Monday, 16 August 2010

Resepi Cucur Udang

Bahan-bahan:
500 gram tepung gandum
20 ekor udang besar (boleh lebih atau kurang-buang kepala sahaja)
1 mangkuk kecil tauge
1 mangkuk kecil daun kuchai (potong 1 inci)
1 biji telur
2 biji bawang merah (racik halus)
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng

Kuah:
2 cawan kacang (goreng dengan minyak tanpa buang kulit hingga masak)
6 sudu besar cili boh (boleh lebih atau kurangkan)
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Air secukupnya

Cara menyediakan:
1.Masukkan tepung, udang, tauge, kuchai, telur, bawang merah, garam, dan kunyit ke dalam satu mangkuk besar. Tambahkan air hingga adunan menjadi boleh dijemput. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
2. Panaskan minyak, jemputkan adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas. Goreng hingga kekuningan, angkat dan hidang dalam pinggan.
Kuah:
3. Masukkan semua bahan kuah dalam pengisar dan kisar kasar bahan ini, jangan sampai halus.
4. Masak bahan kisaran ini di atas api sederhana hingga pekat, angkat dan hidangkan dengan cucur udang.

No comments:

Post a Comment