Saturday, 31 July 2010

Resepi Mee Hong Kong

Bahan-bahan:
Mee kuning / mee hoon
Daging - hiris nipis
Isi ayam - potong dadu kecil
Udang
Sotong - potong kecil2
Fishcake - hiris nipis
Sawi - potong kecil
Bawang putih - biar lebih sikit (ditumbuk kasar)
Lada sulah - biar lebih sikit
Tepung jagung - untuk memekatkan kuah
Air rebusan kulit udang (untuk kuah)
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan kuali, tumis kan bawang putih hingga garing dan masukkan daging hingga daging empok sedikit.
2. Masukkan isi ayam, udang, sotong dan hirisan fishcake, sos tiram dan gaul rata.
3. Masukkan air tunggu hingga mendidih, masukkan lada sulah, sedikit garam dan pekatkan kuah sedikit dgn tepung jagung.
4. Masukkan sayur dan mee. biarkan sebentar agar sawi masak dan hidangkan panas bersama cili jeruk

Resepi Pulut Pauh


Bahan-bahan:
5 biji pauh Mas Hitam masak
1 kg beras pulut
2 cawan santan pekat
200 gm gula
Garam secukup rasa

Kuah santan:
3 cawan santan pekat
2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
2 sudu besar tepung pulut

Cara menyediakan:
1) Rendam beras pulut semalaman. Basuh dan kukus 10 minit. Selepas kukus kali pertama, gaul bersama dua cawan santan dan masukkan garam dan gula. Setelah itu kukus lagi selama 20 minit.
2) Untuk memasak kuah santan, campur semua bahan hingga sebati dan masak separuh pekat. Hidangkan sebagai kuah pulut kukus bersama pauh yang di kupas dan dipotong kecil.

Friday, 23 July 2010

Resepi Ayam Tandoori

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
60 gm halia (dikisar)
60 gm bawang putih (dikisar)
40 gm cili boh
1 biji lemon
30 gm garam masala
100 gm yoghurt
Pewarna oren
40 gm serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1) Ayam digaulkan dengan halia, bawang putih dan garam.
2) Kemudian campurkan perahan lemon, garam masala, lada putih dan yoghurt.
3) Masukkan sedikit air dan pewarna oren. Setelah dimasukkan semua bahan tadi hendaklah disimpan selama satu malam, sebelum dipanggang.

Resepi Serunding Daging

Bahan-bahan:
150 gm daging lembu, hiris nipis melawan jalur
1 cawan kelapa parut
3 cm halia
1 sudu teh biji ketumbar – bakar tanpa minyak
3 bawang merah
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh udang kering
2 sudu makan asam jawa
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak

Cara menyediakan:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, biji ketumbar, jintan putih, halia dan udang kering.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak. Setelah minyak berasap, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Jika kuah kering sebelum daging empuk, masukkan air mendidih secukupnya. Masukkan garam secukup rasa.
4. Masak atas api kecil hingga kering dan daging empuk.
5. Masukkan juice asam jawa dan kacau sehingga kering.

Resepi Ayam Percik Terengganu



Bahan-bahan:
Bahan A

15 biji cili kering, direndam
10 ulas bawang moray
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
2 cm kunyit hidup

Bahan B
250 ml santan pekat
2 camca besar gula secukup rasa
1 camca besar tepung beras
2 Kiub Pati Ayam
1 kg ayam, dipotong ke 4 kepingan dan dihiris

Cara menyediakan:
1. Campur ramuan A dan kisar hingga lumat. Dalam periuk, campur ramuan A dan B. Masak di atas api yang sederhana hingga kuah hampir pekat. Ketepikan dari api.
2. Sapu kepingan ayam dengan kuah rempah dan panggang atas dawai memanggang hingga kekuningan. Kemudian terbalikkan di sebelahnya, sapu lagi dengan kuah dan panggang hingga masak. Ulang proses ini dengan kepingan seterusnya.

Saturday, 17 July 2010

Resepi Pecal Ikan Keli

Bahan-Bahan:
1 kilo ikan keli
2 mangkuk santan pekat daripada dua biji kelapa
15 tangkai cili padi
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
5 cm belacan
5 cm cekur
7 helai daun cekur
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan:
1. Ikan dicuci bersih dan dilumur garam.
2. Panggang hingga masak.
3. Bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan, buah cekur digoreng dan kemudian tumbuk halus.
4. Masukkan santan, bahan tumbuk dan ikan keli dalam periuk.
5. Masak dan sentiasa dikacau agar tidak pecah santan.
6. Masukkan air asam jawa dan daun cekur yang telah dihiris halus. Rasakan garam dan gula secukup rasa.

Resepi Ikan Siakap Lada Hitam

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap
10 helai daun kari
50 gm marjerin
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 tin susu cair
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara Menyediakan:
1. Bersihkan ikan siakap dan go­reng di dalam minyak penuh sehingga garing dan ketepikan.
2. Masukkan margerin ke dalam kuali dan cairkan.
3. Masukkan daun kari serta semua bahan (kecuali susu) dan tumis sehingga naik bau.
4. Akhir sekali masukkan susu cair dan biarkan sehingga mendidih dan suaikan rasa. Tuang sos ke atas ikan.

Wednesday, 14 July 2010

Resepi Dangai Sagu

Bahan-bahan:
2 cawan sagu biji halus - siram air dan toskan
1/2 biji kelapa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Gaulkan sagu yang telah ditoskan dengan garam dan kelapa. Biarkan setengah jam.
2. Panaskan kuali tidak melekat, lengserkan sedikit minyak dan taburkan adunan, tetapi jangan terlalu tebal.
3. Tutup kuali lima hingga tujuh minit atau sehingga masak. Lipat dua dangai sebelum diangkat.
4. Hidangkan semasa masih panas.

Resepi Kantonis Yee Mee

Bahan-Bahan:
1 bungkus yee mee
Sotong
Udang
Daging
Ayam
Lobak merah
Sawi
Bunga kubis
Kubis bulat
Tepung jagung
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:
1. Panaskan air, kemudian masukkan sotong, udang, daging, ayam dan sayur ke dalam air yang didihkan tadi.
2. Setelah mendidih, masukkan sedikit tepung jagung, garam secukup rasa dan telur.
3. Masukkan semua sayur yang telah dipotong kecil, kacau rata.
4. Kemudian curahkan kuah yang telah masak ke atas yee mee, biarkan ramuan ini sebati.
5. Hiaskan mengikut cita rasa.

Monday, 12 July 2010

Resepi Sandwich Ayam Mayonnaise


Bahan-bahan:

1kg daging ayam (isinya sahja)
3 batang celery (dihiris tipis)
1 biji lada capsicum (dihiris tipis)
1 biji bawang Jepun (dipotong dadu)
1 sudu makan cuka apple cider atau jus lemon
4 sudu makan serbuk lada hitam
3 atau 4 sudu makan mayonnaise

Cara menyediakan:
1. Isi ayam direbus hingga empuk. Bila sejuk, buang kulit dan lemaknya dan potong tipis-tipis. toskan.
2. Gaul semua bahan. Keadaan nya tidak boleh terlalu basah atau terlalu kering. Jika terlalu kering, tambah sedikit mayonnaise.
3. Bila hendak makan, sapukan ke roti. paling enak jika digunakan roti Perancis yang sederhana, belah dua, sapukan sedikit mentega kemudian lapiskan inti yang disediakan tadi ke sebelah permukaan roti itu.
4. Aturkan diatasnya, dua atau tiga hiris tomato, timun dan lettuce, kemudian tangkupkan roti.

Saturday, 10 July 2010

Resepi Biskut Makmur

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
80 gm gula halus
minyak sapi

Bahan Inti:
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus
Gula icing

Cara menyediakan:

1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
2. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
3. Ambil doh dan leperkan.
4. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
5. Bakar dalam suhu 180C selama 20 - 25 minit.
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
7. Simpan dalam balang kedap udara.

Resepi Biskut Coklat Chip


Bahan-bahan:
180gm mentega
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang

Cara menyediakan:
1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris, jarakkan sedikit antara satu sama lain.
5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang.

Resepi Kek Coklat Moist

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus
4 biji telur
250 gm butter
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan serbuk koko
2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair

Cara menyediakan:
1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
5. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan.

Friday, 9 July 2010

Resepi Kambing Sos Rosemary


Bahan-bahan:
500 gm daging kambing (Lamb Shoulder)
1/2 liter pati lembu
10 gm daun rosemary
2 ulas bawang putih (kisar)
4 ulas bawang merah (kisar)
2 cm halia (kisar)
Sedikit garam dan gula

Cara menyediakan:
1. Gaulkan daging kambing dengan garam sehingga rata. Biarkan seketika, kemudian panggang.
2. Sementara itu, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan daun rosemary sehingga naik bau.
3. Selepas itu, masukkan pati lembu. Kacau seketika barulah angkat dan tuangkan ke atas daging kambing yang dipanggang tadi.

*Cara mudah untuk mendapatkan pati lembu begini caranya. Ambil tiga kuib pati daging lembu dan bancuhkan dengan setengah liter air.

Resepi Daging Rusa Panggang

Bahan-bahan:
1 kg daging rusa
2 helai daun limau purut

Bahan dikisar:
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1/2 biji jus lemon

Cara menyediakan:
1. Gaulkan daging rusa dengan bahan-bahan di atas.
2. Perapkan selama dua jam.
3. Kemudian bakar dan panggang sehingga masak.

Wednesday, 7 July 2010

Resepi Nasi Dagang Terengganu

Bahan-Bahan:
Nasi Dagang:
3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
2 Cawan Santan Cair
2 Cawan Santan Pekat
4 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 Inci Halia(dihiris halus)
Sedikit Halba
Garam Secukup Rasa

Kuah Nasi Dagang:
1 Ekor Ikan Tongkol(dikukus)
1 Mangkuk Santan
2 Sudu Besar Rempah
10 Ulas Bawang Merah}
1 Ulas Bawang Putih }
½ Inci Halia } Dikisar
½ Inci Lengkuas }
3 Keping Asam
5 Sudu Besar Cili Giling
Sedikit Cili Padi
Garam, dan Manisan(Gula Melaka) Secukup Rasa

Cara Menyediakan:
Nasi Dagang:
1. Beras dan beras pulut yang telah direndam selama 6 jam ditoskan dan kemudian dikukus selama 1/2 jam.
2. Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan dikukus sekali lagi hingga masak.
3. Angkat dan masukkan santan pekat, halba, bawang merah, halia dan garam secukup rasa.
4. Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata. Nasi Dagang Terengganu sudah siap dimasak dan sedia dimakan.

Kuah Nasi Dagang:
1. Kacau santan hingga mendidih. Kemudian masukkan cili giling, bahan-bahan yang dikisar, rempah dan asam keping.
2. Kemudian,masukkan ikan yang telah dikukus serta cili padi. Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.
3. Kemudian, masukkan garam, perasa dan manisan secukup rasa. Biarkan kuah itu menjadi agak pekat.
4. Kemudian, kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang Terengganu

Saturday, 3 July 2010

Resepi Puding Jagung Kuah Cocktail

Bahan-bahan:
Tepung Kastard 1 cawan
Air Masak 5 cawan
Susu Cair (Optional) 1 tin
Jagung Dalam Tin (Jenis Krim) 1 cawan
Gula Pasir ½ cawan
Garam 1 sudu kecil

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali.
2. Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul.
3. Siapkan dapur dan masak dengan api sederhana.
4. Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
5. Proses memasak memakan masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api. 6. Ingat, anda harus sentiasa mengacau adunan untuk memastikan tidak berketul dan hangus!
7. Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
8. Biar ia sejuk dalam suhu bilik atau kalau tak sabar sangat, sila rendam bekas kedalam air.
9. Setelah itu masukkan ke peti sejuk.

Kuah Cocktail

Bahan-bahan:
Buah-Buahan Dalam Tin / Cocktail Fruit 1 tin
Susu Cair 1 tin
Gula Pasir 4 sudu besar
Garam ½ sudu kecil
Tepung Jagung (Optional) 1 sudu besar
Air Masak ikut kesesuaian

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Masak dengan api sederhana kecil.
3. Bila dah mendidih, sila tutup api dan sejukkan.
4. Jika anda dapati kuah terlalu pekat, sila tambahkan air masak mengikut kesesuaian yang anda perlukan.
5. Jika anda merasakan kurang manis, sila tambah gula pasir atau gunakan SUSU/KRIMER PEKAT MANIS.
6. Setelah selesai memasak, sila sejukkan kuah dengan suhu bilik.
7. Apabila kuah telah bersuhu normal, masukkan ke dalam peti sejuk.

Friday, 2 July 2010

Resepi Ayam Masak Merah


Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 10 bahagian

Bahan dikisar:
100 gm cili Merah
30 gm halia
20 gm bawang putih
90 gm serai
200 gm bawang besar
300 gm tomato
200 gm minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara menyediakan:
1) Goreng dulu ayam sehingga setengah masak.
2) Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
3) Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering bolehlah diangkat.