Thursday 7 February 2013

Perhatian: Bakal Graduan Diploma Konvokesyen UITM ke 78 (Sesi Mei 2013)


Assalamualaikum










   Mohon perhatian rakan dan taulan, tolong bagitau dan sebarkan kepada mereka yang berkenaan update terkini daripada PORTAL UITM berkenaan HARI KONVOKESYEN kita. Aku tahu, engkau orang benda lain yang lagho tu kemain kau ingat kan. Ini lagi penting ok. Kalau tak, tak konvo lah kita. Ye, kita! Saya juga akan konvo, yabedahbeduh! Bhaha. Adalah dimaklumkan anda WAJIB mengemaskini dan mengesahkan maklumat peribadi. Ulang taip, WAJIB.












PERINGKAT PENGAJIANTEMPOH
Graduan Diploma sahaja6 Februari hingga 22 Februari 2013








SILA KLIK SINI UNTUK KEMASKINI (KLIK)



Dekat laman web nanti sila masukkan nombor kad pengenalan dan nombor kad matrik. Ikut segala arahan yang diberi. Perhatian kalau anda dah habis belajar tapi malang entah macam mana nama tak tersenarai, sila lah segera menghubungi dan maklumkan pada fakulti masing-masing. Jangan diam aje, memang menangislah kau masa hari konvo. Tak dapat aku nak nolongnya.





Etika pakaian graduan dan tetamu:





Pakaian graduan lelaki 







Longlai melihat jejaka memakai baju melayu*kenyit mata sebelah*




  1. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).

  2. Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima dan bersamping songket hitam berbunga benang emas dan dipakai tanpa menggunakan bengkung, atau

  3. Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam , atau

  4. Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam .

  5. Kasut kulit hitam dan stokin hitam.

  6. Songkok tidak diperlukan

  7. Seluar Jeans,Baju Seragam dan Kemeja-T TIDAK DIBENARKAN).






Pakaian graduan perempuan







Tak payah pakai baju meriah sebab nanti terlindung dengan jubah *nangis*



  1. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).

  2. Baju kurung moden/ labuh atau kebaya bandung/ labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.

  3. Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan.

  4. Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.

  5. Selendang/ Mini Telekung boleh dipakai jika mahu.

  6. Warna pakaian adalah pilihan sendiri.

  7. Kasut bertumit sekurang-kurangnya 1.5 inci tinggi.

  8. Sekiranya memakai sarung tangan, sila pastikan ianya dipakai dikedua-dua belah tangan dengan warna hitam ataupun mengikut warna kulit.

  9. Pakaian  fesyen berseluar  tidak dibenarkan sama sekali.

  10. Pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, kain pario dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN





   Tahniah kepada semua warga Uitm di hatiku yang dapat sambung belajar degree uitm. Yang tak dapat jangan putus asa, anda boleh buat rayuan sebenarnya. Tuan blog? Alhamdulillah, jodoh masih kuat dengan Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Jusco, Nasi lemak sungai petai, uitm lendufornia, taman intekma 1063, klebang, pengkalan balak, blablablabla. Degree Office System di Uitm Kampus Bandaraya Melaka. Kalau nampak aku janganlah memalu, silalah tegur. Perut aku tak makan daging manusia. Tolong doakan aku kuat semangat, sekarang ada banyak dugaan dan cobaan. Babai :')












No comments:

Post a Comment