Tuesday, 19 February 2013

UITM Kampus Bandaraya Melaka, Kolej dan Apartment (Degree Office System)


Assalamualaikum












Maaf tajuk aku panjang berjela. Masa kian suntuk. Selepas ini bakal terkejar-kejar. Kejar masa. Masa tak tunggu aku berlengah-lengah. Kalau aku lambat, masa terus lari tinggalkan aku sorang-sorang. Bakal menetap di bumi bandaraya bersejarah buat kali kedua. Yakni di Uitm Kampus Bandaraya Melaka. Sudilah baca entri ini siapa rasa dia student lepasan diploma uitm dan bakal konvo mei 2013 KLIK. Sebelum ini di pedalaman Lendu, London, Lendufornia. Kami bagi nama memang semua nak glemer. Bajet kononnya oversea hihi. Sekarang betul-betul di tengah bandaraya. Betul-betul banyak 'cabaran'. Bangunan tinggi 16 tingkat. Jangan risau kemudahan lif dan tangga ada. Kemudahan lain semua lengkap, sila lah bersyukur. Lain-lain kau orang kan rajin main google apa lagi tunggu. Kes malas. 







kredit http://aziimartstudios.blogspot.com




Siapa-siapa blogger ke yang sedang membaca ke senior ke kalau dapat Degree Office System silalah bagitahu dekat komen. Nak tengok course outline boleh klik dekat SINI





Bagi sesiapa yang tak dapat tawaran duduk kolej untuk semester pertama ini ada info untuk anda dari website Uitm Melaka.







  • BAYARAN RM420.00/ SEORANG PER SEMESTER.  

  • DAFTAR PADA AHAD 03 MAC 2013 PUKUL 8.30 PG - 4.30 PTG

  • PERTANYAANUnit Kolej & NR UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Tel : 06-282 1703/283 3670







Bagi sesiapa yang nak duduk apartment milik Yayasan Melaka ata Ayam. Ini info untuk anda.







Kredit http://syimaamyrra.blogspot.com



  • Sewa adalah sebanyak RM160 (termasuk air dan elektrik) seorang/bulan 

  • Bayaran semasa pendaftaran RM740.00 (1 semester) 

  • - 1 semester = 4 bulan (RM160 x 4) = RM640.00 + RM100.00 (deposit) = RM740.00 

  • Peraturan duduk apartment lebih kurang macam duduk dalam kolej. Boleh baca sini KLIK




Bagi mereka yang tak nak duduk kolej dan apartment, tak ada masalah. Cuma pandai-pandailah cari rumah sewa yang harga murah, dekat dengan kampus dan dijamin selamat sampai habis belajau. Kelebihan duduk rumah sewa tak lain tak bukan selesa dan bebas. Aku tahu sangat engkau orang suka overnight kan? Harharhar *gelak syaitonnirojim*




Awal-awal aku bagitau jangan serang aku dengan persoalan ke mana aku menghilang kalau ini entri terakhir buat masa ni. Ek eleh kau orang macam tak faham, aku memang suka tinggalkan blog tanpa nafkah zahir dan batin. Ok abaikan si batin. Macam biasalah, kau orang tolong jagakan blog sepanjang ketiadaan aku. Kalau dapat rumah sewa atau kolej punya wifi Alhamdulillah tak payah risau apa-apa. Kalau aku punya banyak duit, aku pakai broadband. Kalau tak, berjanggut lah kau orang tunggu entry baru. Hahaha padahal cakap jelah malas. tsk tsk .Nangis.





Kalau tanya persediaan, sejujurnya memang tak bersedia. Tak bersedia langsung. Lagi-lagi ini degree ye bukan diploma. Diulangi bukan diploma lagi. Kakak dan  abang senior pasti faham perbezaan diploma dengan degree macam mana. Kita bukan lagi bayi yang disuap ibu dan ayah. Semoga dapat pensyarah yang baik hati dan boleh geng contoh macam Miss Hety. *lambai2 tangan kalau miss baca blog kita* Nangis kali kedua.







Aku minta sangat kau orang tolong doakan aku kuat semangat nak belajar. Siapa pembaca tegar mesti ada faham sikit situasi aku sekarang. Cobaan banyak, dugaan pun banyak. Sampai mula-mula dapat tawaran aku rasa macam tak nak terima. Kau sila imagine.Tsk. Aku takut tak kuat beb. Nangis kali ketiga.





Aku cuma harap aku dapat belajar baik-baik, dapat habis belajar on time, kawan-kawan lama ramai masih setia, kawan-kawan baru mari jabat tangan. Kau orang yang mana nak sambung belajar sila jaga diri baik-baik. Jaga hubungan sama Tuhan, sama ibu bapa, sama keluarga, sama kawan-kawan, sama pensyarah, sama pengawal keselamatan, eh semua oranglah. Make sure semua orang di sekeliling kita gembira dengan kita. Paling penting jangan cari pasal dengan orang engkorang ingat ni. Aku cakap dengan diri sendiri jugak tau tak. Nangis kali keempat.





Dah bila aku nak habis entry macam gini? woi tolong kesat air mata lah wuwuu. Tolong ea, doakan aku kuat semangat yang sangat kuat macam power rangers kaler merah hahaha tak masal ek. Insya allah semuanya akan back to normal dan baik-baik saja. Maaf kalau ada salah dan silap. Kalau jumpa aku jangan segan silu. Terima kasih kepada pembaca dan pengkomen tegar. Selamat tinggal Johor, selamat datang Melaka.






I'll be missing u olls :') 














Thursday, 7 February 2013

Perhatian: Bakal Graduan Diploma Konvokesyen UITM ke 78 (Sesi Mei 2013)


Assalamualaikum










   Mohon perhatian rakan dan taulan, tolong bagitau dan sebarkan kepada mereka yang berkenaan update terkini daripada PORTAL UITM berkenaan HARI KONVOKESYEN kita. Aku tahu, engkau orang benda lain yang lagho tu kemain kau ingat kan. Ini lagi penting ok. Kalau tak, tak konvo lah kita. Ye, kita! Saya juga akan konvo, yabedahbeduh! Bhaha. Adalah dimaklumkan anda WAJIB mengemaskini dan mengesahkan maklumat peribadi. Ulang taip, WAJIB.












PERINGKAT PENGAJIANTEMPOH
Graduan Diploma sahaja6 Februari hingga 22 Februari 2013








SILA KLIK SINI UNTUK KEMASKINI (KLIK)



Dekat laman web nanti sila masukkan nombor kad pengenalan dan nombor kad matrik. Ikut segala arahan yang diberi. Perhatian kalau anda dah habis belajar tapi malang entah macam mana nama tak tersenarai, sila lah segera menghubungi dan maklumkan pada fakulti masing-masing. Jangan diam aje, memang menangislah kau masa hari konvo. Tak dapat aku nak nolongnya.





Etika pakaian graduan dan tetamu:





Pakaian graduan lelaki 







Longlai melihat jejaka memakai baju melayu*kenyit mata sebelah*




  1. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).

  2. Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima dan bersamping songket hitam berbunga benang emas dan dipakai tanpa menggunakan bengkung, atau

  3. Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam , atau

  4. Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam .

  5. Kasut kulit hitam dan stokin hitam.

  6. Songkok tidak diperlukan

  7. Seluar Jeans,Baju Seragam dan Kemeja-T TIDAK DIBENARKAN).






Pakaian graduan perempuan







Tak payah pakai baju meriah sebab nanti terlindung dengan jubah *nangis*



  1. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti).

  2. Baju kurung moden/ labuh atau kebaya bandung/ labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.

  3. Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan.

  4. Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.

  5. Selendang/ Mini Telekung boleh dipakai jika mahu.

  6. Warna pakaian adalah pilihan sendiri.

  7. Kasut bertumit sekurang-kurangnya 1.5 inci tinggi.

  8. Sekiranya memakai sarung tangan, sila pastikan ianya dipakai dikedua-dua belah tangan dengan warna hitam ataupun mengikut warna kulit.

  9. Pakaian  fesyen berseluar  tidak dibenarkan sama sekali.

  10. Pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, kain pario dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN





   Tahniah kepada semua warga Uitm di hatiku yang dapat sambung belajar degree uitm. Yang tak dapat jangan putus asa, anda boleh buat rayuan sebenarnya. Tuan blog? Alhamdulillah, jodoh masih kuat dengan Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Jusco, Nasi lemak sungai petai, uitm lendufornia, taman intekma 1063, klebang, pengkalan balak, blablablabla. Degree Office System di Uitm Kampus Bandaraya Melaka. Kalau nampak aku janganlah memalu, silalah tegur. Perut aku tak makan daging manusia. Tolong doakan aku kuat semangat, sekarang ada banyak dugaan dan cobaan. Babai :')












Monday, 4 February 2013

Sastera Kupu-Kupu







Assalamualaikum


























Betapa kelam buat aku tak termampu

Di
manakah mentari


Yang dahulu di sisi





Betapa kejam bila sayapku kau patah



Tubuhku pun melemah



Diriku pun merebah






Sakit ini



Adalah setia yang tak pernah kau mengerti






Berharap kasih moga engkau mampu memahami



Walaupun bukan sekarang



Bahagia menjelang






Berharap kasih moga engkau mahu untuk bersama



Andai musim pun berubah



Dirimu kan datang






Aku si kupu-kupu


Hinggap
di kuntum hatimu...
















p:s/ Kupu-kupu ini sudah tiada daya lagi untuk bangun, apatah lagi untuk terbang tinggi. Kini sedang menjahit sayap baru sendiri :')