Sunday, 28 August 2011

TIPS BERCINTA: JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA...wajib baca!




Salam semua :)





kalau aku pakai cincin sekarang, bukan bmakna aku dah jadi bini org tahu tak?





   Tengah mood2 raya ni aku sibuk update pasal cinta cintun ni, haha korang tak kisah kan? Aku tau korang memang melompat keterujaan kalau bercerita topik kahwin-kahwin ni kan. Haha. Artikel ni dari penceramah terkenal tak lain tak bukan Dr. Fadilah Kamsah di Facebook dan aku bw di blog ini.  *masa baca kepala aku angguk2 menandakan kata2 dalam ayat2 tu tepat kena kat batang hidung aku yg ternyata tak mancung. Sekarang nak kenakan kat batang hidung korang pulak. Muahaha.






Jika kamu MEMANCING ikan,  Setelah ikan itu terlekat di mata kail, 


Hendaklah kamu MENGAMBIL ikan itu.


Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.




Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu.




dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.









Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang.




Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.




Janganlah sesekali kamu MENINGGALKANNYA begitu saja.




Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu.




dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.









Jika kamu menadah air biarlah BERPADA,




Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.




Cukuplah sekadar KEPERLUANMU.




Apabila sekali ia retak entu sukar untuk kamu menambalnya semula.




Akhirnya ia DIBUANG. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.









Begitu juga jika kamu MEMILIKI seseorang, TERIMALAH seadanya.




Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA.








Anggaplah dia MANUSIA BIASA.




Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.


Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.




Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.









Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu PASTI BAIK untuk dirimu.




Mengenyangkan. Berkhasiat.




Mengapa kamu berlengah, cuba MENCARI  makanan yang LAIN..




Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.




Kamu akan MENYESAL.









Begitu juga jika kamu telah BERTEMU dengan seorang 


INSAN yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.


MENYAYANGIMU.MENGASIHIMU.




Mengapa kamu belengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.




Terlalu mengejar kesempurnaan.




Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.




Kamu juga yang akan MENYESAL.








NOTE:  BUKAN MUDAH MENCARI JODOH YANG TEPAT KERANA KITA HANYA MERANCANG, TAKDIR TUHAN JUGA YG MENENTUKAN TIAP2 SESUATU SAMA ADA YANG BAIK ATAU BURUK UNTUK KITA...MUDAH-MUDAHAN SEMUA DAPAT FAEDAH :)


SALAM LEBARAN CUTIE MUTIE!!!


Saturday, 27 August 2011

SALAM AIDILFITRI SEMUA PEMBACA MY OFFICIAL SI GADIS...










25tahun dan ke atas





SALAM...
di kesempatan masa yg sedikit terluang ni, dengan diiringi lagu Menjelang Hari Raya_djdave, saya sis92*bukan nama sebenar ingin mengucapkan salam Aidilfitri..kepada:


  • keluarga sendiri.. walaupun mereka taktahu kewujudan blog aku ni, sadis..

  • awak2 semua yg cutie mutie,rakan2 sekolah, seasrama, seuniversiti, sekelas

  • sanak saudara yg jauh dan dekat, huhu gaya mcm aku famous amous sgt

  • pada cikgu2 dan pensyarah2

  • pada semua muslimin muslimat, 1MALAYSIA






18 tahun dan ke atas

semoga ukhwah yg terjalin bertambah erat, insyaallah...
"dalam kita bgembira jgn lupa yg tiada"
mohon maaf atas salah silap, smoga anda semua gembira menyambut aidilfitri..
terima kasih...


ni utk adik2 bawah 18 tahun yg suka upin ipin, bebebetol tak?




errrk..nampaknya tak ada chance la aku nak kurus kan?

Thursday, 25 August 2011

cinta sebelum kahwin ke selepas kahwin?



salam semua..
hikhikhik aku tahu korang mesti suka cerita2 berangan-angan pasal kahwin kan?



emm aku tak suka pakai inai la, camna ni ?tak meriah la jari debab aku ni..


aritu aku dah cerita pasal impian wedding photoshoot aku bsama cik belon, malam ni pasal ni plak..ni pendapat aku, klu salah tlg tunjukkan..


cinta sebelum kahwin
-pastilah dapat mengenali pasangan kita n keluarganya ,kebaikan psgn *biasanya msg2 punya keburukan tak ditunjukkan scara mdadak sebelum kahwin tahu?
-dapat sama2 belajar selok belok rumahtangga, *cis gaya mcm aku dah annivesary ke10 dgn 5org anak?aww
tapi....


onak duri ranjau belukar semak samun begitu dahsyat sekali!
kdg2 dah beria-ria bagai tup2 tputus di tengah jalan, kondem!
banyak buat dosa! mana ada couple yg tak pegang tangan dan blablabla..kan?


cinta lepas kahwin
orang selalu cakap dan ramai jgak membuktikan, cinta lepas kahwin ni lebih tulus mulus gitu..
masa tu apa nak dibuat semuanya adalah dihalalkan..
dapat pulak suami/isteri yg betul2 buat awok jatuh cinta, wah so sweetlah!
hikhik..







tapi....
nama pun bcinta sebelum kahwin, tup2 lepas kahwin suami/isteri msg2 tak sabar, asyik nak bgaduh ,tidur asing2, lagi parah kalau dipaksa kahwin..silap2 lari ikut bks kekasih..wuhuhu


ha kali ni apa kata korang yg bagi pendapat pasal nak bcinta dgn bakal suami/isteri sebelum atau selepas kahwin?
errrk ibu, nak kawen boleh?hehehe


kenapa SUKAR nak PERCAYA pada seseorang?

salam semua..


tajuk post ni aku highlight bagi mereka2 yg sedang mengalami gangguan hati bkaitan susah bebeno nak percaya kat org.. *korang perlu tahu aku juga tgolong ok,  crop



gambar ni cam takdak kena mengena kan*
kenapa aku rasa aku sangat sukar nak percaya pada org?


1.  Tanya diri sendiri korang rasa mudah.com ke nak pcaya pada org lain..aku bpegang pada kata2 ni*nak pinjam pon boleh
"makin lama kita kenal seseorang, makin banyak sifat2 dia yg kita korek, makin kdg2  kita tak faham siapa dia sebenarnya"  kita tak tahu luaran org tu nampak macam sempurna, tapi hakikatnya..?
*maaf jgn main korek2 idung di siang hari ramadhan!ayat apakah?


2.  bila kau tahu ada org yg pcayakan kau, kau jgn sia2 kan peluang golden tu! serius, sekali kau hilangkan kepercayaan tu, sampai bila2 pun kau mungkin akan menyesal tahu? kalau pun diberi peluang keberapaberapa, kau tetap tak dapat dipercayai lagi kalau ada pun, hanya lah 30 % mungkin, wahaha


3.  kesangsian adalah suatu perasaan blablabla*aku tau korang faham
bila nak percaya je, muncu la syaitan kesangsian ni,  mula la otak fikir yang bukan2..orang selalu cakap,
"think positive" .  ok, fine mata ke atas tangan di dada, mula2 haruslah fikir yg baik2 je tapi beb, kalau dah org yg kita mula nak pcaya tu, yg kita sepenuh kepercayaan tu buat perkara yang agak dajal pada kita, menkencing korang*yek,aku rasa jijik ayat ni
 korang rasa boleh positive thinking lagi ke?


4.  sabar.sabar.sabar.  samaada kau:
orang yang ingin mempercayai seseorang
orang yang ingin dipercayai seseorang
orang yang sedang dipercayai seseorang
waima
orang yang telah dimusnahkan  kepercayaan oleh seseorang
korang haruslah bsabar tahu,,beri peluang untuk dia fikir balik kealpaan dia..
dugaan kat dunia ni mmg banyak, tapi Tuhan selalu ada utk org yg bsabar..
smoga semua dapat faedah..chill ya?


p/s:errrkk aku rasa otak aku kureng sikit hari ni rasa tak enak badan la..
*susah betul kalau tong perot kosong...


Wednesday, 24 August 2011

Lagu Suasana Hari Raya edisi Mandarin..lai changge

salam awk2 semua..wanshang hao! malam ni sis nak share lagu Suasana Hari Raya edisi Mandarin..errrk nyanyilah dgn penuh semangat ye..tak reti langsung? *ibu ckp kalau tak tahu lansung pun jgn tunjuk sgt kebuduhan kita*






caranya semudah anda melantak makanan tatkala azan bergema..ikut saja rentak asal lagu tu..agk2 dah pandai boleh le upload kt youtube or fb korang ok?nak share kt blog korang, mcm biasa link ke sini..
   yi, er, san...


hai!  kaizhaijie kuaile women lai xian yi ge zhufu
hai! selamat hari raya kami semua ucapkan
qing jingqin xiongshou women zhunbei de caiyou
menikmati hidangan yang kami sediakan
qing yi qi lai changchang gezhonggeyang de caiyao
sila jamu selera dengan bermacam hidangan
qing xuan ni xihuan de, qing buyao haixiu
pilih yang mana suka, sila janganlah segan
c/o:  changchang zhege ketupat he meiwei de rendang (part ni paling tak tahan nk nyanyi)
rasalah ketupat ini dengan rendangnya sekali
changhang be zhexie gaodian, qing ni renxuan yi ge ba
sudilah rasa kuihku, pilihlah yang mana satu
hai! zui zheyang de ri zi li, women yi qi lai pin chang
hai! di hari begini kita menjamu selera
women dajia xianghu qingzhui
kita bermaaf maafan
zai zhe kaizhaijie de qi fen li...
di suasana hari raya...


tengtengtengtengtenenetnetnet...( muzik tambahan)




pssstt agk2 lepas ni dah boleh buat kelas mandarin tak?*jgn main2 tahu, aku reti mandarin, bajet mcm aku sorang tahu,huhuhu

Tuesday, 23 August 2011

Monday, 22 August 2011

SIS BAGI AWARD UTK AWK...

Salam...







cupcake cute ni utk semua cutie mutie gak..hikhik


istimewa utk cikcutie-ikhanif


psst..awk2..kongsi2 gak dgn cutie mutie yg lain ok..hehehe*aku kedekut eh?hehe




MARI MENAMBAH FOLLOWER SEBELUM RAYA! ayuh newbie..

salam awak2 smua...
adakah awk2 merasakan bahawa baby di atas gojess sbb pndai guna laptop acer?*tak dak point
tengah masyuk2 blogwalkg tetiba perjalananku terhenti eceh sbb ternampak la segmen cik hanna tots  ni..jadi aku haruslah laju2 menyebarkan segmen ni utk awk2 smua..walaupun tinggal lagi berapa hari mau raya, tapi seronok juga menambah kenalan ye dak?  untung2 dapat kad raya special!


ucapan hari raya tuan blog: 
"Salam Aidilfitri buat semua cutie mutie yang datang baca entry aku yg tak gojess tuh,  mintak ampun maaf kalau2 ada yang terkecil hati,  kau org kalau makan yg sedap2 macam ketupat, rendang, lemang bagai kau harus tahu kau tak boleh makan dgn lahapnya?faham!ha yg ini plg penting ni, kau harus cungkil tepi2 gigi kasi bersih cili2 supaya bila datang beraya rumah org lain kau tetap kelihatan gojess, hehehe"


apa lagi awk2 semua..marilah join sama2...








Sunday, 21 August 2011

phone zaman dulu VS hari ini

salam rakan2..btemu lagi dlm blog si gadis, bsama saya sis92*crop!


errrrrr nak tanya lah awak2 semua pakai hphone ape yek?  *aku tau korg mls nak jwb dlm entry, jwb dlm hati ckup, hehe


i pad kah? iphone kah? bberry kah?  xperia kah? sony kah? apakah kahkahkah..
awak2 semua rasa kalau hari ini 21 Ogos 2011, masih ada org yg pakai hphone cenggini..:


tadaaa! nokia version baling anjing bulldog..apakah reaksi u alls??
: oh, kau mmg tak up to date la bro!


atau adakah anda memiliki phone yg secanggih ini...; 




dan rakan2 mengatakan "oh, awesome nya phone kau ni, bak sini belek jap"


teknologi semakin bkembang pesat*ayat karangan masa aku form5..klau takdak teknologi tak wujud jugaklah blog aku ni..cakap pasal hphone la, serius tak tipu budak2 kecik sekarang pun kemain lagi pakai phone canggih2 tu belum lagi DSLR, OMG!  fungsi phone yg utama buat call, terima call, send msg kat boypren ajk dating..sama gak dgn nokia baling anjing tuh..cuma dia takda la kamera 8 mp bagai macam phone2 canggih yg ada sekarang..tapi kalau kau pakai phone canggih n terlatest mana pun, tapi kalau guna fungsi2 yg sama mcm org pakai nokia tuh, rasa2nya membazirrrrr la sgt2 duit PTPTN dan jug duit dari akaun PA&MA..hikhikhik..
oleh itu, tak kiralah awak pakai phone ape canggih ke tak canggih, yg penting jaga elok2 brg2 gajet2 awk yg beribu-riban tuh..function yg ada dlm phone tu kasi langsi sama dia..hahaha
psssst nokia baling anjing, kalau baling bderai pasang balik pun, dia masih bleh bfungsi mcm biasa, awesome lagi tahu?chill ya!!

Resepi Badak Beremdam

Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung pulut
15 helai daun pandan, diambil airnya
2 biji kelapa, sebiji diparut dibuat inti dan sebiji lagi diambil santan pekat
2 cawan gula merah
Secukup air
Sedikit garam

Cara menyediakan:
1) Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh lembut. Ketepikan.
2) Kelapa parut dimasak bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti.
3) Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya.
4) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya. Kemudian kukus hingga masak.

Saturday, 20 August 2011

we all blogger pinky...awak ada?

salam sejahtera dan salam kemerah jambuan bagi pembaca berita blog ini,,sari berita utama, sesiapa antara rakan2 blogger di luar sana yang meminati warna merah jambu atau omputih nya pink boleh teruskan membaca entry ini, sesiapa yang terasa seperti "awww oh plesss geli jek pink, cam gedik2 jek" *anda boleh tekan butang pangkah merah dan jgn mengutuk kami ok?
oleh kerana kita adalah kelab pinky, sis dgn bermurah hatinya mahu anda semua mencuci mata dgn barang2 dan gambar2 dgn slogan "welcome to my pink world!ahakz*pasti mereka yg benci pink mengutuk sampai habis air liur..ada aku kisah, kihkihkih
ayuh gadis pinky,errrr kalau ada blogger lelaki yg pinky pun boleh ayuh sama..ayat apakah?



jgn bagi pinjam kat abang ok?*kedekut
  









 


pehh!sweet gilak dgn ropol2 bagai







kamera sony..oh!fall in love cenggini
  
 
 



comel kiut miut anak aku*


telan air liur tak?







 sangat gojess!!!


amacam??  panas tak punggung? hikhik...

Friday, 19 August 2011

mana lagi seronok..FOLLOWER ramai ke KOMEN banyak?

salam u alls..btemu lagi di blog usang saya..hukhuk..
korang blogger baru macam sis?ada terdetik, tertaip atau termerungut macam ni tak?
     "ala, saya ni newbie je dalam dunia blogging ni, follower pun tak ramai'
dah adun2 dgn tepung jagung lebih kurang camtu lah statement nye..korang rasa down gila ke kalau follower tak beribu-riban macam otai2 lain?  atau korang rasa happy forever after kalau ada rakan blogger lain yg mberi komen? haaha jawab jgn tak jawab..
orait, in my opinion*cis! dua2 tu pun penting,,kalau tak ada follower tak ada la pengkomen betul tak?
tapi aku lebih prefer rakan2 bagi komen, mcm ada rasa semangat di situ, hehehe..kan?
memanglah agak terguris tercalar balar robek sentap hati bila tengok blogger2 lain ada ribu-reben riban follower, tapi cuba kita fikir dari sudut positifnya, bukan semua follower tu sentiasa update blog yg diorang follow, sbb masing2 ada alasan sendiri..mungkin tak banyak masa dan sebagainya..
aku sgt teruja ye kalau ada org yang komen mana2 entry, hahak walaupun 2-3 patah pkataan tapi nampak kesungguhan rkn blogger nak share pendapat dan mklumat yg diorang ada..aku pun rajin menerjah blog org, tu dah memang keje masa senggang sejak aku teraddict dgn dunia blogging ni..sekarang bila dah ada blog sndiri, ada follower, ada komen, ada traffic, ada blabalabla..eh aku tertaip bala ea..ok crop!


tapi ingat ye rakan2, saudari-saudari setiap komen tu haruslah, wajiblah yg baik2 ok, jgn guna anonymous
pastu ngutuk gila babun, huh! apa pun tak boleh..
ok, happy nice weekend, chill ya!

Thursday, 18 August 2011

SEGMEN: JOM JOIN GADIS BLOGGER! ayuhh!

salam u alls..
gadis2 blogger di luar sana, ayuh join segmen terbaru daripada cik Eva Danial..boleh tambah kenalan dan follower wokehh..ada hadiah misteri jugak utk penyertaan btuah..wohoho..ajak ramai2 ye gadis2 comel..
oh ye tarikh tutup 31 ogos orait!
sis mahu tag mereka:




terima kasih semua...






Wednesday, 17 August 2011

MAK ATASINCI YANG GOJESSS!

salam 1 Malaysia semua..



sis mintak ampun maaf ye, entry utk mak atasinci ni sepatotnya dah post 2 hari lepas tapi entah di mana silapnya, sis boleh taip tajuk je..tapi isinya tak dapat nak taip..grrrrrr bengang tahu..baiklah rakan2..mari kita teruskan agenda bcerita kegojesssan mak atasinci..tahu atasinci? ketinggalan zaman lah  korang kalau tak menonton kartun ni..
oh mak atasinci, sebenarnya aku pun tk tahu nama sebenar mak atasinci..tapi dlm cerita tu aku rasa watak mak dia tulah yg paling gojesss, famous amous, little bit of annoying haha and comel?* sila setuju..
kau org tengok jelah kedebaban. kemontelan, kegemukan dgn donut yang berharga RM 1, dan yg paling penting muka mak dia yang menyerlahkan lagi sifat keibuan (bibir tebal menandakan beliau yg suka membebel tahu!)
hal yg demikian membikin mak atasinci lebih mencapai tahap populariti yang lebih gempaks berbanding suaminya yang sgt soft spoken dan anak2nya yang hanya mampun bsabar dgn keannoying an nya..ada paham*haaha
gambar mak atasinci yang mampu mbuat hariku ceria tanpa duka*







suka part bibir dia yg lebih mengancam dpd Angelina Jolie..




note:  imagine sikit kalau mak korang shopping dia boleh lupa saiz spender suaminya!


Sunday, 14 August 2011

Kelebihan Blogwalking!


salam ramadhan semua...



hari ni aku dgn rajinnya berblogwalking..lelaki ke perempuan belasah jela..seronok tahu sbb bila dh start macam addict! tak mau bhenti sbb aku memang suka menerjah blog orang, kahkah * be aware, aku suka menerjah bukan seorang stalker*



harini saja aku dpt tambah 8 orang mjadi escort follower, hebat ke?hehe terima kasih pd semua yg sudi menerjah aku kembali ok? yg penting, kita bukan stakat follow untuk sedapkan hati owner blog, kt follow pkembangan blog tu jugak..

bagi blogger newbie sperti aku, aktiviti blogwalking ini paling digalakkan..mu pahe dak?



*time rajin update blog, kemain lagi aku, tapi untuk hari2 biasa agk sukar sbb aku bizi*

*maaf utk kata ganti diri aku kpd org yg lebih senior.. 

Saturday, 13 August 2011

Fesyen gadis2 masa kini. meriah atau serabut?


salam sejahtera u alls..  dgn bbesau hatinya aku mengupdate lagi entry, *clap your hand*


ok, straight to the point  fesyen gadis2 masa kini, meriah atau serabut? 


sekarang ni mmg musim gadis2 bergaya sakan ala2 HANA TAJIMA.. nak tahu lebih lanjut sila merayu pada uncle google..









contoh fesyen2 yg lain, u all faham kan?  kita faham bila bcakap pasal fesyen, semua org nak ikut trend..semua org taknak out of date..pantang dkt kedai tu ada stok shawl baru sampai pasti habis disambar!*ganas grr*




senang cakap dari yang first2 keluar sampai yg terhot dan terlatest mmg ada dlm gobok.  gerobok..


tidak dinafikan, ada di antara fesyen2 tsebut agak menarik untuk digayakan tapi untuk tujuan apa?


contohnya utk dinner atau pun event2, hah barulah juling2 mata org nk tengok korang.. tapi..


ia seperti pelik dan serabut kalau digayakan setakat nak pergi pasar malam or tempat yg mmg sgt tk sesuwey ok?  nnt asek2 nak betulkan shawl, kan dah menyusahkan tu..


mana yg cantik dan comel, memei la*tiru gaya zizan* org puji melambung lambung tapi kalau kureng sesuai, dlm hati masya allah, mengutuk sakan..betul tidak? ha, jadi mcmana..hak kitalah nak berfesyen tapi biarlah ikut kesesuaian dan kesederhanaan..  kalau korang nak tau,


"ramai lelaki kureng menggemari fesyen2 yg serabut dan tak sedap mata memandang"


girls!!watch out..be yourself and style nicely... 


kenyataan sebenar kehidupan di kampus universiti


salam w.b.t.


dgn bsemangatnya aku, rajin kemain harini update status  entry..ini semua gara2 aku merasa aku sungguh free mcm tak da pape nak buat..cis padahal minggu depan bsusun kuiz test submit assigmnt.  dan adakah ini bmksud student sperti aku sememangnya tak belajar di hari2 cuti?




1) 5hari isnin-jumaat


tempoh 5hari ni ada 2 perasaan..1 menyampah gilaaak sebab jadual penuh, padat, sendat dotdotdot..


bangon tidur, ke kelas petang baru balik, mlam makan, klau ada kelas kena pergi lagi, lepastu mengorok a.k.a tidur!




2) weekend sabtu & ahad


of course la student mberikan alasan sabtu tok bangon lambat sikit sbb nak cover balik masa yang tlh dicuri spanjang 5hari?what the hal? time nilah ada eventlah, nak kluar menghabiskan duit kat bandarlah, nk update bloglah dan sbgainya.. 




kenyataannya?


belajar hanya bila esok atau lusa ada kuiz atau test atau lebih malang lagi, exam!  bukan senang nak maintain study tiap2 malam apatah lagi dewasa ini dugaan dan cabaran begitu banyak untuk ditempuh..




ceh sepatotnya kau fokus pada pelajaran, betul tidak? 








Friday, 12 August 2011

lirik lagu lambang cinta





salam u alls..


adakah background music blogku terlalu jiweng   jiwang?


huhu tapi alang2 dah dengar kan, apa kata nyanyi dgn liriknya skali..





LAMBANG CINTA





Engkau datang bawa harapan


 Untuk aku yang menanti


 Datanglah sayang padaku


 Kembalilah dalam dakapku





 Walau bukan selamanya


 Doaku tetap padamu


 Dalam diam ku menangis


 Hadirlah dalam mimpiku





 Andainya sayang kau kembali


 Dalam hidup ku takkan, ku biar kau pergi


 Kaulah lambang cintaku


 Dalam suka duka, hasratku musnah





 Angin malam pun bersedih


 Daun-daun bertebaran


 Pintaku yang terakhir


 Kembalilah padaku sayang





 Akan ku semai sejarah


 Cinta kita selamanya


 Datanglah sayang padaku


 Hadirlah dalam mimpiku





 Andainya sayang kau kembali


 Dalam hidup takkanku biar kau pergi


 Kaulah lambang cintaku


 Dalam suka duka, hasratku musnah





 Aku rayu kepadamu sayang


 Pulanglah kepadaku


 Ku rindu belaianmu


 Kau tingalkan berlagu sayu


 Ku sedih berlagu sayu











sobsob...lagu sedap tapi sedih sungguh?


*mengaku jelah suka layan lagu cinta, ahakkz!* 


photoshoot bersama cik belon!!



Salam adik2, puasa tak hari ni? Cepat2 nak seringgit tak?kes memperdayakan kanak2 yg tidak bsalah**ok stop, di kala umur aku yg semakin meningkat ini..bab bcerita mengenai masa hadapan bukanlah suatu perkara yg ganjil dan tidak munasabah bagi seorang aku..salah satu perancangan di masa terkehadapan itu ialah perkahwinan..yeay kahwin yeay!




Tapi aku bukan nak gebang2 cerita resepsesi tema warna bagai, tapi oleh kerana aku ialah seorang yang suka bgambar dan mengambil gambar, aku mahukan wedding photoshoot aku bsama cik belon yg berwrna warni..hakhakak..tergetinggalankah aku rakan2?aku tau sekarang memang ramai couple maupun raja sehari-hari mggunakan cik belon untuk memeriahkan lagi suasana dalam gambar..dan atas alasan itu jgklah aku pun terjeles sama..poyo




Tapi aku bukan nak yg cik belon yg bulat2 tu, takmo takmo..aku nak cik belon yang bbentuk huruf2 nama aku dan si dia..setakat yg aku mintak tolong uncle google carikan, tak ramai yg pilih belon camtu..dan aku nak jadi yang tak ramai tu.. sini aku tunjuk gambar bagi u all faham ye dak?















Nampak tak kecomelannya di situ?hahaha last2 semua org bila tengok album aku hanya fokus kat cik belon yg pelbagai..cis, kasihan aku dan si dia tak diendahkan?*berangan lagi





Nak dapatkan perkhidmatan cik belon yg begitu kiut miut?


Sila hubungi beliau:





Nama: Hassan Mamat


Alamat: no 31, jalan Kosas 3/6,


      68000 Ampang, Selangor.


Telefon: 012 3514981 @ 012 2177075


Harga: RM3 per cik belon…







p/s:  semua ini memerlukan ringgit msia, untunglah kalau bakal suami aku berwang tebal,hahaha..




Sunday, 7 August 2011

cara nak bergaya comel dan cute macam Heliza


salam w.b.t.


seringkali gadis2 bahkan jejaka2 terpesona dengan kecomelan, kecantikan, kebulatan sepasang mata anugerah Allah..meh aku letak gambar awek pujaan Malaya















absolutelty, u all akan berkata macamni kan:




''eee comelnya, geramnya, cantik siol'' dan yg sewaktu dengannya.. baik ngaku! kahkah

justeru, apa akan berlaku pada gadis2 yang hanya bermata agak sepet dan tidak juga bundar seperti aku dan lain2?




kalian haruslah bsyukur, bulat ke, sepet ke, bundar ke, bulu mata macam lembu ke..itu semua anugerah Allah yg kita dapat percuma..jadi gunakan dan jagalah dgn sebaiknya..





Maaf, aku tak ada tutorial macam mana nak kasi kau orang comel. Pandai-pandai lah kau orang.


ahaha gelak syaiton





sekian!


Saturday, 6 August 2011

JANJI TETAP JANJI...

Salam…salam ramadhan semua…
Masa kecik2 dulu sibuk nak periksa UPSR, adik2 kecil seringkali membuat akujanji seperti berikut:
Aku janji nak belajar sungguh2, gembirakan ibu ayah, tak nak malas2 lagi dan blablablabla..berjela diari merah jambu! Waktu aku kecik2 tak gedabak macam sekarang, aku kurang mengerti tentang janji..
Bila aku dah  makin dewasa yakni membesar gedabak, aku sangat pasti tentang istilah JANJI iaitu “KALAU TAK PASTI DAPAT TUNAIKAN, JANGAN BERJANJI WAIMA UNTUK MENJAGA HATI SESEORANG  ada paham?




Aku menaip berdasarkan pengalaman, ecehh..aku pernah menyesal sebab tak dapat tunaikan janji..Sebab aku tau orang yang ditaburi janji aku tu akan berharap aku tunaikan janji tu..berbelit eh?
Kau tak rasa diri kau kejam buatkan orang berharap tentang sesuatu yang tak pasti dan kau terus mengatakan kau akan tunaikan janji tu? Lebih baik kau tak bagi harapan menggunung setinggi Everest..mungkin orang itu masih memberi peluang dan ruang buat kau, tapi adakah kau akan gunakan peluang yang dia berikan dengan sebaiknya?
Janji kepada Allah, keluarga, kekasih dan sahabat… waima janji pada adik kau yang hingusnya masih meleleh pun, kau harus tunaikan supaya suatu hari nanti kau tidak akan MENYESAL
SEKIAN


Friday, 5 August 2011

RAMADHAN datang lagi...

Salam..salam ramadhan..lama sudah aku tak mengemas blog..dah bersawang atau mungkin juga ada serangga bernama LIPAS?mungkinkah?
Ramadhan…tiap2 tahun kita menyambutnya..bila lagi 2-3 hari nak tiba puasa, bibir mula mengeluh itu, ini, etc whateverlah..aku salah seorang yang menyambutnya..rasa bsyukur juga sebab masih dapat menyambut bulan paling mulia ini..ahhh..kenapa struktur ayat aku skema permarkahan sangat?lantak sudah..
Kadang2 aku tfikir juga..aku hanya sambut saja..puasa, lepastu muka layu macam tak dapat makan ayam goreng 2tahun...? habis je kelas berpusu-pusu pergi ke bazar, mata melilau-lilau, bibir terkumat-kamit cakap camni, “hmmm nak beli apa ye?” gaya soalan macam rungsing sangat medulla oblongata aku, tapi bila dah beli…hah!berplastik-plastik2..inikah yg dinamakan ramadhan bagi seorang aku? …berfikir sejenak…
Dengar je azan, buka puasa dengan lahapnya..macamlah puasa tu akan menyebabkan aku mati kebuluran keesokan harinya..betul..tanyalah diri sendiri..sejujurnya, aku masih belum dapat merasai kenikmatan sebenar ramadhan..lalaikah aku dlm menunaikan tanggungjawab yang sebenar-benarnya pada Yang Esa? Jawapan aku ya…manusia sering lalai sepertimana aku..bila sudah tsedar akan berubah tapi tidak lama, kembali pada yang lama..semoga Yang Esa memberi aku ruang dan peluang..maafkan aku…

Thursday, 4 August 2011

Resepi Spaghetti Goreng


Bahan-bahan A:
200 gm isi ayam, hiris nipis
10 ekor udang
2 sudu makan (bumbung) sos barbeku tradisional
2 sudu makan (bumbung) sos tiram
2 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan oregano
1 sudu makan lada hitam, tumbuk kasar - boleh kurangkan jika tak mahu pedas
Sedikit lada sulah

Bahan-bahan B:
1 labu bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, cincang
1 biji tomato, hiris
1/2 biji lada benggala, hiris

Bahan-bahan C:
200 gm spaghetti, direbus

Cara menyediakannya:
1. Campurkan semua bahan A dan perap (saya perap dalam 4 jam).
2. Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan A, tomato dan sedikit air.
4. Setelah mendidih, masukkan spaghetti dan lada benggala. Gaul rata.
5. Sedia untuk dihidang