Monday, 20 January 2014

Resepi Daging Masak Ketumbar Jintan

Bahan-bahan:
1 kg daging, dipotong nipis
1/2 cawan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan halus
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
1/2 cawan gula hitam
1/2 cawan gula pasir
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
1/2 cawan minyak

Bahan dikisar:
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang serai
1 inci lengkuas

Cara menyediakan:
1. Masukkan daging dalam periuk/ kuali.
2. Masukkan bahan yang telah dikisar, minyak, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, air asam, air, gula, garam dan serbuk perasa jika suka.
3. Gaul rata dan masak daging dengan api sederhana sehingga kering.

Sunday, 19 January 2014

Resipi Kek Pisang Coklat Ceria

Resipi Kek Pisang Coklat Ceria yang rangup diluar, lembut di dalamnya patut dicuba jika ada pisang. Pisang tak kira pisang apa, pisang tanduk pun boleh, cuma kena lecek habislah. Dalam resipi ini, boleh dijadikan kek muffin atau kek pisang biasa. Jom cuba!

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
5 sudu gula
2 sudu makan susu tepung
secubit garam
3 biji telur ayam
1 cawan minyak masak/canola/mentega yang dicairkan
3-6 biji pisang yang telah masak (ikut saiz)
3 sudu makan serbuk koko

Kaedahnya:
1. Satukan dan gaulkan tepung gandum, serbuk penaik. soda bikarbonat dan susu tepung, kemudian pecahkan telur

2. Gaulkan telur bersama gula dan garam

3. Tuangkan minyak, gaul sampai sebati.

4. Kemudian masukkan pisang yang dilenyek. Gaul sampai sebati

5. Bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian digaulkan dengan serbuk koko

6. Tuangkan ke dalam muffin cup atau loyang jika hendak buat kek. Tuang selang seli atau ikut kreativiti masing-masing. Bakar muffin dengan suhu 175'C selama 20 minit atau jika buat kek, dalam 35-40 minit.

9. Siap dihidangkan panas atau untuk sarapan pogi yang menyihatkan
SELAMAT MENCUBA

Friday, 17 January 2014

Resipi Jantung Pisang Masak Kari Ceria

Jantung pisang masak kari merupakan makanan eksotik pantai timur. Di sini disertakan langkah-langkah untuk membuang rasa pahit pada jantung pisang. Cara yang mudah ialah menggunakan cuka jika belimbing buluh tidak dapat dicari.

Bahan-bahannya:
1 biji jantung pisang saiz besar
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 paket serbuk kari saiz mini adabi
2-3 biji telur ayam
1/2 cawan cuka beras (cuka buatan pun boleh, cuma beracun je)
1 keping asam keping
garam dan msg secukup rasa
minyak sapi untuk tumis atau minyak zaitun pun boleh, minyak sawit lagilah boleh!

Kaedah membuatnya:
1. Ini langkah-langkah membersihkan jantung pisang dan membuang pahit jantung pisang dengan cara mudah. Mula-mula kupas anak pisang, kemudian gambar kedua pula buangkan jarumnya. Jarum ini orang tak makan ya, kita makan bunganya sahaja. Buat langkah ini sehingga nampak putih jantung pisang.

2. Ok seterusnya, potong jantung pisang, rendam jantung dan bunganya dengan air cuka. Saya guna cuka beras. Rendam dalam setengah jam. Kemudian perahkan, dan didihkan semua sekali dalam 10 minit. Air rebusan akan bertukar menjadi biru kehitaman.

3. Ini langkah terakhir, setelah dibuangkan air, tunggu sejuk sekejap kemudian perah jantung pisang dan bunganya macam perah baju. Ok dah siap!

4. Tumiskan bawang dan kunyit sampai naik bau.

5. Masukkan kari yang telah dicairkan, kacau sampai naik bau.

6. Masukkan jantung pisang yang telah dicuci tadi.

7. Perasakan dengan garam, msg dan asam keping.

8. Kemudian masukkan telur, tak perlu kacau yang kuning tu ya. 

9. Alhamdulillah, dah siap lauk kita yang eksotik ini.
Ingat, ikut langkah mencuci jantung pisang ini atau anda terpaksa buang lauk ini kerana pahit.
SELAMAT MENCUBA

Thursday, 16 January 2014

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ceria

Bahan-bahannya:
1 cawan ubi kayu yang siap diparut
1/2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula

Kaedah penghasilannya:
1. Gaulkan parutan ubi kayu bersama santan, gula dan garam

2. Masukkan tepung gandum yang siap digaul dengan soda bikarbonat

3. Tuang ke atas kuali leper dan masak macam masak lempeng

4. Enak dimakan begitu sahaja atau dengan sambal ikan bilis
SELAMAT MENCUBA

Wednesday, 15 January 2014

Resipi Bubur Delima Ubi Kayu Ceria

Bahan-bahannya:
Doh
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air tapis
1 sudu teh ekstrak sirap ros

Kuah:
1 paket santan (200ml)
1/2 cawan air tapis
1 1/2 kerek nissan (gula melaka)
1 sudu teh halba
2 ikat daun pandan
garam secukup rasa

Kaedah penghasilannya:
1. Uli semua bahan, air tu sukat-sukatlah. 

2. Kemudian sirap ekstrak sirap ros jenama masjid ke, ikutlah asalkan yang jenis all-school punya hehe. Kemudian uli sampai doh bertukar warna merah
Kalau tak ada, boleh ganti dengan esen ros campur pewarna merah

3. Gentel bulat atau bujur atau leper atau ikut dan

4. Kemudian campak semua ke dalam periuk air yang sedang mendidih. Tanda masak ialah, biji delima ini timbul belaka ke permukaan.

5. Angkat dan sejukkan sebentar

6. Sementara itu kita sediakan kuahnya pula.

7. Didihkan semua bahan kuah dengan api sederhana

8. Kemudian masukkan biji delima tadi. Tutup api

9. Boleh dihidang panas atau sejuk
SELAMAT MENCUBA

Tuesday, 14 January 2014

Resipi Goreng Pisang Tanduk Ceria

Kalau nak buat bancuhan tepung goreng pisang sendiri, nisbah tepung gandum dengan tepung beras sama ada 1:2 atau 1:3. Dalam resipi ini, saya guna nisbah 1:2. Jom cuba

Bahan-bahannya:
6-7 batang pisang tanduk
1 sudu makan susu tepung
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan gula
3 sudu makan tepung gandum
6 sudu makan tepung beras (bukan pulut ya)
1/2 cawan air tapis
1 biji telur ayam
secubit serbuk kunyit (pilihan anda)

Kaedah penghasilannya:
1. Gaulkan semua bahan di atas, pukul sampai sebati

2. Masukkan pisang yang telah dihiris

3. Goreng pisang dengan cara tenggelam atau separuh tenggelam

4. Angakt setelah keemasan.
SELAMAT MENCUBA

Saturday, 11 January 2014

Resepi Kuih Talam Lapis Sagu

ResipiMasakanKini berkongsi Resepi Kuih Talam Lapis SaguResepi Kuih Talam Lapis Sagu adalah antara hidangan minum petang yang cukup lazat. Cubalah Resipi Masakan ini..

Bahan untuk lapisan bawah:
2 cawan santan cair 
1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
1/2 - 1 cawan gula pasir - saya letak 3/4 cawan
Garam secukup rasa
Pewarna merah secukupnya

Cara menyediakan:
1. Sapu acuan dengan minyak dahulu.
2. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.
3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru Mas cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.
4. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Mas tak cakar sebab menggunakan acuan lompang.

Bahan untuk lapisan atas:
3 cawan santan pekat 
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh garam

Cara menyediakan:
1. Gaul semua bahan supaya rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
3. Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
4. Kukus lagi selama 20 minit. Saya kukus 15 minit je sebab guna acuan kecik.

Tuesday, 7 January 2014

Resipi :Homemade Chewy Cheese Wrecking Ball macam KFC


Assalamualaikummm =)





Hai, berjumpa lagi di tahun baru 2014 =)





Dah pergi makan kepci yang baru tu tak? Kalau dah it's ok bro and sista ,benda dah jadi kan tak boleh nak nyesal-nyesal dah. Tapi kalau engkorang belum makan lagi haa engkorang tak payah pergi sebab apa tau ?sebab nanti bising tak sedaplah, keciklah, cheese murahanlah, pakcik kepci penipu lah, blablabla . Paling last sekali marah diri sendiri pergi beli sebab terpedaya dengan kehenseman model. Dang ! Haha. daripada beli mahal-mahal makan tak puas moleklah kita menjadi sedikit kreatif dengan membuat sendiri ,homemade ok. Nah, kita share resipi bebola cheese KFC yang senang semudah ABC ! haha pasti sedap dan lazat tapi dah ada nama baru yakni chewy cheese wrecking ball inspired by KFC, fine nama resipi tak nak kalah haha. Ni rasa nak mintak Miley Cyrus jadi duta kepci haha. Trimas pakcik Kepci, jasamu dikenang hihi. 









kita punya 





KFC punya, ini semua tipu daya iklan haha





Bahan-bahan :




  • Cheese 1 bungkus. (mozzarella, cheddar, parmesan, ikotlah suka korang)

  • Tepung gandum 1 bungkus. ( 2 cawan je cukup)

  • Kentang 5 biji.

  • Telor 2 biji.

  • Breadscrumb/serbuk roti kaler oren 1 bungkus.

  • Serbuk perasa ikot selera ( serbuk lada ke maggie cukup rasa ke)

  • Sos dengan mayonis (tak payah pun takpe sebab nak buat cecah je, ikot selera korang) 

  • Garam. (1 sudu kecik je cukup )










































































Cara-cara membuat:





  • 1.Mula-mula kupas kentang, rebuskan kentang dengan sedikit garam sampailah dia


    empuk. Toskan air. Lenyekkan dia sampai penyek. Kalau tak penyek padan mukaSiap

  • 2. Potong cheese untuk disumbatkan ke dalam bebola itu. Jangan potong beso sangat kang tak muat pulak wrecking ball berinti cheese itu hewhew . Siap

  • 3. Campurkan tepung gandum 2 cawan + kentang yang dah siap lenyek + serbuk perasa + garam secubit. Masa masukkan tepung masukkan sikit-sikit sampailah habis. Letak air sikit. Siap

  • 4.Gaul semua bahan di atas sampai lah sebati dan jadi bebola doh gergasi. Siap

  • 5.Bulatkan doh tadi saiz sedang2, leperkan dia , sumbatkan dengan cheese yang tadi korang potong kecik. Lagi banyak cheese lagi sedap.Tutup dan bulatkan dia balik lawo-lawo.Siap 

  • 6. Pecahkan telor kocak-kocak dia. Kalau rasa nak letak serbuk lada ke black pepper pon boleh. Siap

  • 7. Sediakan sepinggan breadscrumb. Siap

  • 8. Mandikan bebola yang dah siap tadi dalam telor. Golek-golekkan dia. Siap

  • 9. Golek-golekkan bebola atas breadscrumb. Golek sampai serbuk roti tu kena kat semua tempat. Siap

  • 10. Masa untuk goreng homemade chewy cheese wrecking ball hahaha. Tips : minyak panas tapi api jangan beso sangat nanti hangus sobsob lepastu gorenglah sampai masak eh) . 

  • 11. Makanlah apa lagiiii 











Ok, selamat mencuba! Dah siap goreng sebelum ngap kena ambik gambo dan post mesti letak hashtag ini ok #homemadechewycheesewreckingball


harharhar babaiiii =D





Resipi Kek Coklat Indulgence

Resepi penipu yang tersebar di internet. Don't try this at home

Bahan-bahannya:
Kek Sifon (Chiffon)
Bahan A
30gm Serbuk Koko (Larutkan Dgn 120ml Air Suam)
4 Biji Kuning Telur (Telur Diasing Putih Dan Kuning)
100gm Gula Kastor
130gm Tepung Naik Sendiri
1/2 Tsp Baking Powder
1/2 Tsp Soda Bicarbonate
60ml Mentega (Dicairkan)/Minyak Jagung
1 Tsp Esen Vanila

Bahan B
4 Biji Putih Telur
60gm Gula Kastor
1/4 Tsp Cream Of Tartar

Filling : Mousse Coklat Hitam : (TIPU!!!!!)
- 200gm Chocolate Masakan Hitam
- 2 Kuning Telur (Di Pukul Dahulu)
- 2 Putih Telur (Di Putar Hingga Kembang)
- 60gm Gula Kastor
- ½ Sudu Besar Mentega
- 250ml Whipping Cream (Non Dairy) - Di Pukul Hingga Pekat Bertanduk
- 1½ Sudu Besar Gelatin
- 50ml Air
***Simpan Sedikit Adunan Untuk Di Sapu Tipis Kepada Kek***

Filling : Mousse Coklat Putih :  (TIPU!!!!!)
- 200gm Coklat Masakan Putih
- 100ml Susu Segar
- 2 Kuning Telur (Di Pukul Dahulu)
- 2 Putih Telur (Di Putar Hingga Kembang)
- 60gm Gula Kastor
- 250ml Whipping Cream (Non Dairy) - Di Pukul Hingga Pekat Bertanduk
- 2 Sudu Besar Gelatin
- 50ml Air

 Cara membuat resipi penipu ini:
1.Kek Chiffon dulu, ini kek semua orang boleh buat ya. Campurkan bahan B iaitu gula aising, krim tartar dalam telur putih, pukul sampai bertanduk (guna mixer, high speed selama 3 minit)

2. Kemudian campur semua bahan A ke dalam telur yang siap dipukul. Pukul sampai sebati

3. Kemudian bakar selama 30 minit dengan suhu 180'C. Selepas itu sejukkan di atas relai sebelum masuk ke dalam peti ais.

4. Lepas dah sejuk, boleh potong kepada 4 lapisan dengan pisau yang bergigi dan tajam lagi panjang

5. Sekarang kita buat filling penipu Puteri Manja dan seangkata dengannya.
Didih kembar gelatin dengan 50ml air dan coklat masakan dengan sesudu besar coklat masakan.
Bila dah cair semuanya, masukkan gelatin ke dalam coklat masakan. Gaul sampai sebati. Angkat dan letak tepi.

6. Putarkan dan pukulkan whipping cream sampai bertanduk (kelajuan terlaju selama 3-5 minit)

7. Masukkan whipping cream ke dalam coklat masakan tadi. Di sini saya mula meragui resepi ini kerana filling dia sangat cair. Cara buat filling coklat putih pun sama, tetapi saya tak bubuh susu. Sebab saya suspek terlalu cair!

8. Ini buktinya selepas dimasukkan dalam peti ais selama 3 jam di bahagian ais. Masih cair!
Filling putih tu saya juga rasa sangsi, so saya tak bubuh susu. Bayangkan 100ml susu!

9. Apapun, kita terus buatlah, selepas 3 jam sejuk beku, saya buat lapisan iaitu bermula kek sifon, kemudian filling coklat, kek sifon, fillling putih, kek sifon, filling coklat, kek sifon dan tutup dengan kek sifon

10. Buat dengan tabah walaupun tahu tak akan jadi. So cadang nak bekukan semalaman.

11. Ini last step. Tutuplah ia.

12. Dah pagi.. so saya buka loose base/ring.. yang terjadi ialah kek terus termampat seperti ini.
Habis meleleh semua. Dah agak dah... sebab filling penipu ini tak akan jadi. Maka coklat ganache cancel, just makan begitu je la.
Ok, lepas tu kita tengok baliklah blog puteri manja, nak tahu apa result dia dapat?

13. Terpengaruh dengan gambar, tapi pembongkaran penipuan ini boleh dikesan.
Gambar ini saya yakin gambar kek yang dibeli di secret recipe. Kenapa?

Saya meragui gambarnya, cuba semak point saya ini:
1. Kek sifon yang dipotongnya tebal, tapi dalam gambar nipis (sebab secret recipe potong dengan mesin)
2. Ganache dia coklat muda, ganache gambar di atas hitam
3. Dia tak tunjuk gambar semasa buka loyang loose base
3. Weekkkk.. kek sifon dia coklat pudar, sifon saya yang menjadi. Kedekut serbuk coklat! Yang anehnya gambar di atas, kek sifon warnanya macam sifon saya hehe
4. Dia sapukan filling coklat sekeliling kek sebelum coklat ganache. Actually, gambar di atas sebagai bukti, tiada sapuan seperti itu.
5. Dalam gambar di atas, secret recipe layerkan ganache dua lapis, tapi puteri manja tak buat pun lapisan itu
6. Gila glemer :p

Itulah ulasan saya, don't try this at home