Salam ramadhan al mubarak semua :)
- Christian Bale mengatakan dia enggan memainkan peranan sebagai Batman sekiranya watak Robin diwujudkan. Oleh kerana itu pengarahnya Christopher Nolan bersetuju untuk tidak menghidupkan watak Robin kerana takut kehadiran Robin akan mengurangkan impak gelap trilogi ciptaannya.
- Pada awalnya, Anne Hathaway telah dipilih untuk memainkan watak Black Cat dalam filem keempat "Spiderman". Namun begitu, dengan pembatalan filem tersebut, dia ditawarkan watak Catwoman dalam filem ini pula.
- Antara barisan pelakon wanita yang diujibakat untuk memegang peranan Catwoman termasuk Jessica Biel ("The A-Team"), Gemma Arterton ("Clash Of The Titans"), Kate Mara ("American Horror Story") dan Keira Knightley ("Pirates Of The Caribbean"). Namun begitu, Anne Hathaway akhirnya berjaya memenangi peranan tersebut.
- Antara pelakon lelaki yang dicadangkan untuk watak John Blake termasuk Joseph Gordon-Levitt ("Inception"), Leonardo DiCaprio ("Inception"), Ryan Gosling ("The Notebook") dan Mark Ruffalo ("The Avengers") sebelum produksi membuat keputusan untuk memilih Gordon-Levitt.
- Menurut Gary Oldman yang melakonkan watak Jim Gordon, Christopher Nolan telah mendedahkan sendiri pengakhiran filem sebelum ia dimulakan bagi mengelak daripada sebarang kekurangan dan pembocoran di media.
- Pelakon lagak ngeri untuk Anne Hathaway telah merosakkan satu daripada kamera IMAX apabila Batpod yang ditungganginya menghentam kamera tersebut. Ini kali kedua sebuah kamera IMAX di rosakkan.
- Menurut Nolan, dia memilih Bane sebagai antagonis Batman dalam filem terakhir ini untuk menguji Batman dari sudut fizikal dan mentalnya.
- Tom Hardy menerima watak Bane tanpa membaca skrip. Dia terus menerimanya apabila diberitahu yang dia akan mendapat akses untuk menerima latihan lagak ngeri dan menggunakan peralatan yang disediakan.
- Ini merupakan filem kelima Nolan bersama pelakon Michael Caine. Filem lain adalah "Batman Begins", "The Prestige", "The Dark Knight" dan "Inception".
- Antara sebab Tom Hardy telah dipilih Nolan untuk watak Bane adalah kerana prestasi lakonannya dalam filem "RocknRolla", tapi Hardy menyangka Nolan memilihnya kerana lakonannya dalam "Bronson", sedangkan Nolan tidak pernah pernah menonton filem tersebut.
p/s: Maaf sangat lama blog tak berupdate dengan entri terbaru. Tuan blog sedang mencari masa untuk kembali berblog dengan super duper aktif, proaktif, cemerlang lagi terbilang. Rindu saya tak? <awwww>
Sekian, terima kasih :)
Kredit entri sepenuhnya kepada Yahoo.com
No comments:
Post a Comment