Monday 9 January 2012

L untuk Lelaki dan P untuk Perempuan ?



Salam awak-awak yang super cantik lagi kacak :)





   Lupakan judul entri semalam iaitu hati tersentap..hari ni mahu cerita kenangan zaman aku kecik dolu dolu..mintak-mintaklah kenangan aku ni ada yang sama dengan awak-awak hehehe. Mohon kau orang baca entri ini tanpa gelakkan aku. 







    Kecik-kecik dulu, aku nak ronda2 mana-mana pun, haruslah arwah atok aku yang bawak..jadi kenderaan yang beliau ada cuma motosikal..kau cakap jelah nak pergi mana. disebabkan aku berstatus cucu kesayangan, setakat kau nak meronda-ronda sambil habiskan duit beliau beli kaler pensel jenama LUNA, itu semua takdak hal la bro..*touching pulak mengimbau kenangan itu. ok sambung.









   Tapi yang aku runsingkan ialah kenapa lah atok aku guna pelekat P sedangkan atok aku ialah LELAKI. diulangi LELAKI.  jadi, aku beranggapan ada kesilapan berlaku, sepatutnya pelekat yang melekat kat motor tu ialah huruf L ok..macam mana atok aku boleh selamba je tampal P? aku fikir positif, nanti kalau nenek aku yang bawak moto tu, masalah pelekat berjantina tu takkan timbul lagi.









buduhnya saya'__'






   Sampailah suatu hari, aku tak puas hati punya pasal ..terus aku mengajukan persoalan yang asyik mengacau  fikiran kanak-kanak ku itu.   *maafkan saya sebab skema.




lebih kurang macam nilah dialog perbualan antara atok dan cucu kesayangannya :








Cucu :  Ayah, orang nak tanya sikit lah..pasal motor ayah tu .. ( aku memang panggil atok ayah sebab beliau jaga aku dari kecik )





Atok:  hmm apa dia..nak belajar bawak moto ke?





Cucu:  eh taklah..orang pelik lah kenapa ayah guna pelekat P kat motor tu..ayah kan Lelaki?





Atok:  ..............terdiam seketika...................


          lah..pelekat tu bukannya ikot jantina..(masa ni dah gelak-gelak kan aku, aku ingat lagi )








  Ceh aku punya tak puas hati dengan jawapan sekerat atok aku , aku tanya pulak kat Makngah aku..kau tengok betapa gigihnya sifat aku masa tu. haha. lepas tu barulah aku tahu fungsi pelekat L dan P tu kat kenderaan bagai..sampai hati, makngah pun gelakkan aku..wuuuuwuu :(







moral of the story:  Jangan nak memandai buat andaian sendiri terhadap sesuatu isu :) Harap maklom :)








          




















No comments:

Post a Comment