KEK PECAN MASCARPONE CERIA
4 biji telur
100gm gula halus
15gm ovalette
35ml air
95gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
60ml mentega (cairkan)
50gm kacang pecan(panggang dan kisar halus)
campur semua bahan kecuali mentega cair...pukul hingga gebu dan ringan,masukkan mentega cair, kaup balik dgn sempurna...tuang dalam loyang 8" bakar suhu 170' selama 30 mint....terbalikkan kek sebaik keluar dari oven selepas 5 minit terbalikkan semula,sejukkan potong kpd 3 bahagian...
cream mascarpone
bahan A
3 biji kuning telur
100 gm dark choc
8gm gelatin
30ml air
250 cream putar bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh nescafe segera (campur sedikit air)
bahan B
230gm mascarpone (Italian cheese cream)
100gm gula aising
cairkan dark choc...panaskan kuning telur dgn cara double boil,kacau hingg berkrim..masukkan gelatin cair,kacau rata..tuang adunan telur dlm choc tadi...,gaul sebati ..ketepikan..putar fresh cream hingga kental,kaup balik dlm adunan kuning telur dan choc td ketepikan.putar mascarpone dan gula icing hingga lembut kemudian satukan adunan fresh cream dgn mascarpone ...
COKLAT GANACHE
bahan A
125ml krim tenusu(whipping cream)
20gm sirap glukos
bahan B
200gm choc masakan hitam
15gm mentega
1 sdt pes kacang hazel
panaskan A hingga berbuih,tuangkan ke dlm B gaul rata..
cara menyediakan kek
1 letakkan sekeping kek atas lapik kek
2 sapukan air nescafe utk melembapkan kek
3 ratakan coklat ganache nipis
4 sapu krim mascarpone diatasnya ..ratakan
5 letak selapis kek lg,ulang proses yg sama
6 ratakan atas kek dgn krim
Tuesday, 26 June 2012
Kek Kacang Keju Ceria (Pecan Mascarpone)
Saturday, 23 June 2012
My Doodle 14 #Hana Tajima, Diana Amir, Yuna, Fida Ibrahim, Ekin dan Fesyen Bertudung
Assalamualaikum kekanda adinda gua yang tersayang.
Trend tudung paling terkini dan hangat sekarang :
1) Tudung plain
2) Tudung plain 2 tone dan 3 tone
3) Tudung Obama ( ini serius gua musykil, adakah nama tudung ini diambil daripada nama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ? sila jawab persoalan gua di bahagian komen , sekian )
4) Tudung leapord, zebra, snake printed dan segala jenis binatang berbulu yang menawan.
5) Selendang Hana Tajima, shawl satin
6) Selendang Half Moon, Shawl beads Half Moon.
Friday, 15 June 2012
ResipiMasakanKini - Hummus
Bahan-bahan:
1 16 oz kacang kuda
1/4 cawan cecair dari tin kacang kuda
3-5 sudu besar jus lemon (mengikut citarasa)
1 1/2 sudu besar tahini
2 ulas bawang putih, diketuk
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar minyak zaitun
Cara menyediakan:
1. Toskan kacang kuda dan mengetepikan cecair dari tin. Campurkan baki bahan ke dalam pengisar atau pemproses makanan. Tambah 1/4 cawan cecair dari kacang kuda. Kisar selama 3-5 minit pada rendah sehingga teliti campuran dan licin.
2. Tempat dalam mangkuk, dan letakan sebuah bekas cetek di pusat hummus itu.
3. Tambah jumlah kecil (1-2 sudu makan) minyak zaitun di dalam bekas. Hiaskan dengan parsley.
4. Hidangkan segera dengan roti pita segar, panas atau bakar.
Tips menyimpan:
Hummus boleh didinginkan selama 3 hari dan boleh disimpan di dalam freeze sehingga satu bulan. Tambah sedikit minyak zaitun jika ternyata menjadi terlalu kering.

Labels:
Hummus,
Masakan Antarabangsa,
Masakan Arab,
Meddle East,
Yaman
Tuesday, 12 June 2012
Resepi Nasi Baryani Kelantan
Kali ini, saya ingin kongsikan ilmu masakan. Baiklah, dengan ini saya ingin berkongsi masakan Nasi Baryani Kelantan. Mohon ibu halalkan ilmu ini, anak ibu menyantuni untuk share bersama kawan-kawan. Jadi tanpa melenggahkan masa, jom kita langsung ke dapur sekarang.
Bahan-bahan utama:
1) Seekor ayam (mengikut kapasiti berapa orang makan dan dibersihkan)
2) Rempah Kari Daging (@ dibolehkan rempah Kari Ayam)
3) Beras Basmathi 7 pot (@ mengikut kapasiti)
4) 3 sudu Rempah Baryani
5) Air Bersih (disukat mengikut berapa pot beras basmathi digunakan)
6) Susu Cair
7) Serbuk Kunyit
Bahan Tumisan I:
1) Kulit Kayu Manis
2) Buah Pelaga
3) Bunga Cengkih
Bahan Tumisan II:
1) Bawang Merah yang dimayang halus (dalam 5 ulas @ mengikut kadar nasi)
2) Halia yang ditumbuk
3) Bawang Putih (3 Ulas @ mengikut kadar nasi) dimayang halus
4) Sehelai Daun Pandan (@ boleh digantikan dengan serai)
Cara membuat:
1) Pertama kita nak gorengkan ayam yang telah dibersihkan tadi. Terlebih dahulu perap ayam bersama serbuk kunyit, garam (sekadarnya), daun kari dan rempah kari daging. Rempah kari daging saya gunakan ialah Rempah Kari Daging Che Jah yang saya bawa dari Malaysia, rempah ini sangat masyhur di Bandar Bachok. Selepas diperap dalam 20-30 minit, bolehlah digorengkan di dalam kuali yang telah dipanaskan minyak. Pastikan ayam tadi digoreng separa masak sebab akan digaulkan bersama Nasi Baryani. Ayam yang siap digoreng disejat dan dibiarkan di tepi.
2) Langkah kedua pula kita siapkan Nasi Baryani pula. Panaskan kuali atau periuk (bersaiz besar) dengan minyak, kemudian masukkan bahan tumisan I (seperti di atas). Masukkan pula bahan tumisan II (seperti di atas). Bahan-bahan tadi ditumis hingga naik baunya yang asli, jangan lupa kacau. Kemudian, selepas naik bau tadi masukkan pula 3 sudu rempah baryani dan kacau sampai sebati/rata (dalam 15-20 minit)
3) Apabila dah kelihatan hampir kering bahan dimasak tadi (langkah 2), masukkan air yang telah disukat. Panduan: cara sukatan air semestinya mengikut sukatan beras. Contohnya jika anda masak beras 5 pot. Air juga mestilah 5 pot (2 pot susu cair + 3 pot air). Di sini saya memasak 7 pot beras. Oleh itu saya menggunakan 3 pot susu cair + 4 pot air. Boleh?
4) Setelah itu masukkan susu cair pula yang telah disukat seperti di atas. Kacau hingga sekata. Selepas kuah kelihatan mendidih dan aromanya mula menusuk hidung masukkan ayam yang digoreng separa di awal tadi. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Kacau seperti biasa. Dan rasakan tahap kemasinan yang diinginkan.
5) Kemudian bolehlah masukkan Beras Basmathi yang telah dicuci dan ditos. Kemudian kacau sehingga sekata (seperti nak buat nasi goreng). Semasa memasak boleh dibesarkan api. Tetapi apabila air nasi semakin kering, sila kecilkan api. Periuk tadi boleh ditudung dan biarkan seketika (dalam 3 minit), kemudian kacau dan ditudung pula sehingga diyakini sudah betul-betul masak.
6) Selepas itu, taraaa.. ! Siap untuk dihidangkan mengikut kreativiti masing-masing. Lihatlah hasil air tangan sahabat sekalian. Jika yang memasak itu jejaka, maka Nasi Baryani masakannya itu mesti kelihatan Macho. Jika memasak itu seorang gadis, mesti cun Nasi Baryaninya.
Selamat Mencuba ! (^_^)
Nota: Lelaki yang hebat apabila bergelar seorang suami, dia mampu mengukirkan senyuman di bibir isterinya. Memasak selain merupakan satu hobi dan keperluan semasa, namun merupakan kaedah berkesan untuk merantai hati si isteri mahupun si suami dengan Kesaktian Cinta. Wah, kalian memang macho dan cun belaka.

Friday, 8 June 2012
ResipiMasakanKini - Teh Adani
Bahan-bahan:
1 btg kayu manis, pecah
3 hijau buah pelaga (sedikit dikupas)
5 ulas bunga cengkih
1/4 sudu teh halia
3/4 cawan susu
3/4 cawan air
1 sudu teh serbuk teh
Gula secukup rasa.
Cara menyediakan:
1. Campur semua bahan-bahan, susu dan air periuk sederhana, tutup dengan tudung. Letak di atas dapur pada api sederhana.
2. Apabila campuran susu hampir mendidih tambah gula dan teh dan kacau pelahan-lahan.
3. Setelah mendidih biarkan selama 1-2 minit dan sedia untuk dihidangkan.

My Doodle 13 # Doodle Pelajar Uitm , Selamat tinggal blog
Salam si kacak dan si cantik.
Blog diupdate dengan super duper laju , gua capek banget dong.
- Gua baru sampai di rumah(Johor) pukul 8.45 malam lebih kurang dari Sungai Petani Kedah. Bagi mereka yang tak tahu menahu, selasa yang lepas wa pergi kenduri kahwin sepupu.
- Sebelum entri ini ditaip wa baru siap kemas-kemas apa yang patut sebab esok pagi nak balik Melaka sudah. Gua sangat sedih, serius.
- Minta ampun dan maaf bagi mereka yang tinggal jejak, komen2 di entri doodle pengantin, dan followers sebab buat masa ini wa memang kekurangan masa.
- Oleh sebab sepanjang cuti wa menggunakan khidmat wifi di rumah, maka mr.broadband tidak berbayar lagi. Untuk aktif semula berblog dan sebagainya wa tak berapa pasti bila wa dapat pergi membayar bil broadband tersebut.
- Oleh itu, selagi wa tak dapat bayar mr.broadband selagi itu segala macam social networking akan tergendala. Ada paham?
- Disebabkan cuaca yang tidak menentu, wa diserang demam sekali lagi. Sekarang ni hingus asyik nak meleleh, sila bayangkan waima kalian tengah makan sambil membaca entri wa ini.
- Wa sudah lupa sama ada rumah sewa yang bakal didiami untuk sem terakhir ini ada wifi atau tidak. Kalau ada, bolehlah kita beramah-tamah di awal-awal sem yang tak begitu sibuk.
- Wa sangat tak bersedia nak naik sem baru dan sekaligus sem terakhir. Sebab apa? Sebab wa teramat sibuk akhir-akhir cuti ditambah dengan dugaan lagi. haduih.. Sadis.
- Tolong jagakan blog wa yang tercinta ini. Wa akan merindui kalian, sila jaga diri yep. Kepala wa sangat berat, bye.
p/s: Tahniah kepada pelajar baru Uitm seMalaysia. Kemasukan pelajar Uitm bertambah lagi tahun ini berjumlah 250,000 orang.
Friday, 1 June 2012
ResipiMasakanKini - Teh Masala
Bahan-bahan:
4 cawan air
2 bunga lawang
1/2 sudu makan buah pelaga
12 bunga cengkih
2 kulit kayu manis
1 inci halia besar, didadu
1/2 sudu teh lada hitam [ditumbuk]
2 daun bay
8 uncang teh hitam
4 cawan susu panas
1/4 cawan madu atau gula perang
Cara menyediakan:
1. Campurkan semua bahan kecuali susu dan pemanis, dan rebus selama 10 minit.
2. Kemudian, tambah susu panas dan madu/gula perang dan biarkan seketika dengan api kecil.
3. Sedia dihidangkan untuk 8 cawan.

Indian,
Masakan Antarabangsa,
Masala Tea,
Minuman,
Rempah
Subscribe to:
Posts (Atom)