Wednesday 2 February 2011

INFO UNTUK ANDA

SALAM...

tadi sis belek2 la majalah yg dah lama terperap kat dalam rak...

belek punya belek..sis jumpa la info yg boleh kita kongsi(ala2 kong hi fatt choy tu)

tajuk nya sis dah colourkan merah tau..penting la tu maknanya...

psssttt::   jgn risau...bacaan umum ok?hehe



LARANGAN SELEPAS MAKAN


1) JANGAN MEROKOK
haa..sis mahu nyatakan kat sini..bahawasanya sekarang ni merokok bukan ditujukan
pada kaum lelaki saje..
perempuan pon dah makin ramai yg merokok, btol tak?


ok, berbalik pada point no 1 kita..kajian telah mendapati merokok sebatang rokok(takkisah lah jenama murah atau branded)..adalah bsamaan dgn merokok 10 batang rokok..
sesungguhnya jgnlah kalian merokok kerana merokok hanyalah satu kerugian semata2.


2) HINDARI MINUM TEH
hmm yg ni mesti ramai yg selalu buat kan?(haaha sis pon sama sbb teh mmg menu utama kat rumah)
minum teh mmg baik untuk kesihatan tapi bukan selepas anda kekenyangan makan..
daun teh boleh mengakibatkan protein dari makanan anda mengeras
dan sukar untuk dihadam serta sukar dicerna.


3) JANGAN MANDI
ops!jgn mandi selepas makan saje ok?  bukan tak mandi terus, tak macam haprak pulak kan..
mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut anda.
ini akan melemahkan sistem pencernaan anda.


4) JANGAN TIDUR
walaupon tidur@ngorok ialah aktiviti yg plg anda like, tapi ia dilarang selepas anda makan.
kenapa? sebab makanan yg anda telan masuk perut ut tak dapat dicerna dgn baik.
ini boleh mendatangkan gastrik dan jangkitan kpd usus anda.


5) JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN
ish, kata makan buah-buahan lah bgus, baik, disyorkan, digalakkan dan yg seangkatan dgnnya..
ye benar(eceh, skema pula)
tapi, makan buah-buahan sebaik habis melantak akan menyebabkan perut anda
dipenuhi udara(erti kata lain kembung perut)
makan buah sebelum makan atau selepas 1 jam sesudah makan.


6)JANGAN LONGGARKAN TALI PINGGANG
yg rasa2 perut tu maju kehadapan(erti kata lain boroi) jgn terasa..huhu
melonggarkan tali pinggang selepas makan hanya akn menyebabkan usus anda bmasalah
contohnya terbelit atau tersumbat..tak pasal2 mnyusahkan usus anda.


7) JANGAN BERJALAN ATAU BERLARI
pada mereka yg sdg giat berdiet tu..kalau ye pon, jgnlah lepas makan terus nak jalan beria2
ataupun berlari pecut dalam dapur..
bjalan2 atau blari selepas makan hanya akn mnyebabkan kesukaran sistem pcernaan
anda utk menyerap nutrisi daripada makanan yg anda sudah telan.
silap hari tahun, termunta* tengah jalan...eyekkk!!!


ok cukup dulu ye..
INGATTT...

No comments:

Post a Comment