Tuesday, 29 March 2011

maaf, sangat sibuk sampai habis final exam!

salam dan salam sejahtera..salam 1 malaysia..



entry ku senang saja..baca tajuk mesti dah faham kan..sekarang sis dah dekat sangat nak masuk medan pertempuran ala2 dalam Merong Mahawangsa..eceh,gayanya macam dah tengok.2 minggu saja lagi final exam akan bermula..wah..takutnya!omg, so scary!

segala asgment dah kena dihantar..presentation pun kena habiskan cepat..kuiz2 pun kena langsaikan dalam masa 2 minggu dari sekarang..

oleh itu, aku sibuk..ye sangat sibuk..tapi semalam sempat juga keluar bandar g celebrate bday kawan..

hehe..dan yg paling sis sedih ni..terlepas banyak gilaaaaaa segmen Ben Ashaari..rugiiiiiii sangat2..

ada segmen bloger baru pulak tu..hish..tak pelah mungkin di lain masa , insyaallah..



ok, jumpa lagi..ahlan wasahlan..

Monday, 28 March 2011

Resepi Kimchijeon (Korean Pancake)

Bahan-bahan:
1 cup kimchi
3 sudu mkn air kimchi
2 sudu mkn bawang dikisar
1 telur
1/2 cup tepung gandum
1/4 cup air
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Bawang dipotong dadu dan potong kimchi lebih kurang 1cm.
2. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.
3. Panaskan kuali leper dan letak minyak sedikit.
4. Letakkan adunan tadi di atas kuali dan ratakan (jangan tebal sangat)
5. Masak sehingga berwarna keperangan dan terbalikkan.
6. Apabila  telah masak angkat, potong kimchijeon dan hidangkan.


MLM Online Terbaru
Gelombang terbaru di Malaysia
Jadi terawal bersama
www.zbmworld.co.cc

GEMUK?? Nak Kurus??
Dapatkan produk TERKINI
Sambil jana pendapatan anda
www.rxlite.co.cc

Mengapa JPrune?
Anti Oxidan 2x lebih tinggi dari berries
Membantu mengurangkan berat badan
www.zbmworld.net

Ad Here
[ZBM Perfect World - Pelan Bonus Era Baru ZBM dijamin ADIL dan SUKSES.]
[Rxlite - Produk Pelansingan TERKINI]
[Internet Radio Live]
[Download Lagu Percuma]

Thursday, 24 March 2011

blogger cantik melecun, kacak bergaya jadi pilihan...

salam semua..selamat malam..

mungkinkah anda blogger kacak lagi bergaya? atau mungkin blogger yg cantik lagi cun melecun?

hemm itu bonus..jawapan cukup klise bagi sis..

asal muka cantik, dahi licin..kacak bergaya macam hero remaja orang memang akan prihatin..eh silap..perhatian..beri perhatian..betul tak?

kalau tak percaya tengoklah berapa ramai follower bagi blogger lelaki yg handsome..fuhhh..berderet-deret..

yg perempuan pun tak nak kalah..tu  pasal kasi pampang gambar banyak2 eh?huhu

jadi, apa yg terjadi sebenarnya?

follow untuk jadi follower setia bagi entry2 beliau atau setia sebagai peminat fanatik si kacak dan jelita semata-mata?







Wednesday, 23 March 2011

tak perlu tepek gambar gedabak tapi entry hampeh..

salam semua..

banyak pendapat blogger yg sis baca mengatakan tak minat dengan blogger yg dok suka tayang gambar banyak2 dalam blog..

aihhhh...agak sukar juga situasi ini..cis, ayat skema sungguh!

sorry to say, memang kebanyakannya yg buat macam tu blogger perempuan..

apa motif mereka ye?ishh..ni ada kejap lagi kena serang,huhuu

pada pendapat saya blogger baru..

tak perlu letak berderet-deret gambar u all,,apatah lagi gambar yg memang buat lelaki boleh ngigau malam2..

hoiii seram gila!

lagipun nanti lambat nak bukak, kang ada terus kena pangkah..rugi kan..

kita nak baca entry yg ada manfaat, yg boleh kita kongsi pendapat..

bukan berebut-rebut dok tayang muka yg penuh dengan mekap opera..dusta semata-mata..cis!




ni sumpah comel!
psst..susah2 sangat..buat 2 blog..yg lagi satu blog tu bagi nama fotokudiblog!kui3


dulu sayang sekarang benci?

salam semua..

anda pernah bercinta lalu putus cinta?hmm saya sure pasti kalau tanya pasal ex boy atau ex girl u all, mesti masing2 berkerut-kerut muka tu..betul tak?paling tak pun, lebih kurang camni lah ayatnya;

"eee...dahla,tu semua kisah silam..malas nak ingat lagi.."

masa bercinta, semua indah..semua milik korang..cinta, kasih, sayang bagai nak mati bersama..huh!

masa bercinta, muka yg tak kacak tu lah yg nak dok hadap hari2, kalau dapat muka kacak, pantang ada perempuan lain senyum, mula tarik muncung boleh sangkut baju dalam cap Pagoda..

masa bercinta, awaklah segalanya..awek kena ngurat dengan mat bangla, cepat2 protect,,huh..

tapi..

bila dah putus...

semua jadi pahit macam panadol active fast..mula la dendam itu ini..haha ni pun aku tergolong,kah3 sesekali jahat kan apa salahnya..mulalah menyesal..sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya..



apapun, jangan terlalu ikut kata hati..sayang biarlah berpada-pada..

kita tak nak dahulu sayang, kemudian benci..



gambar propa saja..hahaha..


Tuesday, 22 March 2011

good luck spm student's!!!

SALAM semua..

hehe dup dap dup dap..

mesti jantung budak2 yg nak ambil result spm esok bagai nak pecah..eceh..

sis jadi teringat masa zaman ambil result dulu..peh..ayat macam dah beribu tahun kau tinggalkan zaman sekolah tu..huhuhu



malam tu bukan main panjang doa,hehehe..esok pagi dah tak bermaya nak sarapan..

sampai sekolah lagila..sejuk je tangan..

macam2 adengan panas yg boleh kita tengok..ada yg menangis gembira..ada yg melompat keterujaan..

ada yg muka tak ada perasaan..ada yg menangis menyesal tersedu-sedu..

ahh memang confirm la esok ada semua ni..

apa2 pun, miss my school..good luck for spm students..

Thursday, 17 March 2011

BEN ASHAARI: LELAKI VS PEREMPUAN KERANA FIZIKAL



SALAM SEMUA...

oleh kerana hari ini ada masa sedikit yg lapang, maka sis pun join la segmen BA kali ni..

siapa2 yg belum join boleh la join sama ye?  kita kerjakan BA ramai2..kita bako dia..bako...hehe



1.Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?


-Pernah..daya tarikan sifat sederhananya..


2.Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
ya- konon2 nanti kita ada body guard,hehe
tidak-kalau fizikal je besau gedabak, tapi tetap tak berupaya nak lindungi anak isteri..


3.Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
badan tegap..naluri perempuan memang begitu..tak ada pulak perempuan suka lelaki lemah gemalai..


4.Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ? 
berisi atau tidak bukan kayu pengukur kebahagiaan sesebuah perkahwinan..kesian orang yg memang kurus..hehe


5.Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..


semua terletak pada hati dan niat..menilai orang bukan dari luaran semata-mata..tapi kenyataan memang senario hari ini nampaknya begitulah..


6.Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia '  ..


contoh si dia la..hehe..yg bersederhana saja dalam apa2 keadaan..sebab yg keterlaluan bimbang sukar dibendung, yg terlalu lemah pula macam mana nak jadi ketua keluarga yg baik..


7.Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
alhamdulillah..asalkan sihat walafiat..


8.Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
jawapan sama seperti di atas..tapi terlebih sihat sebab kuat makan,hehe


9.Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
kalau belum kahwin, tak perlu..kalau dah kahwin mesti patuh kehendak suami..


10.Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
tak pasti..cara mudah,amalkan gaya hidup sihat, tak payah membazir duit dan jgn terlalu obses nak kurus..
http://www.benashaari.com/

ORANG MALAYSIA MEMANG TAK MENGHARGAI ALAM..betul/salah?

Salam 1Malaysia..
Pagi tadi rasmi sudah event student part4 fakulti kami..
Tajuk?  “Green Campus Campaign”
Alhamdulillah, majlis lancar.. Cuma ada juga masalah audio berlaku waktu Dato Pengarah we all bkobar-kobar berucap,hehe..
Ok..rasanya semua orang tau, bila sebut green2 je berkaitan dengan alam sekitar..
Alam yg Tuhan anugerah kan pada kita untuk dimakmurkan dan dijaga sebaiknya..
Tapi..adakah u all sedar bahawa kita sebenarnya tak menghargai pun alam kita ni?..




Lagi2 dalam negara kita sendiri..sana-sini sampah..ye..memang kita ada pekerja yg tugasnya khas untuk membersihkan sampah2 tersebut,,tapi di mana tanggungjawab kita sebagai satu komuniti yg lain? Di mana letaknya rasa cinta dan sayang kita pada alam sekitar yg kita tak bayar satu sen pun pada Tuhan utk kita guna dengan bebas ..


Memang perangai rakyat Malaysia:


·        Bila dah siap merokok, puntung rokok buang ke bawah, pastu pijak dengan kasut..betul?
·        Makan gula-gula 2biji seposen, sampulnya buang merata-rata..betul?
·        Dapat air mineral atau air kotak free, lepas minum campak tepi longkang..betul?
·        Beli jajan makan dengan awek/pakwe, kalau terjatuh, tak pungut pun..bekas mister potato pun biarkan je kat taman tempat u all dating..betul?
·        Nak buang sampah kat tong sampah depan rumah pun tak letak elok2..biarkan gitu aje tak bertutup..betul?


Ni semua realiti..macam mana kita boleh hidup dengan bumi kita yg  kotor..dan yg mengotorkan bumi kita adalah diri kita dan tangan kita sendiri..betul?


Sayangilah bumi yg Tuhan pinjamkan pada kita..


Tuesday, 15 March 2011

Kenapa gabung nama makwe dan pakwe?


salam..

 tak sedar jam menunjukkan hampir 2 pagi..

hmm u all pernah gabung nama makwe pakwe?

mesti pernah kan..

apa rasionalnya ye?

tadi sis buka fb sbentar,,dan terperasan yg seorang rakan telah menukar namanya daripada gabungan jadi single gitu..

ye, memang selalu dan banyak yg buat macamtu..dan memang kebiasaannya si gadis yg buat..

bila cinta berbunga kembang, semuanya nak bersama-sama..

tapi bila cinta dah layu tak bersiram dengan tukang kebun,,hmmm hampeh..

habis buang semua gambar, nak koyak2 je semua kalau boleh..nama pun dah tak gabung..menandakan sudah kembali single mingle..what the ?

ini bukan sekadar taipan , ini realiti..silap2 yg baca entry ni pun baru lepas buat..

hanya sebagai nasihat..bila bercinta jangan terlalu menunjuk-nunjuk dengan apa yg kita ada..

tak salah, ye..

tapi kalau dah putus malu kan?

habis dah pukul canang sana sini, kalau tak jadi sendiri yg tanggung..

berpada2..itu saja..kalau nak sgt2 romantik pun biarlah antara u all dgn pasangan saja..

selamat bercinta..ahh indahnya..tapi ada seksanya..

Saturday, 12 March 2011

OH MAN, WHY ARE YOU CRYING?

salam semua..

perempuan menangis?

ahh dah memang sifat touching dia..lelaki menangis?

alah..nak jadi Fahrin Ahmad ke..






siapa kata lelaki tak boleh menangis..segagah-gagah lelaki, air mata dia akan jatuh atas sebab2 seperti berikut:





  • si lelaki merasa dirinya tidak wujud pada wanita yg disayanginya..

  • si lelaki melihat wanita yg dicintainya bermesraan dan berlaku curang dengan lelaki lain lebih2 lagi lelaki itu sangat dikenalinya..

  • si lelaki tidak dapat membahagiakan wanita kesayangannya atas sebab2 yg sangat tidak dapat dielakkan..

  • si lelaki dapat tahu wanita yg dicintai hanya berpura-pura mencintainya

  • si lelaki mendapat tahu wanita yg dicintainya tidak ikhlas menerimanya, dan menceritakan keburukan dan kekurangannya di hadapan kawan2nya..

  • si lelaki tidak dapat membantu wanita yg dicintainya waktu wanita itu amat2 memerlukannya..

  • si lelaki melihat wanita kesayangannya terlantar kesakitan..

  • si lelaki melihat wanita kesayangannya menitiskan air mata kerananya..

  • si lelaki merasakan ada insan lain yg lebih berhak dan layak terhadap wanita yg dicintainya..

  • si lelaki ditinggalkan oleh wanita yg dicintainya demi lelaki lain..

  • si lelaki kehilangan insan yg amat disayangi selama-lamanya..

HATI SEORANG WANITA...

SALAM...
ahhh kenapa hari ni sis cerita pasal lelaki vs wanita ni?
tapi memang seronok cerita tentang 2 jantina ini..
ok, jom selami hati seorang wanita pula..ibu,anak,isteri,kekasih,nenek tak kisahlah asalkan namanya
wanita..



    
 SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .
    
  CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala , kadang kala ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .
      
  HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak ..walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .
    


IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu dan jangan sesekali diragui..mereka tidak akan berterus terang, sebaliknya meminta kamu menilainya sendiri,,


KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah dalam hidupnya..


PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .


MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama jantina .


EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .  




CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus..dan jangan kamu melukainya dengan berpaling pada wanita lain..


AIR MATA:  AIR mata wanita biasanya diaggap tanda kelemahan paling ketara bagi kaum lelaki..tapi tahukah anda, air mata wanita yg menjadi senjata paling tajam terhadap sesiapa pun..


BOHONG:  JIKA seorang wanita atau pasanganmu mengatakan dia tidak bersedih atau berduka..dia sedang berbohong kpdmu..dan bila wanita mengatakan dia sangat bahagia denganmu, dia sedang menangis kegembiraan di dalam hatinya..   


SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan..

10 perkara rumit tentang lelaki terhadap wanita..wajib baca!

SALAM...

saya sering berfikir tentang lelaki vs wanita..

oleh sebab saya ini wanita..ada 10 perkara rumit tentang lelaki terhadap wanita yg wajib anda baca..



1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong dan jual mahal..


2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan a.k.a tak up to date la minah ni..


3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi atau cepat mengalah..


4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia rasa dia hebat.


5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, tak mustahil satu hari nnt dia mninggalkanmu..


6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan dan membebankan..
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..


7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.


8. Jika kamu mungkir janji, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.


9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
Untuk difahami..


10. Jika kamu memberitahu perkara ini pada lelaki, mereka pasti mengatakan ini tidak benar..


Friday, 11 March 2011

FAKTA MEMBIMBANGKAN AKIBAT ROKOK!

SALAM..selamat pagi..
semalam daku melihat betapa ramainya warga Malaysia dan bukan warga Malaysia yang enak menghayati asap rokok..
di ulang lagi ROKOK!..
tak bimbangkah mereka ini?nak bimbang apa..?
ok teruskan membaca..


Fakta Membimbangkan Akibat Merokok


•50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
•Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
•Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat.  25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
•60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
•Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
•Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.


Saya tak tipu..ini kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia..
betapa enak dan  nyummy nye mereka menelan bahan toksik dalam tubuh yang puncanya daripada sebatang rokok tak kisahla jenama mahal ke murah..
tapi jom meneroka tubuh si perokok,,
adakah anda mahu menjadi seperti ini?



 
Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
 
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
 
Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia


 Metanol  Bahan Api
 Nitrobenzena  Gasolin
 Karbon Monoksida  Asap kereta
 Butana  Cecair pemetik api
 Raksa  Logam dalam jangka suhu
 Vinil Klorida  Bahan utama plastik
 Toulena  Pelarut industri
 Ammonia  Pencuci lantai
 Arsenik  Racun tikus
 Kadmium  Bahan utama bateri alkali
 Stearik  Bahan utama dalam lilin
 Sianida  Racun berbisa
 
Infoline berhenti merokok
03-8883 4400
www.infosihat.gov.my atau  www.myhealth.gov.my

Friday, 4 March 2011

SENAMAN MULUT, JOM JOIN!

SALAM SEMUA..

selamat pagi..hari yang indah..mulakan la dengan senyuman..lebih baik dengan gelak tawa..

tapi jangan berdekah sangat..buruk benor tengokya..hehehe..





SURAT SANG ISTERI KEPADA SUAMINYA..


Dear abang,


Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. Abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini...


Kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. Sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. Sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?


Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. Cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?


Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah


Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam ak sesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..


Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..


Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri


Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.


Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??


Ayang nak balik kampung dulu.. Anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. Ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. Ayang pi tak lama sekolah bukak ayang baliklah dengan anak-anak.. pesanan ayang...


DAN... YANG TERAKHIRNYA... ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKANAN KESUKAAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR.


Dari Ayang...
........................................................................................



BALASAN SANG SUAMI KEPADA ISTERINYA



dear ayang,


bukan lah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang nnti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...


lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..


pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak.. sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...


pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer.. tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nnti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit.. kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe..


jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah aa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu..




ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang


love,
abang


MORALnya:   sayangilah pasangan anda dan terima dengan ikhlas..sentiasa mengamalkan komunikasi berkesan, dan jangan jadikan anak2 mangsa keadaan..kasihan blurr kanak2 ribena itu..hehehe