Sunday 6 January 2013

Review dan Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 27





Assalamualaikum semua!


   Mari kita mulakan sesi review di sebalik AJL 27 dan senarai keputusan penuh pemenang . Anggap saja aku wartawan yang baru belajar menulis laporan. Haha. Seperti biasa aku buat dalam bentuk point, tidak lah semak mata dan bosan tatkala kalian membaca. Jomlah, cekidooout !













 Keputusan penuh pemenang AJL 27 ialah:





Juara - Terukir di Bintang oleh Aizat / Yuna


Naib Juara -  Idola oleh Azlan and The Typewriter


Ketiga - Ku Akui oleh Hafiz






Persembahan terbaik - Teman Pengganti oleh Black & RJ/Malique)

Vokal terbaik - Ku Akui oleh Hafiz







Sesi review sepanjang AJL 27







  • Secara keseluruhan, AJL 27 memang terbaik terutamanya dari segi sistem bunyi dan pengcahayaan. Gambar sangat jelas dan cantik sebab dirakam penuh dengan HD. Aku pasti kau orang turut terpaku, terkaku, terpukau bahkan susah nak berganjak dari tempat duduk betul? Aku yang di dalam rumah pun teruja apatah lagi yang dalam stadium. Sampai hati tak bagi aku tiket percuma. Wuu.

  • Intan ladyana dapat bunga yang dilempar oleh Faizal Tahir. Satu saja soalan yang bersarang dalam kepala hotak ini, adakah dia masih ada hubungan dengan Kamal Adli a.k.a Putera Rayyan? Mohon jawab. Haha.

  • Persembahan rockers buat semua penonton mengangkat punggung. Eksaited u olls, lagu semua power, paling kebaoom of course lah Ramlee Sarip dengan Kamelia. Semua penonton bangun bahkan bersorak tapi perasan tak muka Adira banyak monyok dan masam bila kamera fokus kat dia? Ke aku sorang saja yang perasan. Oh ye nampak tak muka Rahmat Mega semakin kacak? Haha.

  • Persembahan lagu Ombak Rindu menampilkan jejaka hot Malaya yakni Aaron Aziz, aku rasa 1 Malaysia nak melalak tatkala dia mendukung Adira. Peh, berkecai hati para gadis dan para ibu termasuk aku. Rasa ingin ku usap air matamu abam Aaron. Tak usahlah menangis kerana saya. Hahaha. 

  • Suasana comel dan sweet mengiringi persembahan Lagu oleh Bedroom Sanctuary. Aku perhati saja belon dia yang berwarna-warni itu. Geram betul. Nak saja aku pecahkan guna jarum peniti. Haha. Lagu ini berkisahkan tentang penulis lagu yang ingin memberi sebuah lagu kepada kekasihnya. Ala, selalu kan pakwe kau orang tuju-tuju lagu kan, macam tu lah cuma istimewanya sebab lagunya dia cipta sendiri. 

  • Persembahan lagu Teman Pengganti nampak simple saja tapi disebabkan kekuatan lagu itu sendiri buatkan ia layak untuk menang. Lagu teman pengganti mengisahkan seorang lelaki yang sudah tahu dirinya bakal mati dan meninggalkan isteri/kekasihnya. Walaupun harapan untuk jadi juara tak dapat, Teman pengganti memang wajib lagi layak untuk menang ok. Kalau tak menang, Juara Lagu memang nak kena boikot. Haha.

  • Azlan and the typewriter punya persembahan dan solekan memukau. Mungkin Azlan memang suka solekan pelik-pelik bak kata Faizal Ismail adakah ia kulit telur? Haha. Tapi aku memang sokong lagu Idola menang, lagunya mengangkat perjuangan, penghargaan dan nama baik seniman dan artis-artis lama yang sudah meninggal dunia. Lagu sedih tau sebenarnya kalau kau orang dalami betul-betul lirik dia.

  • Pelangi Senja oleh Stacy boleh tahanlah. Lagu yang sedap sebenarnya tapi kalau kau orang perasan suara Stacy macam dah tak boleh nak tarik. Aku turut merasa kasihan, sakit tekak dia. Esok saya akan bawa Stacy ke klinik ok. Haha. Pelangi senja mengisahkan seorang wanita yang kecewa sebab tak tunaikan permintaan terakhir kekasihnya sebelum kekasihnya meninggal dunia.

  • Lagu Tanpamu oleh Amir Jahari sangat kreatif. Macam yang kau orang nampak dan lihat, mereka guna alat-alat terpakai ok untuk persembahan tu. Cuma boleh dilihat Amir Jahari macam gementar, tetap bagus cuma mungkin bukan rezeki nak menang. Lagu tanpamu sangat sesuai ditujukan kepada pasangan kekasih.

  • Merah mak ngah. Begitulah kata-kata puan ibu tatkala melihat persembahan Mojo Andaiku Bercinta Lagi. Siap ada penampilan istimewa Marsha gitu. Lirik lagunya berdasarkan kisah benar yakni sang suami yang sudah tertutup hatinya untuk jatuh cinta pada perempuan lain kerana bekas isterinya telah meninggal dunia. Hmm.

  • Persembahan lagu Simetri oleh Amy Search pheewwwit dan Hazama mantap lagi bertenaga. Persoalannya kini adakah mereka minum Alicafe sebelum buat persembahan? Haha. Kalau ada kategori lagu rock terbaik memang lagu ni lah yang menang. Sayangnya non hado.

  • Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat feat One Nation Emcees sangat ohsem. Ada budaya Sabahan gitu. Biasa yang persembahkan ala-ala etnik cuma Noraniza Idris saja zaman dulu kala. Anak kampung menceritakan kisah anak kampung yang memendam perasaan cintanya sebab dia merasakan dirinya tidak layak untuk kekasihnya. Mulanya aku target diorang dapat persembahan terbaik, tapi kecundang tekaanku. Sobs.

  • Vokal Hafiz dengan lagunya Ku Akui memang kau orang tak boleh sangkal lah. Kalau aku pilih Siti Nurhaliza vokal terbaik perempuan, maka lelaki ianya milik Hafiz. Liriknya mengisahkan kekasih yang menyesal sebab macam endah tak endah pada kekasih yang selama ini ada dengan dia. Persembahan dia paling simple sekali, tapi suara dia yang bikin tegak segala bulu roma ok. Tapi yang kelakarnya peminat dok perkatakan pakaian dia mahal. Tak macam tahun lepas pakai t shirt dengan seluar track saja. Haha.

  • Patah Seribu. Mungkin Shila Amzah kini sedang patah seribu hatinya gara-gara lagunya itu tak menang. Shila ada deklamasikan sajak sebelum mula menyanyi. Secara peribadinya aku memang tak target lagu dia untuk menang. Kepada kipas susah mati Shilalas mohon bertabah. Jangan risau, Shila tetap ada bakat yang bagus untuk dikembangkan lagi. Cewah gitu.

  • Terukir di Bintang nyanyian gantian oleh Aizat jadi juara AJL 27. Walaupun aku bukanlah kipas susah mati Yuna, tapi melodi, lirik, susunan muzik dia memang layak untuk menang. Bukan senang zaman sekarang nak dengar lagu yang melodinya ada macam style dulu-dulu kan? Aizat punya style serius lain, nampak dia begitu matang dengan misai comel dia. Haish. Haha.






  Baiklah, selesailah tugas saya menjadi tukang review tak rasmi. Mohon Harian Metro hubungi saya untuk jawatan yang selayaknya. Hahaha. Gelak bergolek-golek. Tahniah kepada semua pemenang. Kalah dan menang adat pertandingan ya. Salah dan silap dalam entri ini harap dimaafi. Happy Monday and Happy Blogging everybody =D

























No comments:

Post a Comment