Tuesday, 1 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013 & Sinopsis Perihal Akasia Setia Hujung Nyawa TV3



Assalamuailaikum w.b.t.





   Hai!!! Tanda seru 3 kali bermaksud tuan blog sangat teruja. Al maklumlah 4 bulan menghilangkan diri. Hehe. Cakap Mandarin sikit; Hao jiu bu jian!  Yakni bermaksud sudah lama tak berjumpa. Tengok, dekat pendahuluan entri saja dah dapat ilmu baru, betapa aku tak nak kau orang hanyut lagi lagho tanpa 'isi' tatkala membaca blog ini. Hahaha. 










   Oh ye, Selamat Menyambut Tahun Baru 2013! Ada baiknya kita semua DEKATKAN segala KEBAIKAN dan JAUHI segala KEBURUKAN. Terima kasih Tuhan kerana masih memberi peluang kepada kami menikmati hari-hari baru. Ok, kalian dah baca tajuk entri kan? Ada cerita pasal drama Akasia Tv3 yang telah menambat hati anak gadis dan para ibu bertajuk Setia Hujung Nyawa. Watak Ersalina dan Zain Hakimi yang romantik itu telah membuatkan kita tersenyum-senyum betul? Jadi, tanpa melengahkan masa lagi nah ambil setiap seorang 1 bungkus Kit Kat, mulut kasi diam dan teruskan pembacaan anda hingga ke nokhtah yang terakhir. 





Sinopsis dan perihal drama Setia Hujung Nyawa aku ceritakan dalam bentuk point-point. Tak hadolah kau orang bosan baca panjang berjela ye dak?







  • Seperti trend terkini, kebanyakan drama hari ini ialah hasil diadaptasikan daripada novel. Makanya, drama Setia Hujung Nyawa pun diadaptasikan daripada novel dengan tajuk yang sama karya Fatin Nabila. Aku dah pernah baca novel dia. Yeay! hooray! hooray! Nak tengok gambar novel dia tak ? Tadaa!









  • Kisahnya bermula dengan Zain Hakimi yang ditinggalkan sang tunang bernama Sofea menjelang hari perkahwinan. Mak Zain namanya Datin Adibah kemain menyampah lagi dengan Sofea sebabnya kerjaya dan kisah lampau Sofea sebagai GRO. Oleh kerana tunang dah lari, maka mereka sekeluarga haruslah mencari pengganti kononnya untuk menjaga maruah keluarga gitu.

  • Ersalina Imani pula seorang gadis cantik baru tamat sekolah. Mak Ersalina namanya Haliza ialah kawan baik kepada mak Zain. Mak Zain pulak berkenan dengan Ersalina untuk dijadikan sebagai menantu gantian. Haha gantian? Lalu Haliza pun teruslah bersetuju untuk kahwinkan anaknya dengan Zain. 

  • Sebenarnya, Haliza bersetuju kahwinkan Ersalina dengan Zain pun bersebab u olls. Apa sebabnya? Dia pun sebenarnya nak menjaga maruah keluarga dan maruah anak gadisnya. Ersalina sebenarnya dah terlanjur. *Sila baca dengan nada terkejut*.Terlanjur dengan siapa ? jengjeng. Tak boleh lah cerita detail, tak surprise nanti. Ngehngeh.

  • Maka, atas sebab masing-masing nak selamatkan nama baik keluarga, Ersalina dan Zain pun berkahwin. Tapi atas persetujuan mereka berdua, konon-konon diorang kahwin kontrak gitu. Depan mak bapak mesra, kat belakang macam anjing dengan kucing. Tidur sebilik tapi tak bersama. Aku yakin kau orang faham topik ini haha.

  • Seperti biasalah, mula-mula memanglah benci, menyampah, tak suka, menyirap, sakit hati blablabla. Tapi lama-lama masing-masing pun mula lah jatuh hati, jatuh cinta. Sebab itulah kita harus bersetuju dengan pepatah orang tua-tua. Jangan nak benci tak suka orang bagai, nanti lama-lama orang itulah yang kita jatuh hati, jatuh sayang.

  • Tapi, baru saja mereka bahagia dugaan pun datang *efek ombak di tepi pantai*. Ersalina keguguran! Jengjengjeng, terkejut badaklah si Zain. Terus jadi singa kelaparan. Gugur? Sedangkan diorang tak pernah bersama, jadi mana datangnya anak dalam perut Ersalina? Maka, terbongkarlah rahsia Ersalina yang pernah terlanjur dulu.

  • Mulai saat itu, segala layanan yang sebelum ini baik, romantik, comel-comel ala drama Korea dah tak ada lagi dalam hidup Ersalina. Jadi, ada baiknya kau orang sediakan tisu masa tengok ye. Semua dah bertukar jadi caci makian, perlian dan segala bagai kata-kata negatif. Tapi Ersalina terima dengan redha sebab memang salah sendiri pun. Lagipun dia memang dah serahkan hidup dan nak setia pada Zain sampai bila-bila. Cewah gitu.

  • Kemudian, lama-kelamaan Zain pun dah boleh terima kenyataan dan terima Ersalina kembali. Dan yang paling penting mereka terima masing-masing sebagai suami isteri yang sah tak ada lagi kahwin kontrak bagai. Tup tup, baru bahagia sekejap datang lagi dugaan kedua. *efek ombak ganas*. Zain koma dek kemalangan. 

  • Isteri mana yang tak sasau bila suami yang tercinta koma tak sedarkan diri. Dalam masa yang sama, Ersalina dapat tahu dia mengandung anak Zain. Tapi dugaan ketiga pulak datang *efek ombak tsunami* bila Datin Adibah dapat tahu cerita sebenar Ersalina pernah terlanjur sebelum kahwin dengan Zain. Mengamuk sakanlah beliau. Dihasutnya Zain supaya ceraikan Ersalina dan nak jodohkan dengan perempuan lain. Eh apehal kening aku berkerut taip point ni? 

  • Tapi, Zain dan Ersalina tetap sayang satu sama lain. Apakah kesudahan kisah cinta mereka? Dapatkan selamanya mereka bersama ? *efek lagu tentang rasa* .Adakah Datin Adibah menerima Ersalina semula bila dapat tahu kisah lampau Zain? Betul ke Zain pernah rosakkan seorang gadis? Mungkin ada sedikit kelainan dalam drama tapi tak lari jauh dari novel asal. Jangan lupa tonton setiap Isnin sampai Khamis pukul 7:00 malam ok. Kalau belum tengok dah terlepas seminggu punya episod, pandai-pandailah cari dekat tonton.com. 

  • Ada 4 lagu ost Setia Hujung Nyawa iaitu Sastera Kupu-Kupu oleh Mimie Haris, Ku Ada Mu oleh Najwa Latif, Maafkan Aku oleh Last Minute dan Mata Hati oleh Nubhan. Sebenarnya ada lagi 1 lagu baru yang selalu dimainkan pada akhir cerita. Mulanya lagu ni belum officially released, tajuknya Setia Hujung Nyawa oleh Fiq feat gjie sixth sense Ini lirik dia, yeah! :D

  • ~Aku tak bisa menidakkan rasa cinta, meski ku tak bisa melupakan salahmu, resah hatiku, Cinta jangan engkau pergi,  maafkan diriku melukakanmu, Cinta jangan engkau pergi, jauh dari diriku lagi, sesungguhnya cinta kita, setia ke hujung nyawa ~

  • Nah, ini gambar para pelakon kredit Abang Budiey. Jangan nak tenung-tenung my Ryzal Jaafar ok, i tumbuk nanti. Hahaha.








   Mesti ada yang cakap amboi kemain panjang sinopsis aku. Kalau baca novel dah tinggal 1 bab yang terakhir ye dak. Sebelum kalian berkata begitu, ada baiknya kau orang scroll balik kat atas, tengok awal-awal aku dah tulis sinopsis dan perihal kan? Perihal tu maknanya cerita panjang <--- Kes nak menang.



  Oh ye, berdasarkan pemerhatian dan kajian aku dapati ramai anak gadis jatuh hati dengan Amar (Zain). Adalah dimaklumkan beliau sudah menjadi tunangan orang.  Fenomena Khairul Fahmee Che Mat juga berakhir dengan perkahwinannya dengan Leuniey. Begitu juga dengan fenomena terhangat Wan Zack Haikal, beliau juga sudah berpunya. Huwargh, gua kecewa bergolek-golek. Jadi harapan sekarang hanya tinggal pada Ryzal Jaafar dan awak Fadzil Zahari *kenyit mata* Tetiba je kan. Hahaha.






   Baiklah, sampai di sini sahaja cerita Mak Jemah a.k.a sis92. Yabedahbeduh! Akhirnya berjaya menaip entri panjang. Rindu lah siot. Sebenarnya aku ada 2 entri yang dah siap tapi masih belum sedia untuk dipublishkan. Terima kasih kepada semua yang masih setia di blog ini dan yang sudi baca entri ini sampai habis. Mak Jemah amat hargai tahu tak? nanti Mak Jemah belanja Durian Crepe dalam mimpi ok? Muahaha. 





p/s: Rindu zaman kegemilangan blogging tahun lepas. Give your comment.  Happy blogging everybody. Babai :)










No comments:

Post a Comment