Friday, 11 March 2011

FAKTA MEMBIMBANGKAN AKIBAT ROKOK!

SALAM..selamat pagi..
semalam daku melihat betapa ramainya warga Malaysia dan bukan warga Malaysia yang enak menghayati asap rokok..
di ulang lagi ROKOK!..
tak bimbangkah mereka ini?nak bimbang apa..?
ok teruskan membaca..


Fakta Membimbangkan Akibat Merokok


•50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
•Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
•Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat.  25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
•60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
•Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
•Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.


Saya tak tipu..ini kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia..
betapa enak dan  nyummy nye mereka menelan bahan toksik dalam tubuh yang puncanya daripada sebatang rokok tak kisahla jenama mahal ke murah..
tapi jom meneroka tubuh si perokok,,
adakah anda mahu menjadi seperti ini?



 
Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
 
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
 
Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia


 Metanol  Bahan Api
 Nitrobenzena  Gasolin
 Karbon Monoksida  Asap kereta
 Butana  Cecair pemetik api
 Raksa  Logam dalam jangka suhu
 Vinil Klorida  Bahan utama plastik
 Toulena  Pelarut industri
 Ammonia  Pencuci lantai
 Arsenik  Racun tikus
 Kadmium  Bahan utama bateri alkali
 Stearik  Bahan utama dalam lilin
 Sianida  Racun berbisa
 
Infoline berhenti merokok
03-8883 4400
www.infosihat.gov.my atau  www.myhealth.gov.my

No comments:

Post a Comment