Thursday, 30 August 2012

Kari Hijau Thai Ayam (Green Curry Thai)

Di sini saya hidangkan dua resipi dan cara memasak Kari Hijau Thai (Green Curry Thai) ala ala KFC tu.
Sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke 55, KFC telah hidangkan juadah hidangan Kari Hijau Thai (Green Curry Thai) walaupun tak sehebat rasa di KFC Thailand, tapi kira bolehlah. Kalau tak puas hati sebab karinya sedikit, di sini ada resipinya.

Bahan Untuk Dikisar (utk buat pes kari hijau)
1-3 batang serai, hiris halus
1 -10 biji cili hijau atau cili padi siam, hiris halus (ikut tahap kepedasan yang dikehendaki.)
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 ulas bawang putih, cincang
1 inci halia
1/2 cawan daun ketumbar (termasuk akar dicincang kasar)
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla) atau budu
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis/kasturi
2 camca teh gula perang/1 kerek nissan
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas (dihiris)
4 helai daun limau purut
500 ml santan cair
300 ml pati santan
Jus limau nipis secukupnya
Daun selasih secukupnya (anggaran 1 genggam)
3 biji cili padi thai, diketuk (kurangkan pedas)

BAHAN KARI HIJAU THAI
1 ekor daging ayam
Pes kari hijau thai (resipi di atas)
Air stok ayam (atau 1 kiub ayam)

Bahan-Bahan Sayur (boleh ikut selera sendiri)
1 biji Terung (potong sederhana - jangan terlalu nipis
1 biji tomato, belah 6
Lada benggala hijau & merah (potong dadu)
Kacang panjang / Kacang buncis (hiris serong)
Tomato (dibelah 2 atau 4)
2 biji kentang
Sukatan dan ukuran semua bahan-bahan boleh diubah ikut selera dan kesesuaian masing-masing.

Kaedahnya
1. UNTUK PES KARI HIJAU THAI, sediakan bahan pes dan potong kecil. 


2. Kisar halus hingga semua lumat. 
Kalau nak buat simpanan dalam peti sejuk, jangan letak santan, air limau, nampla/budu, gula merah, hanya tinggalkan sayuran sahaja. 

3. Dengan api sederhana, panaskan kuali dengan minyak & tumis pes kari tadi sampai naik bau wangi. 
**Jika pes berasingan dengan santan, masukkan santan, air limau, nampla/budu, gula merah & kacau  sebati.

4. Masukkan ayam, stok ayam (kiub ayam pun boleh) dan kacau sebati. Kacau sebati. Tutup kuali dan biarkan mendidih dengan api sederhana selama 15 minit. Kacau sekali sekala.
Apabila ayam sudah hampir masak, masukkan bahan-bahan sayur.Kacau dalam 5 minit.
Padam api dan kari sudah siap untuk dihidangkan. Hiaskan dengan daun ketumbar & hirisan limau nipis.

6. Dah siap. 
SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 23 August 2012

Resepi Satar Ikan

Bahan-bahan ( 5 orang makan )
400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang) atau ikan selayang [ambil isi saja]
100 ml air asam jawa (dari 1 cm asam jawa)
8 biji buah keras
2 cm halia, di cincang halus
3 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, di cincang
150 g kelapa muda putih (diparut)
garam secukup rasa
1/2 camca gula
1 cm belacan
2-3 biji lada merah atau cili kering, di cincang
1-2 cm serbuk lada
1 helai daun salam, di mayang
1 helai daun kunyit, di mayang
Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur untuk dibentuk kun dan masukkan adunan ikan
Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6) atau lidi


Cara-cara

-Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan.
-Ikan dan kelapa ditumbuk.
-Bawang, cili kering dan halia dikisar.
-Gaul kesemua bahan hingga sebati.
-Ikan dan kelapa ditumbuk.
-Bentukan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan ke dalam kelonsong kun tadi.
-Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh.
-Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar.
- Bakar di atas bara api hingga keemasan (seperti pulut udang). Masa membakarnya, api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak.
 -Angkat dan buangkan daun pisang dan hidangkan

Saturday, 4 August 2012

Trending 2012: Isu kahwin dan bertunang di usia muda



Salam semua :)





    Artikel ini ditujukan khas kepada para jejaka kacak dan gadis jelita yang sedang merancang untuk berkahwin muda, atau bak kata omputehnya early marriage.  Oh ye, ini juga peringatan dan nasihat kepada mereka yang baru saja melangsungkan perkahwinan tatkala diri masih lagi bergelar pelajar.  Take note ye :)




credit to blog irine nadia marcello :)












Assalamualaikum dan salam Ramadhan.







Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."










Semalam dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"





Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.



Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.





Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.









Artikel ini kredit penuh kepada :






Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.


honeykoyuki.blogspot.com









p/s:  Baik pihak lelaki atau yang perempuan, fahamkan dulu erti tanggungjawab dalam rumahtangga.  



Friday, 3 August 2012

Resepi Qatayef atau Qatawef (Apam Balik Arab)

Makanan popular tika Ramadan di Mesir : Qatayef

Makanan yang begitu popular di Tanah Arab di bulan Ramadan. Dikatakan berasal sejak dari zaman Abbasiyyah di Mesir.

Bentuk dan rasanya seakan Pan-cake dimakan dengan pelbagai cara dan pelbagai bentuk bersama krim, madu, jem, juga keju. Qatawef juga digoreng dengan berintikan kacang.

Dihidang ketika berbuka bersahur dan kadang-kadang sebagai "desrt" ringan selepas makanan berat.

Ada juga pelajar Malaysia yang makan bersama Lempok Durian hantaran buah tangan emak yang dikirim dari Malaysia.

Cara pembuatannya seakan Lempeng ; hanya menggunakan adunan campuran tepung, perisa vanila, dan air kemudian dituangkan ke dalam kuali permukaan rata dalam bentuk bulat kecil-kecil seperti dalam gambar.

Tempoh Penyediaan 15 minut
Tempoh Memasak 20 minute
Jumlah hidangan 10 unit

1 tin krim NESTLÉ® atau 170 g
2 cawan susu atau 500 ml
½ cawan tepung jagung atau 60 g
1 sudu air mawar
20 keping qatayef siap sedia. Jika hendak buat sendiri, rujuk bahan lempeng di bawah.
2 cawan minyak untuk menggoreng
3 cawan gula atau 750 ml
2 sudu kacang pistachio ditumbuk untuk hiasan. Boleh guna kacang tanah atau gajus ikut selera

Bahan Untuk Lempeng
* 3/4 cawan yis
* 1 1/2 cawan air suam
* 1 sudu gula
* 1 1/2 cawan tepung
* Garam
* Minyak untuk menggoreng


Cara membuat lempeng Qatayef
Campurkan yis dengan gula dan 1/4 cawan air. Kacau hingga larut.
Ayak tepung dan garam.
Campurkan 1 cawan air dan bahan yis yang dikacau tadi dan gaulkan dengan sudip kayu.
Jika ia mengembang, kacau adunan dengan lembut.
Tutup mangkuk dengan kain dan letak di suhu bilik selama sejam atau sehingga adunan naik.
Panaskan kuali dan sapukan minyak dengan nipis sekeliling kuali. Minyak jangan terlalu tebal.
Tuangkan adunan dengan sudu ke atas kuali panas dan jadikan ia bentuk leper dengan ketebalan sekitar 1-2 cm. Macam buat apam balik juga ni..
Goreng sehingga keemasan. Angkat dan sejukkan.

Penyediaan krim:
Campurkan krim NESTLÉ®, susu dan tepung jagung ke dalam periuk. Didihkan ia sehingga ia akan pekat, campurkan air mawar kemudian asingkan dari api untuk disejukkan.

Apabila sudah dingin, letakkan krim tersebut di atas kepingan qatayef.

Goreng sehingga warna keemasan. Apabila sudah masak, angkat dan taburkan gula. Jika hendak buatkan gula tersebut dalam bentuk sirap, maka kenalah didihkan gula menjadi air gula (sirap).

Hiaskan dengan kacang pistachios.

Selamat Menjamu Selera...


Thursday, 2 August 2012

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan
1/2 kilo siput sedut
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
sedikit halia
sebatang serai
1 biji kelapa diparut
garam secukup rasa
sedikit kunyit
sedikit gula

Cara-cara
Perah santan dan dapatkan santan pekat. Santan yang cair diasingkan.
Cuci siput sedut sehingga bersih, gaul dengan hampas kelapa tadi dan dibiarkan beberapa jam. Ini membuatkan bau lumpur hilang dan siput sedut akan lebih sedap. Pastikan bekas ditutup kerana siput boleh merayap.
Bawang-bawang, cili api dan halia dikisar atau ditumbuk untuk dijadikan bahan tumis.
Bersihkan siput dan potong belakang (hujung)
Tumiskan bawang, cili api dan halia, masukkan santan cair dan masukkan siput sedut. Masukkan juga garam,gula dan kunyit serta batang serai yang dititik.
Apabila masak, masukkan santan pekat dan didihkan sebentar dan kemudian matikan api.
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Resipi Ketam Masak Lemak Cili Api

Ketam Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan:
ketam 1kg
serai 3 batang, dititik
daun kunyit 2 helai
garam 2 sudu teh/secukup rasa
gula 1 sudu teh/secukup rasa
asam keping 2 keping
lengkuas 3 cm, ditumbuk sedikit
santan pekat 300ml
air satu gelas

Bahan-bahan untuk dikisar:
bawang merah 10 ulas
bawang putih 4 ulas
halia 2cm
kunyit hidup 4cm
cili padi 10 biji

Cara:
Bersihkan ketam dan belah kepada 2 bahagian.

Campurkan kesemua bahan-bahan (kecuali ketam) ke dalam periuk dan kacau perlahan-lahan secara berterusan sehingga mendidih.

Masukkan ketam. Tutup api setelah ketam masak.
Tambahan:
Jangan masak ketam terlalu lama kerana menyebabkan isi ketam keras dan rasa manis isinya akan hilang.