Sunday, 27 February 2011

Automatic Teller Machine

salam semua...

selamat malam..tidurlah sayangku..eceh, menyanyi pula..

ye, saya tahu sekarang masanya utk tidur, tapi mata tak mahu lelap..

semalam ada seseorang mberitahu sis bahawasanya beliau telah kehilangan beg duit aka purse nye bsama2 handphone nye sekali..what the loss!!!

ahh..bayangkan anda kehilangan barang di atas..dalam purse tu confirm sudah ada RM walaupun mugkin ada duit warna biru sahaja..tapi tetap bernilai ok?tu belum campur kot2 main selit2 duit tu kat celah2 purse tu konon2nya  nak bagi helah magic kat orang yg cuba mengintai-intai purse u all tu..dan tersenyum girang la si pencuri melihat ada kad ATM cop bank islam contohnya..

sungguh!saya kesal!ini kes cuai, tidak ada yg cuai melainkan yg benar2 cuai..

sesungguhnya barang2 bernilai dan berharga janganlah sesekali kamu biarkan ia sendirian..

orang kalau nak buat benda jahat, dia tak fikir banyak kali dan tak akan baca bismillah ok>?

serius.,jadikan pengajaran dan ambil iktibar..

ok, sis nak kongsi info mengenai kad ATM(ATM maksudnya kat tajuk entry)



soalan:   Kenapa orang guna kad ATM?

jawapan: jimat duit, masa dan tenaga...mudah kan..guna jari sahaja u alls..

sebab2 lain:  kad ATM mudah dan selesa digunakan dan paling penting ia menyediakan perkhidmatan meskipun pada cuti umum..ahaks!pernah ke tengok mesin ATM tutup masa hari raya?



soalan:  Apakah kegunaan ATM?

jawapan:  1) anda boleh cek baki akaun..

               2) anda boleh kelurkan duit buat makan KFC dengan makwe,betul?

               3) anda boleh pindahkan duit kepada akaun yg berlainan..

               4) anda boleh membuat permintaan untuk kenyataan akaun..

               5) anda boleh buat bayaran deposit..

               6) anda boleh membuat permintaan untuk buku cek..



soalan:    Bagaimana nak melindungi kad ATM anda?

jawapan: 1) simpan kad ATM di tempat yg selamat..ahh semua orang tahu fakta ini, tapi cara terbaik nak aplikasikannya macammana?simpan bawah bantal busuk?gitu?

begini, simpan kad ATM di tempat yg sama setiap kali anda keluarkan dan masukkan, senang cakap tiap kali anda sentuh saja kad tu, pastikan letak di tempat asalnya..

ini kerana anda akan mudah terperasan jika kad tu tiba2 magic dan lari dari dompet anda, faham?



             2) jangan sesekali biarkan atau tinggalkan kad ATM di mana orang sekeliling boleh melihatnya dengan mata yg bersinar ada nampak simbol RM,,dah macam si Mr.Crab pulak dah..kalaupun awak menyorokkan kad tu dalam purse, orang akan boleh mengebaknya jua..



            3) jangan tulis no pin di mana2 saja..ingat..jangan kau menggatal tangan tulis2 no pin kat belakang kad tu..memang bijaksanalah kamu kalau begitu..ingat dalam kepala sudah...bukan susah sangat,,paling2 tak pun hari jadi u all gabung dengan pakwe/makwe, tak gitu?



           4) jangan sesekali bagi no pin anda pada orang lain..

manusia ada macam2 perangai..,memang kita digalakkan bersangka baik terhadap sesama manusia..

tapi kita juga mesti berhati2..kalau bagi pada mak ayah its ok bebeh..



           5) jangan beri maklumat mengenai kad ATM anda melalui telefon,,never never never ok>

 ini boleh jadi financial scam,.



          6) beritahu segera pada bank sekiranya kad anda dicuti atau hilang..

datang bawa diri ke bank tersebut, nanti pihak bank akan uruskan..bank juga akan mengenalpasti di mana lokasi kad anda berada, dan jika ada pengeluaran wang atau apa2 transaksi yg berlaku, pihak bank akan dapat kesan..



ok, itu saja buat entry kali ni..

jadi, u all, jaga diri dan jaga barang berharga anda..jangan sudah terhantuk baru nak tergadah..

ahh sudah karam singh walia pula..

ok.  wasaalam..

No comments:

Post a Comment