Saturday, 31 March 2012

TIPS BLOGGER : JANGAN SOMBONG ^_^

             Salam sejahtera cik akak, cik abang, cik adik, incik ayah, puan ibu , pembaca-pembaca sekalian .  Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana mood untuk berblogging kembali semula, sepertinya perasaan jatuh cinta kali pertama dalam dunia blogging yang super gempak. Mari kita teruskan agenda kita hari ni , ini tips untuk semua blogger, tak kira lah awak tu newbies ke dah famous amos tersangat ke, sedang-sedang macam aku ke tak kisahlah, kita semua sama saja faham.  ini tips untuk kita bersama untuk dipraktikkan sehabis baik . Habis pendahuluan.
 





muka nak mintak pelempang laju-laju 


             Jangan sombong. Aku pasti kalian tahu apa itu sombong. Buat-buat tak tau lagi ye, fine-fine, sombong boleh disimpulkan sebagai menghargai diri secara berlebihan, meninggi diri serta angkuh lagi bongkak bahkan merasakan diri lebih bagus daripada orang lain, memandang rendah kepada orang lain dan lain-lain yang seangkatan dengannya.  Oh ye aku tidak menuju entri ini spesifik kepada sesiapa. Entah-entah ada terdetik di hati kalian siapalah budak ni, hanya blogger yang masih hijau lagi seperti bayi comel yang sedang belajar bertatih. Ada hati lagi nak bagi tips-tips kunun. Aku peduli apa, ni tips untuk kita bersama faham.


         Sebagai blogger, antara 5 tips untuk mengelak dicop sebagai seorang blogger sombong ialah :


  • Bila ada kawan blogger tinggalkan jerit pekik kat kotak shout korang yang comel lagi kawaii tu silalah balas semula bila ada masa lapang. Penat-penat kawan tu pecut laju2 berblogwalking, korang tak balas pun.  Kecik hati beliau, tahu. Aku tak nafikan aku selalu lambat balas jejak korang , tapi sekurang-kurangnya aku balas. Aku akan tengok history , pergi satu-satu balik. Kecuali memang aku tak online berhari-hari atas sebab2 tertentu.

  • Bila ada kawan blogger dah cakap "saya follow sini" , "jemput ke blog dan folo saya juga" atau kata-kata sewaktu dengannya. Senang, follow saja kawan baru kita tu. Tapi aku selalu menghadapi masalah bila aku nak folo balik ada yang tinggalkan link url blog yang salah, dekat profile pulak, tak ada link blog sendiri, macam mana dong? Aku tak kisah sangat soal follower yang penting hubungan baik sesama blogger. Kalau aku tak folo korang pun, jangan risau sebab insyaallah aku akan selalu datang jengah korang ok.

  • Bila awak perasan ada kawan blogger selalu , rajin komen2 entri awak yang tak seberapa tu, apa kata awak rajin kan tangan komen2 , conteng2 kat entri dia pulak. Komen tu salah satu tanda penghargaan kepada seorang blogger okey. Tapi make sure korang tak tengok tajuk je lepastu skroll laju2 kat bawah terus komen. Kang tak pasal-pasal komen korang tu tak da kena-mengena, Kantoi disitu korang tak baca betul2 entri beliau.

  • Bila ada kawan blogger bagitau "saya klik nuffnang awak, saya picit2 churpy awak" dan sebaris dengannya, apa salahnya klik beliau punya juga. Sama-sama berblog, sama-sama dapat faedahnya. Tolong-menolong kan amalan mulia. Tapi aku menyirap betul kalau ada yang bagi link churpy, says bagai dekat shoutbox . Itu tempat tinggal jejak blog, bukan iklan mu pahe dak?

  • Jangan memilih kawan. Korang jangan lah mentang-mentang korang tu tak kenal langsung kawan baru yang datang kat blog korang, kebetulan dia hanyalah blogger picisan , newbies, korang memutuskan untuk tidak melayannya. Oh mungkin juga kerana korang terlalu popular , followers beribu-riban sampai tak terlayan kan ? nak kawan dengan orang-orang seangkatan dengan korang aje, amboi siapa ajar ni hah!  kalau tak ada orang datang blog kau, kau pun tak akan dikenali lah .fine, aku buat muka marah, muahaha.



         Dah dah. lagi panjang wa taip lagi berjela wa melalut. Ingat tau, ni pun pesanan untuk diri aku sendiri jugak sebenarnya. Aku pun nak ambik kesempatan minta maaf kalau2 ada yang terasa hati dengan aku ke tersentap ke ok #buat muka comel , mata sparkling ^_^




         p/s:  Banyak kali saya tinggal jejak kat blog awak, tapi satu pun awak tak pernah balas, ok fine saya sedar siapa saya walaupun saya nampak je awak g jerit2 kat blog orang lain, ok saya faham saya blogger biasa je pun, kan?  -,- 


#macam biasa ada komen, pandangan , nak share pasal topik di atas, silakan,terima kasih :)

Tuesday, 27 March 2012

WORDLESS WEDNESDAY ^_^

ASSALAMUALAIKUM CINTA
*waalaikumsallam rindu 
















p/s:  Pada hari Rabu, semua blogger akan post gambar ke dalam blog tanpa sebarang kata-kata, hanya gambar akan menceritakan Hari Rabu mereka  ^_^

Tuesday, 20 March 2012

Don't leave me ^^



            Hai hai hai..bertemu kembali dalam rancangan "Blogku Blogmu Jua"...Malam-malam yang dingin ni , lepas layan mood romantika rajin pula jari aku ni nak eksesais, oh exercise actually -_- .  peh mukadimah aku entah hape-hape ..ada sesiapa perasan tiba-tiba entri harini tak dimulakan dengan ucapan Salam ? ok fine,fine.. balik semula, balik semula.  Salam semua geng blogger comel lagi kacak , malam ni aku nak sharing is caring satu perkara yang bukan kesukaanku.  Oh rasanya kesukaanku juga bukan kesukaan kalian, cis apa aku merepek ni hah!!



Salah satu perkara bukan kesukaan aku ialah kena tinggal atau erti kata lainnya ditinggalkan.






             Aku ni dulu dijaga atuk dan nenek, jadinya pantang betul aku kalau arwah atuk merempit nak pegi kedai Apek naik moto Honda kaler kelabu lepastu melepak bersama rakan-rakan beliau tanpa membawa aku.  Sila abaikan susunan ayat aku yang berterabur, emosi je lebih.  Aku suka betul pegi kedai dengan atuk pasal atuk akan redha je tengok aku selamba ambik gula-gula warna-warni, aiskrim paddle pop rainbow , cekedis a.k.a jajan.  oh ada lagi aku suka beli buku nota kecik yang ada gambar kartun2 mickey mouse , minnie mouse, winnie the pooh bagai.  aku tau korang pun suka kan, hehe.


         Kalau dengan nenek pulak, bila time dia komplot baik punya dengan makngah aku pegi bandar tanpa membawa aku.  Aku balik-balik sekolah agama je tengok apahal hal lah banyak beg plastik yang masih berbau kedai.  Hah, mula lah aku merengek buat muka comel mintak pelempang .har har har.  Contoh lain kena tinggal tak bawak pegi beli barang dapur, gila tak meroyan, tak dapatlah aku nak beli permainan gegirl kalau aku tak ikot ..hek eleh gedik betul aku ni kan  -,-


         Dulu zaman sekolah aku ada adik angkat , ceh korang pun haruslah ada kan, kan. Bila masuk Form 4 beliau nak pindah sekolah lah ceritanya.  Masa dapat mesej dia bagitau nak pindah je, aku dah tak keruan. tak senang duduk ke kiri ke kanan macam drama tv scene bini nak bersalin .  Masa akak angkat aku nak pindah sekolah pun aku melalak jugak..haha aku ni penuh emosi betul lah. eh salah, aku ni penyayang baru lah betul ^^


         Aku ni bukan jenis tak boleh keseorangan ye, sila jangan salah faham.  Tapi aku sangat tidak minat ditinggalkan dalam apa jua topik.  Itu saja.  Sekian, terima kasih sudi baca, ada mau sharing, silakan.  


P/s:  Dulu aku antara kaki blogwalking tegar di tengah malam bila tiba waktu cuti sem, tak percaya baca entri ni tau =) klik sini, klik sini .
         
          




Sunday, 18 March 2012

PEREMPUAN MEMANG HIPOKRIT ?



SALAM





           hai hai hai ^^,,peh rindu banget sama kamu semua.. rindu aku tak? har har har : D  kejadahnya soalan tak bermanfaat untuk dijawab. Aku percaya dalam kalangan pembaca blog ni kebanyakannya perempuan..jika tak pasti jantina sendiri, sila masuk tandas dah periksa betul-betul. adakah saya melucah no no no.  Aku ada 1 kata-kata bermadah nak dikongsikan bersama awak-awak yang tercinta TERUTAMANYA WANITA :






"Semasa kita kecil molek zaman bayi dulu, kita selalu menangis kuat-kuat sebab nak menarik perhatian ibunda tercinta "






*alasan-alasan menangis sampai tersedu-sedan tak lain tak bukan nak menyusu lah tak faham lagi ke =,="






      Sebagai contoh..di siang hari , di depan sahabat-handai kau selalu macam ni :








     


       Kau tanya diri sendiri lah..bila masa korang ketawa terbahak-bahak tapi mata mantain tak sparkling? gelak bagai nak rak, 1 universiti boleh dengar betul tak? ,ok saya tipu.





     

 Tapi kadang bila malam..mood romantika dan sedu-sedan kau dah datang, kau jadi macam ni pulak :











"Tetapi bila kita sudah dewasa lagi besar gedabak , kita akan menangis seperlahan yang mungkin sebab tak nak sesiapa pun tahu kita bersedih"  





       Ohoiiii, apa kes Mak Jemah? kau menangis melalak sorang-sorang meroyan meratapi nasib diri..pehhh tragedi Oktober lah pulak kan.  Siap cover-cover guna selimut kunun hahaha ..kau akan menangis seperlahan mungkin, sikit pun kau tak nak orang lain tahu ..sambil-sambil tu kau lap hingusan cair yang dah dok meleleh je , betul? 








apa pendapat awak semua?


terima kasih sudi baca ^^






       Pesanan penaja :  Minggu final exam tidak menghalang diri untuk mengupdate entri bunga-bunga di blog tersayang =)..lagi satu terima kasih tolong jaga blog saya =)