Friday 18 January 2013

CARA BUAT AISKRIM GORENG YANG MUDAH, WAJIB BUAT!



Assalamualaikum w.b.t





   Hari ini cuaca sangat panas. Aku baru lepas minum petang. Menu? Aiskrim goreng berperisa vanillachocho dan juga milo tabur. Jangan nak mintak-mintak ea sebab kedua-duanya dah selamat berada di dalam perut ini * bercakap sambil mengusap perut* Mohmohmoh =D










Bulatnya kau! sebiji macam pipi aku. Haha.





   Baiklah mungkin ramai yang dah tahu kan? Tapi inilah dia aku bongkarkan rahsia dan cara membuat aiskrim goreng yang mudah dan cepat untuk mereka yang masih tak tahu-menahu. Mereka yang dah tahu, setakat tahu tiadalah gunanya jika tidak pernah cuba membuatnya sendiri. 





3 Bahan-bahan yang diperlukan:







  • Beberapa keping roti putih

  • Aiskrim aneka perisa. Aiskrim batang tidak dibenarkan.

  • Cawan yang sederhana besar



Cara membuat :






  • Letakkan 1 scoop aiskrim ke atas lapisan roti pertama yakni roti bahagian bawah. Jangan letak aiskrim menggunung sangat, nanti roti kau tak dapat katup rapat.

  • Letakkan lapisan roti kedua yakni roti bahagian atas. 

  • Ambil cawan, terbalikkan dan katup pada roti kuat-kuat. Pusing-pusing sikit sampai jadi bentuk bulat montel yang comel. Sila agak-agak supaya kedudukan aiskrim tak terkena cawan.

  • Masukkan ke dalam peti sejuk bahagian atas dalam 1 hari atau beberapa jam kalau dah tak sabau beno nak makan. 

  • Panaskan minyak dan goreng dengan super duper cepat. 2 minit macamtu dah boleh angkat. Ingat! jangan nak mengada kau nak goreng lama-lama macam goreng ayam. Failed.






Tak berapa faham ea, marilah tengok gambar :







Terima kasih diucapkan kepada periuk tanah =D







  • Selesai saja goreng dan hidang. Silalah makan aiskrim goreng anda dengan pantas. 

  • Ini kerana aiskrim dah tentu-tentulah sifatnya cepat cair apatah lagi bila digoreng.

  • Pastikan pegang tisu sambil makan kerana kebarangkalian untuk aiskrim meleleh ialah 90%. Haha.






   Ok, get it ? Jangan lupa buat tau. Ini lelaki pun boleh buat dengan cemerlang. Sedap woi makan aiskrim goreng tengah-tengah panas. Haha. Tapi diingatkan ye, jangan kau makan tiap-tiap hari pulak. Aku tak akan bertanggungjawab kalau berat badan kau naik berkilo-kilo selepas hari kejadian. Gegirls, mohon jangan malas-malas kat dapur, nanti tak boleh kahwin.



   Ehem new update u olls, dikhabarkan minggu ini adik-adik dekat uitm lendu diserang histeria maha teruk, pukau, puteri ulik mayang dan sebagainya. Pesanan ex senior ini, jagalah diri, jaga perangai dan tingkah laku, jangan lupa Tuhan. Kebenaran hanya diketahui mereka yang mengalami. Kalau memang ada pun cerita dari student itu sendiri, tak bermakna awak kena percaya 100 %. Jagalah sikit nama baik Uitm. Paling penting, blogger, orang luar dan student sendiri jangan sebarangan tokok-tambah cerita dan berhenti sebarkan cerita palsu. Ini serius ok. Insya allah everything will be fine soon, ok?  Babai :')







  • Nak tahu semua pasal fesyen baju peplum. Tips nak pakai semuanya ada. Baca sini klik

  • Apa ending cerita adaptasi novel Setia Hujung Nyawa? Lagu baru Fiq yang sedap tu semua baca kat sini klik 










No comments:

Post a Comment