salam semua...
malam ni sis nak share pada u all tentang boypren korang..yg tak ada bf?
jangan sedih boleh baca untuk masa depan..hehe..baca dan cuba selidik your bf..
mesti ada yg betul..jengjeng..dupdapdupdap..
- Lelaki suka kan gadis yg seperti ibunya..tapi bukan part yang membebel..
- Lelaki benci bila kekasih mereka 'dingurat' lebih2 lagi oleh kawan mereka sendiri(walaupun dalam nada bergurau)
- Memang lelaki mudah tertarik dan cuba melirik pada gadis lain tapi hanya akan fikirkan tentang gadis yg benar2 mereka sayang sebelum tidur..
- Jangan sesekali mengapi-apikan lelaki, dia boleh mengamuk meletoppp booom!!sekalipun dia nampak nerd..
- Seorang lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan tidak terlalu berharap pada permulaan hubungan..
- Apabila seorang lelaki asyik errrmmm..dan berfikir terlalu lama, tidak mahu menurut kemahuan kamu dgn beribu macam alasan, itu tandanya dia kurang menyenangi kamu..
- Ketika seorang gadis mengatakan tidak, tak mahu..lelaki menganggap jawapan itu sebagai cuba lagi..
- Lelaki boleh mengagumi wanita yg dicintainya 101% walaupun wanita itu tak secantik Lisa Surihani..
- Lelaki akan cuba mendapatkan bear yang cantik untuk kamu tapi pasti kadangkala pilihannya salah..
- Jika seorang lelaki itu menempuh pelbagai dugaan sepanjang berhubungan dengan anda, adalah lebih sukar untuk lelaki itu melepaskan kamu..
- Bukan 1perkara mudah bagi lelaki melupakan kenangan bersama kekasihnya terutamanya sudah 3 tahun ke atas
- Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika tidak dia tidak akan matang dalam hubungan..
- Ketika lelaki menghadapi kesulitan, lelaki tidak akan menyalahkan kekasihnya tetapi tetap menyalahkan diri sendiri dan boleh mendatangkan kecederaan pada tubuh sendiri..
- Jika lelaki mengatakan dia mahu bersendirian, dia bermaksud "jangan pergi, temankan saya"
- Apabila seorang lelaki berkata dengan serius..adalah penting untuk anda tumpukan sepenuhnya terhadap kata2nya..
- Seorang lelaki boleh mengetahui gadis itu suka padanya, tapi tak pernah yakin sehingga gadis itu mengakuinya..
- Lelaki cintakan gadis yang pandai memasak atau membuat kek..amat cinta..
- Kawan baik bf lebih mengetahui dirinya, so guna peluang ini!
- Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutamanya topik perempuan..
- Kalau seorang lelaki memandang kamu ada 2 maksud iaitu memuji kamu atau mengutuk kamu,,
- Apabila anda dapat menangkap bf curang dan dia minta peluang ke2, berikan..jika dia ditangkap lagi dan minta peluang lagi, tinggalkan saja kerana kamu sedang dipermainkan,,
- Anda boleh melihat atau merasa kesakitan dan kelukaan lelaki yg jujur apabila dia menangis di hadapan anda..
- Lelaki suka gadis yg manja tap bukan gedik tak tentu pasal..
- Lelaki lemah apabila orang tersayang menangis kerananya..
- Seorang lelaki sangat suka dimanjakan oleh kekasihnya walaupun muka ganas badan sasa..
- Jangan terlalu berkias dengan lelaki kerana lelaki lebih suka berterus terang..
- Kebanyakan lelaki akan memandang tubuhmu dahulu terutama dada kemudian baru muka.
- Lelaki akan sering terfikir tentang gadis yg menyukainya tapi tak bererti dia akan membalas rasa suka itu..
- "Awak buat apa, dah makan". jika ini soalan pertaman sebaik anda menjawab telefon, itu tandanya dia gementar..
- jangan usik2 rambut lelaki kalau tak nak lihat mereka berkerut...
- Lelaki suka gadis yg bersih dan ceria..
No comments:
Post a Comment