SALAM...
ahhh kenapa hari ni sis cerita pasal lelaki vs wanita ni?
tapi memang seronok cerita tentang 2 jantina ini..
ok, jom selami hati seorang wanita pula..ibu,anak,isteri,kekasih,nenek tak kisahlah asalkan namanya
wanita.. SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .
CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang kala ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .
HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak ..walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .
IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu dan jangan sesekali diragui..mereka tidak akan berterus terang, sebaliknya meminta kamu menilainya sendiri,,
KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah dalam hidupnya..
PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .
MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama jantina .
EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .
CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus..dan jangan kamu melukainya dengan berpaling pada wanita lain..
AIR MATA: AIR mata wanita biasanya diaggap tanda kelemahan paling ketara bagi kaum lelaki..tapi tahukah anda, air mata wanita yg menjadi senjata paling tajam terhadap sesiapa pun..
BOHONG: JIKA seorang wanita atau pasanganmu mengatakan dia tidak bersedih atau berduka..dia sedang berbohong kpdmu..dan bila wanita mengatakan dia sangat bahagia denganmu, dia sedang menangis kegembiraan di dalam hatinya..
SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan..
No comments:
Post a Comment