Salam 1Malaysia..
Pagi tadi rasmi sudah event student part4 fakulti kami..
Tajuk? “Green Campus Campaign”
Alhamdulillah, majlis lancar.. Cuma ada juga masalah audio berlaku waktu Dato Pengarah we all bkobar-kobar berucap,hehe..
Ok..rasanya semua orang tau, bila sebut green2 je berkaitan dengan alam sekitar..
Alam yg Tuhan anugerah kan pada kita untuk dimakmurkan dan dijaga sebaiknya..
Tapi..adakah u all sedar bahawa kita sebenarnya tak menghargai pun alam kita ni?..
Lagi2 dalam negara kita sendiri..sana-sini sampah..ye..memang kita ada pekerja yg tugasnya khas untuk membersihkan sampah2 tersebut,,tapi di mana tanggungjawab kita sebagai satu komuniti yg lain? Di mana letaknya rasa cinta dan sayang kita pada alam sekitar yg kita tak bayar satu sen pun pada Tuhan utk kita guna dengan bebas ..
Memang perangai rakyat Malaysia:
· Bila dah siap merokok, puntung rokok buang ke bawah, pastu pijak dengan kasut..betul?
· Makan gula-gula 2biji seposen, sampulnya buang merata-rata..betul?
· Dapat air mineral atau air kotak free, lepas minum campak tepi longkang..betul?
· Beli jajan makan dengan awek/pakwe, kalau terjatuh, tak pungut pun..bekas mister potato pun biarkan je kat taman tempat u all dating..betul?
· Nak buang sampah kat tong sampah depan rumah pun tak letak elok2..biarkan gitu aje tak bertutup..betul?
Ni semua realiti..macam mana kita boleh hidup dengan bumi kita yg kotor..dan yg mengotorkan bumi kita adalah diri kita dan tangan kita sendiri..betul?
Sayangilah bumi yg Tuhan pinjamkan pada kita..
No comments:
Post a Comment