memasak. Dah kalau aku tak masak nanti semua orang balik kerja takkan aku nak bagi makan aiskrim 1 Malaysia perisa Milo pulak kan. Bila dah siap masak, pastilah aku nak makan kan. Tapi aku akan makan sikit je. Entah mengapa aku rasa biar lah kaum keluarga yang melantak masakan tersebut. Prihatin kan aku ? kehkehkeh.



Ok, cukuplah tu 8 point. Kalau budak sekolah buat karangan dah kes terlebih rajin ni. Sebenarnya ada lagi tapi kesian korang penat baca kan. Dahlah aku tak bagi air pembasah tekak hukhuk. Adakah kau orang ada perangai yang sama dengan aku? Kau orang nak kongsi pasal kenormalan korang yang dianggap pelik pun boleh. Aku pun nak tahu jugak hehehe. Terima kasih sudi baca :) 





p/s :  Cuti sem ni memang aku jadi surirumah tangga sepenuh masa. Kepada para lelaki, adakah aku calon yang anda cari ? Kahkahkah =D


Thursday, 26 April 2012

Tahniah kepada seUitm di atas keputusan peperiksaan kamu :)



Salam semua ; Salam Jumaat :)


      Umum mengetahui , hari ini semua pelajar Diploma seluruh Uitm di Malaysia mendapat keputusan peperiksaan akhir Mac 2012.  Eden ucapkan tahniah lah kepada semua di atas keputusan kamu .  Cemerlang atau kurang cemerlang itu adalah hasil dari usaha kamu juga, jadi berterima kasih lah kepada diri sendiri , Allah , kaum keluarga , pensyarah dan tak lupa kawan-kawan.  Termasuk jugak kepada buah hati masing-masing*kalau ada lah .  


      Aku mulanya tak rasa apa-apa perasaan cuak atau gementar seminggu sebelum semalam . Mula dari kelmarin baru rasa hati berdebar-debar. Al maklumlah peperiksaan sem 4 yang lepas agak sukar sedikit. Eh apahal aku rasa macam dari tadi ayat aku skema? Em takpelah , kita sambung balik. Aku hanya ada 2 kertas final , yang lain-lain subjek merupakan carry marks. Faham2 saja lah kan, kalau carry mark tu dah memang sikit, memang tak ada apa nak tolong sebab tak ada kertas final.  Subjek yang ada final exam tu sebenarnya menolong meng'up'kan markah korang. 


     Malam tadi aku sanggup bersengkang mata semata-mata nak tengok result tercinta kihkih. Aku online kat Twitter dan pakcik Facebook kebanyakkannya sama kecuakannya dengan aku. Sampai tangan aku lenguh dah asyik refresh email tu.  Aku tunggu dari pukul 12:00 malam sampai dekat pukul 2:00 ,barulah email aku masuk. Bila roomate aku mesej bagitau dah dapat result , peh wa dah cuak ni .  Kalau beliau dapat mengekalkan DL nya lagi, aku bagaimana pula? . Dengan lafaz Bismilllah, aku bukak email tercinta, dan Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah  :')





Eh Maru ni ucap congrate tapi muka nak macam gangster 


Terima kasih juga kepada pembaca setia blog ini .  Semoga berbahagia di samping mereka yang tersayang :) Peluk cium dari tuan blog, kahkahkah :D  


p/s :  Bagi sesiapa yang ingin menyemak keputusan exam kamu di portal Uitm, klik sini ok.

Tuesday, 24 April 2012

Monday, 16 April 2012

Promotion blog oleh Sis92 ~ Blog si gadis comel Sesi 2

Salam semua 

Perhatian satu, ini bukan segmen, contest atau yang sewaktu dengannya, ini namanya promote saja2 bagi menghargai semua yang menyokong blog saya .
    Perhatian kedua, kepada blog yang sudah tersenarai dalam official jejaka kacak dan bloglist saya, eden memang kecualikan kalian..sila jangan sentap dan merajuk ye..kali ni untuk mereka yang belum tersenarai :).  




       Kita sambung sesi menerjah mereka ya..almaklumlah blogger perempuan memang lebih ramai daripada lelaki jadinya, sila lah berpinar-pinar biji mata ye malam ni muahaha .  Aku mintak maaf sangat ye kalau ada yang terlepas pandang, ok pakwe-pakwe sekalian inilah masanya untuk mengurat eh salah , menerjah.


  1. http://alphabetlovewords.blogspot.com/

  2. http://zefreakprofile.blogspot.com/

  3. http://skyjuicechocolate.blogspot.com/

  4. http://imtherainbow-94.blogspot.com/

  5. http://duniakushida.blogspot.com

  6. http://nusha1706.blogspot.com/

  7. http://diarisifroggie.blogspot.com/

  8. http://zareliqaafiqa.blogspot.com/

  9. http://thesecretsofleonerz.blogspot.com/

  10. http://misszberceloteh.blogspot.com/

  11. http://www.miszdishevelled.blogspot.com/

  12. http://lisa-love-life.blogspot.com/

  13. http://sayanakcerita.blogspot.com/

  14. http://nurul-rasya.blogspot.com/

  15. http://nanardthephotographer.blogspot.com/

  16. http://nurulanafarhana.blogspot.com/

  17. http://ell-pmc.blogspot.com/

  18. http://syamirayahya.blogspot.com/

  19. http://uun-halimah.blogspot.com/

  20. http://mugmerah.blogspot.com/

  21. http://ouhmylovely.blogspot.com/

  22. http://sweetberibiru.blogspot.com/

  23. http://wafflestick96.blogspot.com/

  24. http://ciksukaberangan.blogspot.com/

  25. http://aiskrimvanila94.blogspot.com/

  26. http://amaninajailani.blogspot.com/

  27. http://fazleenkamarudin.blogspot.com/

  28. http://serikandi95.blogspot.com/

  29. http://jurnal-fikir.blogspot.com/

  30. http://sesekali.blogspot.com/

  31. http://amalinaadibah.blogspot.com/

  32. http://norshafiqa41.blogspot.com/

  33. http://missuulyn.blogspot.com/

  34. http://gemersik-permatahatiku.blogspot.com/

  35. http://www.fiksyidaforever.blogspot.com/

  36. http://lifestyleaddictive.blogspot.com

  37. http://haruno-hana.blogspot.com/

  38. http://kinahnazari.blogspot.com/

  39. http://jue-ana.blogspot.com/

  40. http://www.miszdishevelled.blogspot.com/

  41. http://mssuperduperblogger.blogspot.com/

  42. http://ouragalaxy.blogspot.com/

  43. http://yuka-luv.blogspot.com

  44. http://www.maaistoory.co.cc/

  45. http://zirathegreat.blogspot.com/



ok cepat-cepat tututp mata semua, surprise-surprise :)














---------------------------------------------



Big Apple Donut for all of you  :)








Sunday, 15 April 2012

Promotion blog oleh Sis92 ~ Blog Jejaka Macho Sesi 1

Salam dan salam sejahtera..



Perhatian satu, ini bukan segmen, contest atau yang sewaktu dengannya, ini namanya promote saja2 bagi menghargai semua yang menyokong blog saya .



    Perhatian kedua, kepada blog yang sudah tersenarai dalam official jejaka kacak dan bloglist saya, eden memang kecualikan kalian..sila jangan sentap dan merajuk ye..kali ni untuk mereka yang belum tersenarai :).  


Dah2, jom kita sambung dengan blog jejaka pulak..waktu untuk mengurat  menyerang !!! 


  1. http://i-think-of.blogspot.com/

  2. http://blognasirhamzah.blogspot.com/

  3. http://wancikgumuzik.blogspot.com/

  4. http://infoklasik.com/

  5. http://zulhilmirosnin.com/

  6. http://lazaac.com/

  7. http://wanhazel.blogspot.com/

  8. http://www.boyz-ed.com/

  9. http://hatikubaik.blogspot.com/

  10. http://inibloguncle.blogspot.com/

  11. http://pucheh07.blogspot.com/

  12. http://www.faizlaster.com/

  13. http://jagungkekuningan.blogspot.com/

  14. http://www.gnesop.com/

  15. http://akuhanyarajadrama.blogspot.com/

  16. http://gilamodified.blogspot.com/

  17. http://nasrudinabdullah.blogspot.com/

  18. http://apy-10.blogspot.com/

  19. http://kaizenteam-mz.blogspot.com/

  20. http://hafiz-fullstop.blogspot.com/

  21. http://caliphshuriken.blogspot.com/

  22. http://kachipemas.blogspot.com/

  23. http://apiszpunyablog.blogspot.com/

  24. http://aboy-ensem.blogspot.com/

  25. http://ayie-puteragahara.blogspot.com/

  26. http://mysoulzflayaz.blogspot.com/

  27. http://shakroil.blogspot.com

  28. http://inibloguncle.blogspot.com/

  29. http://krilmohd.blogspot.com/

  30. http://mibi-sukanyabiladiaceria.blogspot.com/

  31. http://arituarini.blogspot.com/

  32. http://www.bicaradariaku.com/

  33. http://www.cikgubadarudin.com/

  34. http://azrieyx.blogspot.com/

  35. http://blueghost40.blogspot.com/



ok, ada yang aku tertinggal ke? sorry ye kalau terlepas pandang.  Susunan nombor adalah random, tidak dipengaruhi oleh apa-apa faktor.  Ok cepat -cepat tutup mata semua.














--------------------------------------



sila berkongsi, tuan blog tak cukup duit nak beli banyak2 :D


       Ok, jangan lupa pergi terjah pakwe-pakwe di atas ok..tunggu sambungan promotion blog oleh sis92 ~ Blog Si comel Sesi 2 .  Terima kasih :)



klik sini untuk terjah Blog si gadis comel Sesi 1 .

Saturday, 14 April 2012

Promotion blog oleh Sis92 ~ Blog si gadis comel Sesi 1

Salam dan salam sejahtera..

UPDATED:  Ini bukan segmen, contest atau yang sewaktu dengannya, ini namanya promote saja2 bagi menghargai semua yang menyokong blog saya . ^_^


(Sila baca dengan nada ala-ala sebak lagi terharu macam Fizz Fairuz semasa di Abpbh)
   Aku menaip entri ni khas untuk awak semua lah..terima kasih selalu datang , follow, blogwalking kat blog eden ni .. tanpa anda siapalah aku, eceh . Perhatian kepada blog yang sudah tersenarai dalam official jejaka kacak, gadis comel dan bloglist saya, eden memang kecualikan kalian..sila jangan sentap dan merajuk ye..kali ni untuk mereka yang belum tersenarai :).  Ok kerja korang senang je hari ni, pergi terjah sesama sendiri ye..
Sila jangan malas, cubit nanti muahaha.  


Blog si gadis comel :




      Ok cukup dulu 30 orang ye..nanti kita sambung lagi dengan Blog jejaka macho Sesi 1 ok.. lagi sekali kepada yang tidak tersenarai sila jangan kecik hati, jangan sentap..nanti aku update lagi ok :)  Korang jangan serik datang blog aku pulak. Terima kasih menjadi pengunjung dan pembaca setia di blog saya 
*mata sparkling2..Eh tutup mata, tutup mata, nak bagi surprise ni :)










----------------------------------------------



kek secret recipe untuk semua , sila kongsi2 :)











    Thursday, 12 April 2012

    Keistimewaan Hari Jumaat :)

    Salam semua 





    apesal kacak sangat ni -,-




        Bertemu lagi kita di hari yang mulia , penghulu segala hari.  Hari ni aku nak sharing is caring lah sikit dengan awak semua perihal istimewanya hari jumaat berbanding hari-hari lain. Lelaki, kalian wajib baca ok. Jom kita baca bersama-sama.




    Hadis Nabi SAW
    “     Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian mengambil wudhu dengan sempurna untuk mensucikan diri, kemudian memakai minyak rambut dan mengemaskan dirinya, kemudian menggunakan wangian pada pakaian yang dipakainya dan keluar datang ke masjid,tidak menyakitkan antara dua orang, tidak mengganggu ketenteraman orang lain dan kemudian ia bersembahyang dan terus bersembahyang dan terus bersembahyang seberapa banyak yang dia termampu kemudian ia diam ketika imam keluar dan ketika khatib membaca khutbah;   Maka  orang yang buat seperti itu, Allah akan memberikan pengampunan kepadanya dari hari Jumaat ini kepada Jumaat yang akan datang  ”.
    (Riwayat Imam Bukhari)


    p/s :  Nak buat perkara baik senang, nak istiqamah buat perkara baik bukan mudah . 

    Wednesday, 11 April 2012

    TUKANG SPAM ADS TOLONG JANGAN CABAR KESABARAN SAYA

    SALAM
    ini entri serius siapa-siapa nak terasa, sentap , lu makan cili kering, lu rasalah asam pedas nya , ehh ?




              Perhatian kepada CIK PUAN SUE @ SUZANA TAHIR AMBOI JALAN2 BEFORE TIDUR KATANYA apahal awak spam ads churp-churp kat dalam blog saya hah?  kang wa report kat TV 3 dengan HARIAN METRO kang baru lu tau apa ertinya  penyesalan , ni wa betul-betul marah ni faham tak faham tak. Berani lah kau datang lagi .  huh !


              Kepada mereka-mereka yang suka sangat buat kerja tak senonoh ni iaitu spam ads kat shoutbox orang tolonglah ye, SILA HORMAT SIKIT DENGAN ORANG LAIN. Wa letak itu shoutbox untuk orang tinggalkan jejak blog dan entri mereka, sejak bila cikgu sekolah ajar letak link ads kejadah tu. eh terlupa pula cikgu sekolah tak ajar subjek Blogging, im sorry. 


              Dapat kat aku senang je, aku terus BAN IP address kau, padan muka.  Nak tambah pendapatan pun agak-agaklah jangan buat hal kat blog orang.  Korang yang dah terkena pun sama ok, ban terus IP mereka faham.  Oleh kerana kau telah menyalahi undang-undang blogging , maka hasil yang kau dapat tu nanti kau faham-faham sendirilah ye.  Nanti jangan datang mintak tolong aku halalkan pulak tau. Eh sejak bila blogging ada undang-undang , kihkih.


              Ok sekarang lu orang semua tengok gara-gara tukang spam ads churp2, say.s, dan sebagainya yang serupa pe'el nya (perangai)  dengan cik sue , hati wa mendidih-didih .  Free-free je nama kau naik kan, nasib aku tak tau blog kau apa, kalau tak mencanak tinggi trafik kau malam ni. Tak pasal-pasal kelab Aaronators pergi serang lepas tu hack semua akaun kau muahaha :P  







    Relax sayang, nanti baby mintak tolong Aaronators serang beliau  


                           p/s :  Angan-angan nak mimpi Fizz Fairuz terbantut gara-gara emosi tak stabil .




    Tuesday, 10 April 2012

    Masak Lemak Putih Durian

    Makanan ini eksotik sikit, masak lemak putih durian. Bukan guna durian putih, tetapi kuahnya warna putih. Rare punya lauk der. Best, mengancam nyawa! Makanan orang hulu Kelantan nih, biasanya makan panas-panas dengan nasi.

    Bahan-bahan ( 4- 5 orang makan )

    Sebiji Durian (ambil isinya sahaja, kulitnya tak mahu)
    1 labu bawang besar - hiris halus
    2 ulas bawang putih - hiris halus
    1 batang serai - dititik
    200 g udang hidup - dikupas kulit
    secukup santan
    garam secukup rasa
    1 batang lada merah - hiris serong
    1 batang lada hijau - dihiris serong
    (kalau nak kurang pedas, guna Cili api)
    (udang juga boleh ganti dengan isi ikan kembung)


    Cara-cara
    Asingkan ulas durian dalam mangkuk hayun berlainan :)
    Disebabkan saya guna santan pekat, jadi saya masukkan 1 cawan air dan separuh santan dalam periuk. Masukkan bawang, udang dan cili. Masak sambil dikacau, sebelum mendidih baru bubuh durian dan kacau hingga mendidih.
    Masukkan baki santan, garam dan cili. Kacau hingga mendidih sekali lagi dan tutup api.. Selamat mencuba...:)

    p/s: Petua supaya santan tak pecah minyak: Didihkan dulu air santan dengan bahan2..bila dah hampir masak baru masukkan pati santan agar santan tak pecah minyak.

    Durian Belanda Masak Lemak Putih

    Sama macam di atas juga cuma gunakan durian belanda putik. Selamat mencuba!


    Sunday, 8 April 2012

    SENYUM DAN UCAPLAH TERIMA KASIH BILA ORANG MEMUJI ^_^

    Salam si kacak dan si comel


         Hai hai hai, apa khabar semua, 3 hari aku tak berblogging, rasa seperti makan tak lena,   tidur tak kenyang  eh -,-.  Minta maaf sangat pada yang datang bw dan follow, nanti aku terjah balik ye . Ok kita terus ke tajuk utama iaitu SENYUM DAN UCAPLAH TERIMA KASIH BILA ORANG MEMUJI .


    Situasi 1 (lepas update gambar dating dengan encik boyfriend kat laman muka buka Facebook)




    A :  Wah, awak ni comel gila lah, kalah Nora Danish dengan Fasha Sandha dalam Abpbh 2011 malam tadi tau..suka3 .
    B :  Eh mana ada , awak lagi comel tau.  
    A :  Alo mana ada, kita biasa-biasa aja..awak lah comel.  Mata bulat macam Heliza lagi , ngeee
    B :  Alo betullah ..kita tak comel pun..boyfriend pun tak terkira ada tau..hee
    A:  Awak comel plus cantik, macam Fazura tau hee
    B:  Awak lagi comel lah dear :)


    = Aku cepuk laju-laju jugak budak 2 orang ni kang.




    Situasi 2 ( terserempak dengan kawan lama masa sekolah zaman comot-comot dulu )






    L :  Eh awak ni Maya Kering kan, kan kan? Omg2, tak sangka boleh jumpa kat pasar malam ni haa..apa habaq? Amboi,cantiknya awak kalah si Maya Karin dalam Ombak rindu Abpbh malam tadi tau..


    M:  Haah le, eh awak ni Lisa Surirumah kan, kan? Alo kita biasa aja, mana ada cantik. Awak lagi cantik , pakai Garnier eh macam Lisa Surihani? heee


    L :  Ish, mana ada..awak lagi cantik..putih, muka Pan Asian lagi , cantik plus2 tau hee
    M:  Alo awak ni memandai aje tau, kita tak cantik mana pun,  Awak lagi cantik juta-juta lemon tau.


    = Nak makan pelempang laju-laju ke hah?




    Situasi 3 (tengah edit gambar kahwin sepupu yang diambil menggunakan Dslr Nikon paling mahal)




    A :  Bro , gambar lu memang superb bro. Muka pengantin lelaki ni dah sebiji macam Aaron Aziz lah..
    B :  Eh biasa aje bro..lu punya gambar2 lagi hebatlah..wa pakai Nikon jerrrk.
    A :  Ish, apa pulak wa..gambar2 wa biasa aja, lu punya gambar ni memang terbaik dari ladang lah..tu belum campur dengan editing lagi, haa lagi lah mantop bro . Wa pakai Canon jerrrk pun.
    B :  Tak de maknanya bro..lu lagi hebat..wa tabik spring doh sama lu.


    =  Mamat dua orang ni pun nak kena tumbuk laju-laju agaknya.


         Korang pernah berhadapan dengan situasi macam ni tak? haha tak pun korang sendiri yang ada berperangai macam ni? muahaha. Mintak maaflah ye.. aku menyampah betul orang perangai gini tahu tak? bila orang dah puji tu, tak payah konon-konon merendah diri sangat, ucap saja TERIMA KASIH.  Pada pendapat aku, orang perangai macam kat atas ni hipokrit gila , sebenarnya nak orang puji melambung-lambung tapi berkias-kias.


          Ucap terima kasih bukan susah pun, bukan kena bayar 30 sen macam nak masuk tandas kat terminal bas. Oh ye, yang memuji dan menerima pujian tu pulak, jangan lah bangga diri. Buruk perangai . Simple action je kan, senyum dan ucap terima kasih sebab Tuhan bagi kau kecantikan dan kesempurnaan . Kepada pembaca blog sekalian, jangan amalkan perangai macam 3suara situasi kat atas tu okey. Aku cepuk kang haha.


    p/s :  Budak-budak perempuan yang suka bergaya sakan konon2 model majalah , lepastu upload gambar banyak2 dalam FB dan blog ..bila orang puji , dialog situasi 1 pasti berlaku.  Tak percaya ? -,-


    Sumber gambar : Beautifulnara.com


    Wednesday, 4 April 2012

    Spontaneous Thursday ^_^

    Salam si cantik dan si kacak :)




    "Tolong jangan cakap awak sayangkan saya bila awak sibuk mengurat dan melayan orang lain.


     Jangan cakap awak rindukan saya bila awak menghilang dan pergi bersuka ria dengan orang lain.


    Dan tolong jangan sesekali cakap awak cintakan saya bila awak sebenarnya ada terlalu banyak pilihan yang boleh ditukar ganti. "







    tau pulak nak melalak, siapa suruh jadi playboy -,-


       
    p/s:   Jangan jadi tamak haloba sangat dalam mencari pasangan.  Mulut cakap manis macam madu lebah, kat belakang perangai macam nak makan penampar laju-laju .  Bersyukurlah sikit dan belajar menghargai orang lain, ada faham?   eh apesal muka wa serius ni .?.










    Monday, 2 April 2012

    KISAH GULA-GULA SUGUS DAN GIGIKU

    Salam dan selamat sejahtera pembaca blog yang tersayang :)




    ~FLASHBACK~


    Atuk :  Ayah nak gi kedai Apek , nak ikut tak? 
    Aku  :  Ermmm malas lah pulak..tapi macam biasa nak jajan tau * buat muka comel ^_^
    Atuk :  Yelah, yelah.


    40 minit kemudian...


    Aku  :  Yeah yeah dah balik dah balik *buat muka comel kali kedua ^_^
    Atuk :  Nah amek ni, cukup 3 hari punya tau.
    Aku  :  Terima kasih hehe *lari masuk rumah terus menuju depan televisyen menonton Sailor Moon.


    Buka plastik, mata terbeliak macam Heliza Helmi pasal ada gula-gula feveret. Nafsu makan mula bergelora.





    Gula-gula sugus kegemaran 1 Malaysia





       Aku  bukak bungkusan terus makan dengan rakus .  Terlupa seketika pada sebatang gigi yang hanya menunggu masa untuk gugur ke bumi. Nyum nyum nyum makan dengan enaknya mengalahkan makan Secret Recipe.


    Tiba-tiba!!!


       Rasa pelik masa tengah mengunyah sugus tersebut.  Ada satu rasa yang sukar diungkapkan dengan kata-kata melainkan hanya dengan ekspresi muka yang berkerut-kerut. Bila nak gigit terasa keras, apakah gula-gula sugus telah dimasuki batu-batu halus? ~,~


       Masa tu baru aku teringat akan gigi aku yang goyang tahap negatif!  Terus aku keluarkan balik atau kata lainnya aku ludah sugus tu dan sepasang mata aku terpaku pada sebatang gigi  yang melekat pada sugus tersebut .  * oh sila jangan jijik membaca perenggan ni yek ,please3


       Sukar nak digambarkan suasana masa tu, yang pasti aku terus menangis hahaha.  Wa cuak beb, gula-gula sugus telah mentercabutkan gigi wa.  Terus encik atuk dan puan nenek datang bertanya ayat tanya yang sama   "kenapa ni?"  . Aku bagitau gigi tercabut dan jari telunjuk tunjuk kat sugus yang telah aku ludahkan.  Ok, fine, mereka senyum-senyum kambing. -,-


       P/s :  Moral of story , kini aku dah tak makan lagi sugus sampai dah besar debab sekarang .  Tak pasal-pasal kang gigi depan wa tercabut, siapa nak bertanggungjawab. Kureng kemachoan wa,hihi. Korang ada pengalaman bersama cik gula Sugus ?
    Terima kasih sudi baca.