Saturday, 16 March 2013

TOFU GORENG BERSUMBAT BERSAMA SOS SAMBAL CILI

bahan-bahan :

2 paket Tofu goreng (utk disumbatkan)

Filling :
400gm ayam/daging kisar
2 ulas bawang putih dincincang
1 ulas bawang besar dicincang
daun bay
5 sudu besar serbuk kari daging + 2 sudu besar air * (jadikan paste)
1 sudu teh serbuk paprika /serbuk cili *
200gm veggies ( i guna mixed vegetables..)
garam
* campur sekali

bancuhan tepung :

3 sudu besar tepung beras
air secukupnya
garam
sedikit lada sulah


cara-cara :

Filling :
1) tumis bawang putih + bawang besar + daun bay sehingga naik bau.
2) masukkan ayam/daging dan tumis sehingga mengeluarkan air dan kacau sebati.
3) setelah masak, masukkan paste kari + serbuk paprika dan gaul rata. Tumis sehingga masak dan letak
garam secukup rasa.
4) sekiranya pekat, boleh la tambahkan sesudu air ke dalam nya.
5) masukkan veggie dan tumis lg sehingga separuh kering.
6) tutup api dan ketepikan sebentar sebelum sumbat ke dalam tofu goreng.
7) campurkan ke semua bancuhan tepung td. kemudian ketepikan. sekiranya terlalu pekat, tmbhkan sesudu
air.

Cara Sumbat :
1) potongkan satu permukaan sahaja seperti tauhu sumbat. ( potong segaris je ye)
2) kemudian sumbatkan filling yg sudah siap ditumis.
3) masukkan penuh sehingga memenuhi ruang tauhu. jgn berlebihan ye.
4) letakkan ke tepi. buat sehingga habis.

Masak :
1) panaskan minyak. secara deep fries
2) Celupkan tofu goreng td ke dalam bancuhan tepung secara keseluruhan.
3) kemudian gorengkan sebentar sehingga kekuningan2. nmpk kerangupan pd bancuhan itu.
4) Angkat dan tos.
5) sedia utk dimakan.


Sos sambal cili

bahan-bahan :
4 btg cili merah besar
4-6 btg cili padi ( ikut kepedasan masing2)
2 ulas bawang putih yg digoreng sebentar
1 inci halia
garam
gula secukupnya
1 sudu besar cuka masakan
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung (campur air sedikit jdkan bancuhan)

Cara -cara :
1) blendkan cili merah + cili padi + bawang putih + halia + cuka masakan + air.
2) setelah blend, masakkan sambal cili tu di atas dapur.
3) masukkan garam & gula secukupnya.
4) masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata.
5) masak sehingga mendidih. sekiranya pekat, boleh tambahkan air.
6) siap dihidang bersama tofu goreng bersumbat.

No comments:

Post a Comment