Assalamualaikum w.b.t. :)
Aku cuba menjadikan entri ini pendek dengan isi yang padat. Tak ada faedahnya aku menaip panjang berjela bak karangan Tingkatan 5 sampai dua tiga muka surat tapi isi KOSONG. Membebel versi taipan lima enam perenggan akhirnya kau orang tak dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan. Aku menaip dari hati, jadi sila baca dengan berhati-hati. Ok, tamat perenggan pendahuluan.
Semua orang pun buat silap. Silap kecil, silap sederhana, silap besar. Kesalahan sekecil zarah pun kalau namanya kesilapan tetap akan dihukum orang. Kau orang mesti pernah dengar kata-kata hikmat moden yakni:
"Kalau kita buat kebaikan, tak semua orang boleh nampak dan ambil kisah. Tapi sekali kita buat salah, semua orang akan ingat kau, salah kau, sampai mati".
Jadi, haruslah diingat betapa besarnya kesan negatif yang akan kau hadapi apabila kau selesai buat kesilapan walaupun kecil. Jadi, cuba bayangkan kalau kesilapan kau besar? Eh, bayangkanlah sekarang.
Kesilapan kepada Tuhan, kita boleh minta ampun, minta taubat pada Tuhan. Jangan risau, jangan sedih. Tuhan boleh ampunkan hamba-Nya. Tapi kalau dengan manusia lain? Sila ingat akan 3 hal iaitu :
Yang pertama, bila kita buat salah kepada sesama manusia, kita boleh minta maaf dan kita dimaafkan.
Yang kedua, bila kita buat salah kepada sesama manusia, kita boleh minta maaf dan kita tidak dimaafkan.
Yang ketiga, bila kita buat salah kepada sesama manusia, kita tak minta maaf, apatah lagi untuk dimaafkan.
Boleh nampak kan perbezaan dia? Masyarakat selalu cakap begini:
"Sedangkan Nabi pun maafkan umatnya, siapalah kita untuk tidak memaafkan sesama manusia"
Dekat sini memang ada satu masalah iaitu manusia tetap juga namanya manusia. Hatinya lain-lain, maksud aku isi dalamnya yang lain dan tak akan serupa. Kita takkan pernah tahu apa orang lain rasa dalam hati dia. Jadi kau doalah banyak-banyak semoga semua orang dapat maafkan kesalahan kita dengan ikhlas. Tanpa dendam. Kita pun kena belajar maafkan orang dengan ikhlas tanpa mengungkit-ungkit. Yang penting, belajar dari kesilapan. Aku rasa tak ubah bak bercakap depan cermin ajaib. Entri untuk diri sendiri juga sebenarnya. Tolong maafkan saya,ya ?
Ok, semoga hasil pembacaan kau orang ada faedahnya. Jaga diri, babai :)
p/s: Aku takut, aku senyap, aku bimbang nanti menambah masalah, menambah kemarahan, menambah ketidaksukaan orang lain. Tuhan, apa perlu aku buat? Sedih tak terkata :')
No comments:
Post a Comment