Tuesday 31 May 2011

Coconut macaroon dan oat macaroon

Coconut macaroon

Bahan-bahan ( 20 biji )

120g flake coconut
1 biji telur putih
90g gula

Cara-cara

Masakkan telur putih dgn gula di atas api kecil sehingga gula hancur.

Kemudian masukkan flake coconut. Kacau biar sebati. Tutupkan api.

Jemput coconut tadi dan atur ke atas dulang oven toaster

Sebelum bakar letakkan 2 keping aluminium foil ke dalam oven toaster sebelum diletakkan dulang.

Bakar selama 10- 12 minit. Sekali sekala ubahkan kedudukan biar coconut tadi masak rata.


atau guna resipi ini yang lebih berkhasiat.

Bahan (18 biji)

1 1/3 cawan flake coconut
1/3 cawan gula
2 sudu tepung pelbagai guna
1/8 sudu garam
2 putih telur
1/2 sudu ekstrak vanila (atau anda boleh menggunakan perasa almond atau perasa oren.

Cara
Dalam mangkuk kecil, campurkan kelapa, gula, tepung dan garam. Kacau putih telur dan vanila dan aduk rata. Buat bentuk leper bulat dan letak di atas kertas tisu. Bakar pada suhu 325 darjah selama 18-20 minit atau hingga coklat keemasan.

Oat Macaroon

Bahan-Bahan:
180 gm oat
150 gm gula perang
120 gm mentega 1 biji telur
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen badam

Cara:
Dalam sebuah mangkuk mengadun satukan oat, gula dan mentega (jika suka boleh dicairkan dahulu).

Kacau rata, tutup dengan kertas timah dan simpan semalaman. Esoknya campurkan dengan telur, esen dan garam.

Sebaiknya pukul sedikit dengan garpu dalam bekas lain dan tuangkan ke dalam adunan oat. Gaul hingga sebati.

Leser dulang pembakar dengan mentega sudukan adunan dan bentuk bulat-bulat menggunakan dua sudu.

Bakar dalam ketuhar yang sederhana panasnya hingga masak.

Friday 27 May 2011

Resepi Sushi

Bahan-bahan:
1. Glutinous Rice
2. Sushi Seasoning/Cuka + garam + gula
3. Seaweed
4. Telur dadar
5. Timun
6. Salad
7. Crab Meat

Cara menyediakan:
1. Campurkan sushi seasoning/cuka, gula, garam ke dalam nasi dan gaul rata.
2. Start gulung, basah kan sedikit hujung seaweed dan gulung habis.
3. Proses yang sama , letak nasi dulu, seaweed, inti dan gulung akhir roll dengan bijan yang telah di goreng tanpa minyak.
4. Sedia dihidangkan.

Tuesday 24 May 2011

Resipi Pancake

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

115g Tepung Gandum
1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
25g Butter
1 biji Telur
150ml Susu Segar
1 sudu besar Gula
Secubit Garam

Cara-cara

Campurkan tepung dan soda & krim tartar - kalau rajin ayaklah (Along selalu nya gaul je, malas nak ayak)

Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti - jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh.

Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu. Gaul sebati. Lihat gambar adunan yg dah siap.

Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas & di lenser dgn sedikit minyak. Along guna kuali pancake bersaiz 5 inci diameter, so semua pancake Along sama besar.

Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.

Hidangkan dgn sirap favourite anda - maple syrup, honey, butter atau icecream. Makan panas2 lagi best.


atau cara kedua ni pun boleh


Bahan:

Bahan A
Tepung gandum 1 cawan
Baking powder 2 camca
Garam sikit
Gula 2 sudu

Bahan B
Susu 1 cawan (aku guna susu dutch lady dalam botol tu)
Telur 1 biji
Mentega 2 camca (dicairkan)

Cara-cara:
1. Gaul bahan A dan B dalam 2 bekas berasingan
2. Kedua-duanya dah rata/sebati, campur bahan A dan B tadi dalam 1 bekas
3. Gaul bahan tadi. Siap untuk dimasak!
4. Panaskan kuali, sapu mentega sikit.
5. Sendukkan la bahan tadi ke dalam kuali panas. Buatla saiz sebesar/sekecil mana yang suka. Aku suka kecil2, kiut! Agak-agakla masak macam mana. Nanti makan tepung mentah pulak. Jangan salahkan resipi ni!
5. Dah siap, boleh makan begitu sahaja sebab dah manis. Nak letak jem ke mentega ke madu ke semua boleh. Aku suka whipped cream. Yummmy!
6. Kalau nak letak siap2 kaya/coklat/jem/peanut butter dalam bancuhan tu pun boleh jugak. Time senduk masuk kat kuali tu, letak la bahan yang digemari. Ataupun ada juga resipi yang letak pisang yang dah dilenyekkan ke dalam bancuhan, gaul sekali. So namanya Pancake Pisang . Bila nak makan nanti, tak perlu cicah-cicah. Semua dah ada kat dalam tu.



Adunan yang baru di dalam kuali.


Tunggu sehingga berbuih macam ni.



Baru diterbalikkan.


Waalaa...dah siap.

Monday 2 May 2011

JUVANA MORE BETTER...

SALAM semua..tengok tajuk thrill x,haha

juvana more better..apa pasal? ok, sis baru je tengok cite ni yg bersiaran kat tv3 setiap isnin jam 9:00 malam..tapi walaupun baru 1time menonton, *punggung* masih setia melekap kat sofa..

kenapa aku kata juvana more better..sebab cerita macamni jarang2 sekali ditayangkan..

balik2 cerita cinta bersegi-segi, mak mentua tak restu kahwin, takpun cerita business dan bunuh-membunuh yg tak best langsung!sungguh!haha





di kesempatan ini juga,saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelakon utama nya kerana selamat btunang dengan si syera..hehe tak memasal..

ok, sini ada sinopsis..boleh baca dan tonton..ayuh..sesekali tukar genre drama..yg penting sokong drama melayu bukan sinetron indonesia..hahaha



Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.


Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.


Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.


Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya? (info: budiey.com)