Saturday, 30 October 2010

Resepi Somtam

Bahan-bahan:
1 biji kecil betik mengkal [warna jingga/merah-oren]
1 biji mangga muda
3 batang kacang panjang [racik]
5 helai daun salad
2 kuntum bunga kantan [racik halus]
8 tangkai cili padi [racik halus]
2 tangkai cili merah [racik halus]
1 s/b udang kering [ditumbuk kasar ]
5 s/b kacang tanah goren tnpa minyak [ditumbuk kasar]
3 labu kecil bawang besar [mayang]
2 pokok daun ketumbar [mayang]
2 sudu besar sos ikan
Gula secukup rasa
5 biji limau kasturi - ambil jusnya

Cara menyediakan:
1. Betik dan mangga dibuangkan kulit dan racik memanjang.
2. Satukan sos ikan, gula dan jus limau nipis. Kacau rata.
3. Campurkan betik, mangga, kacang panjang, tomato, cili padi, udang kering dan kacang tanah gaul hingga rata.
4. Kiranya kurang masin boleh ditambah garam kerana sos ikan sudah masin.
5. Alaskan pinggan dengan daun salad, isikan somtam dan makan segera.

Friday, 22 October 2010

Resepi Ikan Percik

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung (termenung) yang besar
2 biji kelapa (ambil santannya, anggaran satu mangkuk penuh)
10 biji cili kering
10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar
Sedikit halia
1 batang serai Sedikit belacan
1 camca besar gula
2 camca besar air asam jawa
Sedikit kunyit (ditumbuk)
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar kedua belah badannya. Setelah itu lumurkan dengan garam dan kunyit, kemudian bakarlah di atas dapur arang sehingga separuh masak.
2. Sementara ikan di atas dapur, eloklah sediakan kuahnya. Bawang merah, cili kering dan halia digiling hingga lumat bersama belacan. Serai diketuk sedikit, setelah itu masukkan bahan-bahan ini di dalam periuk bersama santan. Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam. Masaklah di atas api yang perlahan hingga pekat kuahnya.
3. Kemudian angkat, ambil kuahnya dan sapu ke atas ikan yang dipanggang tadi. Bila sudah kuning, balikkan dan lumurkan lagi dengan kuahnya di bahagian sebelah lagi. 4. Buatlah sebegini hingga ikan tadi masak dan kuahnya melekat pada ikan. Kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Resepi Ayam Percik

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong lapan)
6 sm halia
3 batang serai
3 labu bawang besar
2 helai daun kunyit
1 ½ biji kelapa
Sedikit garam dan gula
12 biji buah keras
6 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
6 helai daun limau purut

Cara menyediakan:
1. Ayam yang sudah dipotong lapan dibersihkan kemudian masukkan dalam periuk bersama santan dan bahan yang telah digiling lumat. Daun kunyit dikoyak-koyakkan dan daun kunyit diramas kemudian masukkan dalam periuk ayam tadi.
2. Masak dengan api yang sederhana sambil dikacau kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Setelah mendidih, angkat dan sendukkan kuah yang jernih disebelah atas dan ketepikan.
3. Keluarkan ayam dari kuah yang pekat disebelah bawah dan pangganglah ayam tadi sambil di sapu air yang jernih pada ayam. Biarkan hingga ayam masak dan bolehlah dihidangkan bersama kuah yang pekat tadi.
4. Untuk menambahkan kesedapannya, perahkan sehiris limau nipis ke atasnya. Enak dimakan ketika masih panas.

Friday, 15 October 2010

Resepi Sata Ikan

Bahan-bahan:
½ biji kelapa
3 ekor ikan kembung
3 ulas bawang merah
1 biji cili merah
1.2 sm halia
Daun pisang secukupnya dibuat kelongsong kecil-kecil.

Cara menyediakan:
1. Ikan dibersihkan setelah itu kukutkan isinya kemudian gilingkan dengan kelapa hingga lumat dan sebati.
2. Masukkan pula bawang merah, cili merah dan halia sambil digiling lagi hingga sama bergaul semuanya.
3. Isikan bahan yang telah digiling ini ke dalam kelongsong kemudian tutupkan bahagian atas kelongsong. Buat begini hingga selesai semuanya.
4. Bila telah selesai diisikan di dalam kelongsong, cucukkan kelongsong ini pada buluh kemudian bakarlah sehingga masak.

Saturday, 9 October 2010

Resepi Serunding Kelapa

Bahan-bahan:
1 biji kelapa parut
5 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sehiris lengkuas
1 batang serai 10 gm halia
15 gm serbuk ketumbar
20 gm udang kering
4 sudu air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.

Cara menyediakan:
1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai dan halia.
2. Tumis dan masukkan udang kering, serbuk ketumbar dan air asam jawa.

Friday, 8 October 2010

Resepi Otak-Otak

Bahan-bahan:
5 biji telur (dipukul hingga kembang)
1 cawan pati santan
1 camca sagu
2 pokok daun bawang

Bahan dikisar:
625 ikan tenggiri cabut tulang
3 hiris halia
8 ulas bawang merah
4 ualas bawang putih
8 cm serai (dihiris)
1 camca jintan putih
2 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Daun pisang -untuk membungkus
1 camca jintan manis
7 batang lada kering (direndam & ditoskan)
1 camca ketumbar (direndangkan)
1.2 cm kunyit hidup
2 camca gula halus

Cara menyediakan:
1. Satukan semua bahan kecualai daun pisang.Gaulkan rata-rata & sesuaikan
rasanya.
2. Bungkus bahagian-bahagian campuran itu dengan daun pisang. Sematkan dengan lidi. 3. Kukuslah selama 20-30 minit,hingga masak.

Saturday, 2 October 2010

Resepi Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan:
200 gm spaghetti yg telah dicelur
2 sudu besar minyak zaitun
2-3 ulas bawang putih
3-4 ekor udang sederhana besar
3-4 ekor isi kepah
1 sudu teh pati ayam
2-3 potong capsicum hijau
1 sudu teh oregano flakes
Daun parsley (dicincang)
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih yg telah dicincang, hingga hampir kuning.
2. Masukkan udang, isi kepah dan pati ayam, sehingga udang kemerahan. Masukkan pula capsicum.
3. Akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau. Masukkan garam secukup rasa, oregano dan daun parsley.

Resepi Spaghetti Carbonara

Bahan-Bahan:
Sebungkus pasta
Sesudu butter
Air
½botol (250ml) susu segar
1 cawan krim
4 biji bawang merah(kisar)
2 ulas bwg putih (kisar)
1 botol sos carbonara
200 gram button mushrooms
Lauk pauk ( sotong, udang dan lala)
Garam dan gula secukup rasa.
Secubit black pepper kasar

Cara menyediakan:
1. Rebus pasta dengan butter dan sedikit garam sehingga lembut. toskan.
2. Tumis bawang yg telah dikisar. Masukkan susu cair dan biar mendidih seketika.
3. Masukkan sos carbonara dan black pepper. Pastu masukkan lauk pauk, mushroom dan bahan perasa( garam dan gula)