Sunday, 25 September 2011

SEGMEN: TUAN BLOG AKAN BUAT BLOGLIST! NANTIKAN





SALAM semua cutie mutie..
aku update lagi cis mcm update fb plak..
aku malas mlm ni nk baca buku..aku bw sampai semput2
dan aku dijemput join segmen bloglist oleh tuan blogger comel dan juga blogger oren..
tapi hampeh..
 dah teruja habis nak join, tapi aku hilang ingatan sebentar..
weh.. aku belum ada bloglist lagi la..
sorry ye awak bdua..
gedik kau nak join bloglist org, tapi kau sendiri takdak bloglist..citt..
huh,, tuan blog dah bniat nak buat bloglist, tapi cutie mutie faham kan tuan blog tengah final..
malam ni je cam lama2 sikit o9 update blog ksayangan ni..
oleh itu, kpd cutie mutie, silent reader, stalker, or whatever lah..
tunggu dan sabar ok?  habis final je, laju2 aku buat bloglist..
ok, sibuk final konon, tapi esok smpat lagi nk jumpa pakcik kfc..
hehe slmt mlm cutie mutie..






wordless sunday* KFC LENDU





weee! pakcik kfc wait for us tau!


Thursday, 22 September 2011

SONY NEX-C3, STYLE & CREATIVE

SALAM semua cutie mutie..

korang minat fotografi? msti korang jawab camni kan *eh mestilah minat, klau tak  takkan aku ke hulu hilir dgn dslr tu* untunglah ada dslr hehe ok back to the main topic..

skarang ni pminat fotografi yg takmau bawak dslr yg gedabak, tapi tetap mahu kualiti superb setanding dslr, mari sini rembat SONY NEX C3..aku dgn murah hatinya bagi korang spesifikasi kamera yg sungguh stylish ni..:






mmg stylish, pink pulak tuh, cis!



  • APS HD CMOS SENSOR + BIONZ ( kbanyakan kamera digital skrang guna cmos)

  • zoom lens 18-55..kira kitlens la..

  • 16 mp dgn 7.5cm skrin lebar..wah, suka3

  • Function Photo creativity mcm partial colour(biru, merah, kuning), toy camera, monochrome,soft skin mcm2 lagi..

  • paling gempaks, hebats, ada DEFOCUS BACKROUND!  mmg masyukla main bokeh..

  • FULL HD 1080 movie

  • ada 3D Sweep Panorama..*mana nk dapat cmin mata 3D eak?

  • ISO up to 1600

  • shoot RAW jugak..

  • Focus area 25..

  • color available semestinya pink, hitam & silver..

  • Skrin dia  touch screen & boleh rotate..

  • RM 2,199.00..

kalau nak lebih detail korang boleh mintak tolong uncle google ok?

aku jatuh hati tapi aku dah ada nikon p300..^_^
















Monday, 19 September 2011

BERAK BOLEH KURUSKAN BADAN!

SALAM..



nak final exam la katakan..
aku runsing ni knapa bila aku minum nescafe je perut aku memulas mntk g tandas..
sdg aku serius B****.. tup2 terimbau kenangan lalu..
masa kecik2 dulu la..
aku selalu fikir yg BERAK BOLEH KURUSKAN BADAN!  haha
selebet betul otak aku, time2 serius camtu aku leh senyum sorang2 mengimbau kenangan lalu..
yelah masa tu kan kecik2 lagi, apa yg aku fikir tu aku rasa betul je..
kalau la aktiviti yg memerlukan keseriusan tu leh buat aku kurus, mau nya aku minum nes tiap masa..
lepastu aku kurus dgn drastiknya takpun jadi rangka hidup..haha


note:  aku bsyukur dikurniakan badan yg sihat, gemuk ke kurus ke ada aku kisah?*yg pnting aku comel wahaha




Sunday, 11 September 2011

cerita GERAK KHAS dan kesannya terhadap CITA-CITA aku..

salam semua...
aku pasti dalam hidup ni semua orang ada cita2 yg ingin dcapai..dan mgkin ada jgk yg kerjaya dia sekarang mnyimpang jauh drpd cita2 asal..
dari kecik2 dulu sampai besar gedabak sekarang, aku sbenarnya ada mcm2 jnis cita2..mula2 ada 1jela cita2 *kononnya. tapi nampaknya cerita Gerak Khas dah bagi kesan bsr thdp cita2 aku tuh..


  1. masa zmn kegemilangan siri Gerak Khas dulu..aku ialah pminat tegar jgklah kan..




aku brangan nk jadi cm inspektor aliza, kehkeh





disebabkan pngaruh cerita tu yg begitu melekat kt hati aku, aku ambik kputusan bcita2 nak jadi polis..



rasa macam gojess gila pose sambil pegang pistol kan?  korang harus tahu aku selalu beli pistol mainan dulu, pastu dlam bilik aku bajet mcm tengah serang hendap pjenayah, cis!

bila dapat je kad hijau msa sk rendah dulu kan ada kena isi cita2, dgn yakinnya aku tulis polis kat pilihan ptama..kdua cikgu ketiga nurse..hehe

tapi lepas naik skolah menengah aku dh jarang dpt tengok Gerak Khas lagi pasal aku dah duduk menetap kt hostel..lama2 aku dh takdak hati nak jadi polis..aku dgn yakinnya tulis kat kad msa sk menengah..aku nak jadi cikgu pulak..pasal aku rasa jadi cikgu bgitu masyuk bila tiba cuti sekolah, nt aku cuti sekali ye dak?hehe takdalah masa tu mcm rasa pengorbanan sorang cikgu tu tak tbalas mdidik ank bangsa..aku trasa tcabar wei, aku pun nak didik ank bangsa kita jugak..

tapi bila dah masuk u ni..aku tukar lagi cita2 aku..*kau tengoklah betapa tak konsistennya kesetiaan aku pd kerjaya polis?haha

ni final destination la kiranya..aku takmo tukar dah..insyaallah..smoga cita2 aku ni tcapai jugak 1 hari nnti..kalau ayat dlm biodata kecik2 dulu dia tulis mcm ni:



''when i grow up i want to be a LECTURER"


doakan sis ye cutie mutie..emmm cita2 korang ape yek? meh la sharing is loving..smile!





Saturday, 10 September 2011

MENIRU DALAM EXAM, TIPU KALAU TAK PERNAH BUAT...



salam dan salam sejahtera semua...
bak kata cerdik geliga:  final exam is coming soon, so study smart dont study hard..
and blablabla..
aku pcaya ramai antara blogger2 kat luar sana ialah student
atau pastinya pernah mjadi student dolu-dolu kala.. istilah meniru, menoyol, mendajal, mcopypaste,*dan seangkatan dgnnya bknlah satu benda yg ajnabi(asing) dlm dunia sorang plajar..korang pilihla yg mana satu korang pernah buat, mengaku cpat klu tak...............
bterabur gigi geraham!


  •   isyarat jari ( ni khusus tok soalan MCQ ala yg abcd tu)..1jari A, 2jari B, 3jari C, dan sterusnya..

  •   isyarat pancaindera..ni pun sama mcm guna jari, tpi sbb guna jari mcm dah tk berapa safety, ubahla konon guna mata, hidung, mlut, telinga..bijak betul! mata A, hidung b, dan seterusnya..tak mustahil boleh pipi yg dikembungkan juga adalah jawapan!

  • kalau waktu zmn skolah rendah, mnengah, mconteng meja mrupakan satu ekspresi emosi..klu lelaki conteng2 ala2 kartun dlm komik tula..klu perempuan wajibla bunga2, love2..tapi bila dah dewasa sikit, zmn pun dh berubah kan, meja blajar tu taklagi dipenuhi oleh hasil seni ekspresi emosi tapi dah btukar mjadi meja penuh informasi yakni jawapan..klu ada org conteng yg selain bahan ilmiah, maka itu adalah silap!

  • jatuhkan segala alat tulis, pura2 kutip..ckp dgn kwn sebelah dgn speed yg bgitu laju..haha

  • tulis set jwpan kat kertas, pastu selit kat bawah kertas soalan..korang ingat aku tak tahu? lebih banyak helaian kertas soalan itu dikira keadaan yg selamat..hehe

  • mbiarkan kertas jawapan dilihat dgn sengaja..mknanya, saja2 kau angkat2 ktas jawapan tu bagi org blakang salin..takpun selak bhagian jwpan pastu saja letak betul2 tepi meja sng org sebelah nak salin*cm tak buduh pulak kan?

  • ni paling mantap:  kau amek kertas aku, aku grab kertas kau.. haha biasanya upacara grab mengrab ktas ni blaku dgn jayanya kat blakang*dpt plak cikgu or lec yg murni hatinya..sedap!

ada bnyak lagi sebenarnya..marilah sharing is loving ye..aku juga mengaku pernah meniru, *jujurkan?

tapi beringatlah teman2ku..jangan diamalkan, tak berkat ilmu..nasihat diri sndiri jugak..

ok chill ya?smile!



pssst kalau ada blogger bstatus cikgu or lec yg baca entry ni, mintak maaf awal2 ye..hehe ni realiti betul tak?



Friday, 9 September 2011

botak kepala jejaka bila sebut pasal hantaran si gadis!




aku nak pakai tiara la, gedik kan?
salam semua..slmt mlm,tidurlah sygku*tak memasal je..

ok, tadi siang mcm biasa aku mjalankan aktiviti wajib iaitu bw..tup2 rupanya jejaka ini bakal mlangsungkan persandingannya 1 Oktober 2011 ni..wah, seronok, teruja aku! hehehe

borak pasal kahwin apa2 saja pasal kahwin merupakan salah satu topik kegemaran aku..

tapi kan cutie mutie, bila sampai tang hantaran, agknya macam mana reaksi muka jejaka2 ye?  tengok bawah ni:



Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung


UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000


SPM : RM3,000-RM8,000


STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000


DEGREE : RM12,000-RM15,000




2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000


PHD : RM20,000-RM30,000* 30ribu tidak bsamaan dgn 30ringgit!




amacam? ada rasa rambut2 spiky korang berguguran ala gugurnya bunga cinta tak? hehehe
dalam kes sebegini, kedua-dua pihak jejaka dan si gadis perlulah berbincang secara baik, bak kata pakcikmakcik, nak bina masjid bukan nak jual anak..  yang penting ikhlas dan bsedia pikul tanggungjawab dengan amanah..


pssst aku highlight tang 15r-20r sbab aku ambitious utk belajar tahap master,  jadi doakan jari debab berjaya ye..errk, tapi tang ribu riban tu, mungkin kepala suami aku botak semasa hari psandingan?hahaha



Thursday, 8 September 2011

tazkirah jumaat: perihal QADA DAN QADAR...




comel
SALAM SEMUA..
di hari yg mulia ini, aku nak sharing is loving dgn awak2 semua..perihal Qada dan Qadar..biasanya org mesti cakap macam ni,  " dah takdir, qada dan qadar..aku redha je la, nak buat camna lagi kan, blablabla..
cis!  belum apa2 lagi, dah menyerah tak tentu pasal kan..  jadi, pagi2 yg fresh ni, haruslah teruskan mbaca ye..


ada 2 jenis qada dan qadar iaitu:


QADA MUBRAM


Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku). Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman: “Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hambaKu.” (Surah Qaaf ayat 29)
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib. 
QADA MUALLAQ. 
Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir mu’allaq. takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, contoh paling mudah..dulu masa sekolah awak seorang yg rajin, pelajar cemerlang..tapi bila dah masuk u, awak berubah.. jadi malas nak belajar, macam mana nak bjaya kan..pastilah dapat result pun  yg tak bagus kan.. jadi kita kena lah berusaha untuk dapatkan yg lebih baik dalam hidup kita ni..
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.


special thanks to INCIK BUJID


Wednesday, 7 September 2011

XENA LOVE VANNESS...

salam cutie mutie...
ni aku nak habaq mai, aku ialah salah seorang pminat siri komik Lawak Kampus Keluaran Gempak starz karya KEITH..
SERIUS LAWAK!
ni watak2 kat dalam komik kegemaran aku tu:





kau nampak tak Xena? bibir tebal adalah ikon Xena tahu?


watak yg paling aku PALING SIMPATI & KASIHAN ialah si Xena..
korang boleh bayangkan tak kalau secret admire korang mcm Xena..
yelah, korang yang kacak2 macam si VANNESS manalah nak pndang si gadis comel mcm Xena ye dak?
 aku kasihan sungguh dgn beliau..dia bsungguh-sungguh cintakan VANNESS tapi respond yg diterima sgt mhampakan ..
kalau Vanness sorang yg bencikan Xena, takpa lagi..ini satu sekolah kot..tapi Xena sempoi je, pasal apa, dia ialah anak GURU BESAR!

sifat positif Xena:  sanggup buat apa sahaja demi Vanness..
sifat negatif dia:  sanggup buat apa sahaja yg menjengkelkan demi Vanness..






 
pssst:  wajah huduh bkn bmakna hati pun huduh tahu?




Tuesday, 6 September 2011

*WORDLESS WEDNESDAY* 2




cucuk lens telefoto kat lappy?

PERKATAAN DARI MULUT WANITA & MAKSUDNYA...wajib baca!



salam semua










kalau u alls perempuan, haruslah mengaku entry ini sangat dekat dgn kehidupan anda,




kalau u alls lelaki, haruslah berwaspada dan cubalah untuk memahami...






FINE



Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.



LIMA MINIT

Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.



TAKDE APA-APA

Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.



PERGILAH! (dengan kening terangkat)

Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.



MENGELUH YANG KUAT

Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.



MENGELUH YANG PERLAHAN

Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.



OKAY LAH

Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.



BUAT LAH

Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.



TOLONGLAH

Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.



TERIMA KASIH

Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.



TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.





hahaha, adakah ia tembakan ini tepat ke dalam jiwa anda? Sentap lah tu :P









Sunday, 4 September 2011

YA ALLAH, DOA MOHON DIBERI KEKUATAN.



Salam





Ya Allah, aku sedar hambamu ini sedang diberikan sedikit ujian dariMu..


namun hambamu ini merasakan dirinya lemah..


aku bermohon agar kau dapat berikan hambamu ini kekuatan dalam hatinya,


kau berikanlah aku petunjuk agar cahayaMu itu meresap


lalu membakar semangatku kembali..


aku mohon agar kesulitan ini dapat dihadapi dengan tenang..


aku tahu air mata ini tidak sepatutnya mengalir tanpa sebab yang kukuh


namun aku pasti kau mengetahui setiap yang berlaku pada zahir dan batin diri hamba-hambamu...








DOA KETIKA BERSEDIH, BERDUKA, DI BERI UJIAN DARIPADA ALLAH





Maksud doa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku hamba-Mu, juga anak hamba lelaki-Mu (ayahku) dan anak hamba perempuan-Mu (ibuku). Dahiku berada di tangan-Mu (Engkau bebas mengawal dan menentukan arahnya; kebaikan atau keburukan yang ditujunya). Sudah berlalu pada diriku keputusan-Mu. Sememangnya adil buat diriku (apa jua) ketentuan-Mu.





(Justeru), aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang selayaknya buat-Mu; yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau turunkannya dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkannya kepada salah seorang daripada makhluk-Mu (Nabi Muhammad SAW) atau yang Engkau (sengaja) sembunyikan tentangnya di alam ghaib di sisi-Mu..





Supaya Engkau jadikan al-Quran sebagai musim bunga (berasa tenteram dalam) hatiku, cahaya di dadaku, keluar daripada (belenggu) kesedihan, dan penghilang kebimbanganku.”











...........................................................NO NOTE..............................................