Monday, 21 February 2011

FORUM SELUHUR BUDI RASUL S.A.W

SALAM semua..

selamat pagi cikgu..eh salah,hehe

semalam memang sis tak sempat nak update entry..

tersangatlah sibuk mengalahkan pengarah kampus..

ops!hehe



ok, malam tadi sis berkesempatan pergi forum anjuran kolej sis, kolej K dan kelab I..

apa tajuk nye, baca tajuk kat atas tu...

memang la badan bukan main malas lagi, umpamanya nampak katil rasa nak tidur je..

tapi nama pun wajib..maka wajibla pergi..

inilah student, kalau wajib baru la pergi..

memang mula2 rasa macam2...

penat bcampur malas, tapi bila forum tu dah mula..

alhamdulillah, rasa tak rugi kita datang majlis macam tu..

dapat lagi ilmu...malaikat pun ada bsama kita..insyaAllah..



ok, jadi sis nak kita kongsi ilmu yang kami dapat malam tadi..

....

1) akhlak baginda terhadap sahabatnya...

    kita dilarang sama sekali memberi gelaran yang tidak menyenangkan hati sahabat kita..

    apatah lagi gelaran itu boleh menyebabkan sahabat berasa terhina dan merendah-rendahkan dirinya...



2) beri hadiah

   sesekali apalah salahnya kita bagi kawan kita suprise!

   kalau awak boleh selalu bagi hadiah pada awek@balak u all..apa kata beri hadiah pada kawan jugak?

   lebih digalakkan kalau hadiah tu beri faedah kepada kita dan kawan kita...

   contoh bagi kawan perempuan awak tudung..

   yang penting niat mesti ikhlas, bukan selit dalam kad tu macam ni:

      "nanti bagi hadiah jugaklah ea"



3) beri salam

    u all perasan tak zaman sekarang kalau kita jumpa kawan kita

    ramai yang tak beri salam?

    kenapa ye? ramai yang lebih selesa say "hello,hai"

    kalau nak balik pulak "bye, tata titi tutu"

    haha..saya pun selalu macam ni..

    sebaikbaiknya kita beri salam sebab salam tu mendoakan kesejahteraan sahabat kita...



4)  doakan kebaikan buat sahabat..

      dalam persahabatan, kita tak nafikan bahawa kadang2 mungkin kita ada rasa tak puas hati, geram,   

      dan yang sewaktu dengannya..tapi walaubagaimanapun, kita mestilah selalu mendoakan kebaikan buat

      sahabat,,dalam doa tu, jangan lupa doakan sahabat kita sebab apalah ertinya hidup kita tanpa insan

      bernama sahabat..



ok, sampai sini dulu ye?

sis mau makan...nanti malam ada sis senarai apa yang tong perut saya dah telan..hehehe

No comments:

Post a Comment